loading...

Monday, September 12, 2011

Belum Tiba Ajal



MENGKUANG – Belum tiba ajal. Itulah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan kejadian kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam, dekat sini.

Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu Proton Iswara, Proton Waja dan Perodua Kembara.

Pegawai Operasi Kanan II, Bomba dan Penyelamat Balai Triang, Zamri Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.42 pagi apabila ada seorang mangsa yang tersepit dalam salah sebuah kenderaan itu.

Menurutnya, mangsa ialah Mohd Azuan Mohamad, 20, berasal dari Ladang Kemayan.

“Kereta yang dipandu mangsa remuk di bahagian hadapan menyebabkan dia tersepit dan tidak dapat dikeluarkan.

“Kami mengambil masa 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa, dan dipercayai mangsa cedera parah pada kedua-dua belah kakinya,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh untuk rawatan susulan.

Katanya, bagi pemandu dan penumpang kereta yang lain tidak mengalami kecederaan serius.

“Saya berharap, pengguna lebih berhati-hati ketika memandu walaupun dalam keadaan jalan raya yang lurus,” katanya.

Sumber:  Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my