loading...

Tuesday, May 31, 2011

Pemain USM FC kemalangan


BUKIT MERTAJAM 30 Mei - Seorang pemain bola sepak yang mewakili pasukan USM FC dalam saingan Liga Premier musim ini, antara mereka yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kulim-Gerik, dekat Baling, semalam.

Berikutan kemalangan kira-kira pukul 4 petang itu, Mohd. Azizan Md. Arshad, 23, kakitangan di Unit Rekod Universiti Sains Malaysia (USM) cedera parah di bahagian muka dan kepala.

Mohd. Azizan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan masih tidak sedarkan diri.




Menurut Pengurus USM FC, Mohd. Azizudin Mohd. Shariff, beliau dimaklumkan oleh doktor, kemungkinan berlaku gegaran pada otak Mohd. Azizan akibat hentakan pada stereng kereta yang dipandunya.

"Saya harap keadaan dia akan pulih sepenuhnya dan tiada sebarang komplikasi pada otak sebab Mohd. Azizan seorang pemain pertahanan yang baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my