loading...
Saturday, December 1, 2012
Bas Terbalik Rempuh Kereta
1 Disember 2012
Di Perak, seorang maut manakala 10 yang lain cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, awal pagi tadi.
Akibat perlanggaran, bas ekspres yang membawa 30 penumpang itu terbalik.
Kejadian pukul 3.50 pagi ini berlaku di kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara Selatan.
Lokasi kejadian hanya 400 meter dari kemalangan ngeri yang mengorbankan empat pekerja Propel akibat dirempuh sebuah lori treler,10 hari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, kereta terbabit dinaiki empat orang dalam perjalanan dari Ipoh ke ibu negara.
Setibanya di lokasi, ia terbabas ke lorong kanan lalu melanggar pembahagi jalan, sebelum dirempuh sebuah bas ekspres.
Bas yang dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke ibu negara ini, terbalik.
Manakala pemandu dan tiga penumpang kereta tersepit.
Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Seorang penumpang kereta, yang juga penuntut sebuah kolej maut di tempat kejadian.
Tiga penumpang kereta dan tujuh penumpang bas cedera dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.
Punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sumber:
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/TERKINI_3_1354346230.html
Lima sekeluarga maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
2 Disember 2012
SENAI - Lima sekeluarga dari Felda Air Tawar, Kota Tinggi, maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki muatan minyak sawit di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Nissan Grand Livina, Abdullah Yusof , 43; isterinya, Noraini Maidin, 41; Samsiah Maidin, 37; dan anak mereka, Muhamad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4. Maisarah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Manakala Noraini yang merupakan kakak ipar Abdullah meninggal dunia di Hospital Mersing.
Seorang lagi mangsa, Amar Haziq Abdullah, 3, cedera parah, sementara pemandu lori tangki terbabit, Azahar Mohd Othman, 29, berasal dari Yong Peng Batu Pahat, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki keluarga terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan.
“Lokasi kejadian adalah di selekoh kiri menuruni bukit dari arah Mersing ke Endau. Lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari arah Endau ke Mersing, manakala kereta mangsa dari arah bertentangan.
“Ketika melalui lokasi kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Mereka dikatakan berkonvoi dua kereta dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.
Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/lima-sekeluarga-maut-1.108898
nst.com.my/nation/general/family-killed-in-crash-with-tanker-1.179802
Ibu mengandung maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
2 Disember 2012
PULAU PINANG - Hasrat seorang ibu mengandung yang mahu mengambil dua anaknya di Banting Selangor tidak kesampaian apabila dia sekeluarga mengalami kemalangan sehingga mengakibatkan maut bersama anaknya yang berusia setahun.
Bagaimanapun suami mangsa terselamat dalam kemalangan yang berlaku awal pagi semalam di Kuala Kangsar, Perak.
Ketika kejadian, bayi yang dikandung mangsa, Siti Khatijah Omar, 35, dipercayai meninggal dunia ketika masih di dalam perut.
Dia kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Ipoh sementara jenazah anak perempuannya yang berusia setahun dihantar ke kampung halaman di Sungai Gelugor Pulau Pinang.
Sepupu mangsa, Siti Azlina Abdul Aziz, 34, berkata, dia sendiri tidak menjangka menerima berita kematian arwah pagi semalam.
Menurutnya, sejurus selepas kejadian beliau dimaklumkan arwah dimasukkan ke ICU, namun tiga jam kemudiannya disahkan meninggal dunia.
“Kehilangan Siti Khatijah amat dirasakan kerana baru sahaja pada Jun 2012 adik arwah meninggal dunia kerana membantu rakan yang hampir lemas di air terjun, sudah takdir ALLAH, arwah pula yang ‘mengikut’.
“Memang seluruh ahli keluarga masih sedih dengan kehilangan adik arwah sebelum ini, kali ini arwah pula yang meninggalkan kami semua,” katanya.
Berkongsi kisah kematian melalui Facebook
SEBELUM ini Sinar Harian pada 10 Jun 2012 melaporkan hasrat seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah menyelamatkan rakannya yang dipercayai lemas di kawasan air terjun dekat Muzium Arkeologi Lembah Bujang akhirnya meragut nyawanya sendiri selepas dia ditemui lemas.
Mangsa, Mohammad Syafiq Omar, 22, bersama tiga rakannya dikatakan beriadah di tasik berkenaan. Mohammad Syafiq pelajar semester empat Ijazah Sarjana Muda Kewangan seorang yang ceria dan saling mengenali sejak berada di peringkat diploma lagi.
Siti Azlina berkata, Siti Khatijah juga mempunyai sifat yang sentiasa ceria sama seperti arwah adiknya, Syafiq.
Bagaimanapun, sejak dua bulan yang lalu, arwah sentiasa berkongsi kisah kematian melalui laman Facebook miliknya.
Antara kata-kata yang dikongsi termasuk menasihatkan rakan-rakannya tidak meluahkan rasa di laman sesawang sebaliknya lebih baik dicurahkan pada ALLAH, arwah juga sempat meminta rakannya mengingati mati itu sesuatu yang pasti.
Tak sedap hati sejak dua bulan lalu
MENURUT sepupunya yang juga sahabat rapatnya ketika mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, selepas kematian adiknya, arwah dilihat tidak lagi meletakkan sebarang berita di laman Facebook melainkan kisah kematian dan menginsafkan diri.
“Saya sendiri sejak dua bulan lalu berasa tidak sedap hati dan sentiasa terfikir akan ada orang yang saya sayang akan pergi tinggalkan saya.
“Tapi saya sendiri tidak sangka rupa-rupanya sepupu saya sendiri dengan anak-anaknya yang akan tinggalkan saya,” katanya.
Saudara mangsa, Ibrahim Noordin berkata, dia sendiri terkejut dengan berita kematian Siti Khatijah yang juga kakitangan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang.
“Kelmarin, seluruh kakitangan perpustakaan melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza Sinar dan wajahnya hari ini (semalam) ada dalam akhbar Sinar Harian,” katanya.
Suasana sedih dan murung menyelubungi rumah keluarga mangsa di Kampung Sungai Gelugor ketika kunjungan Sinar Harian.
Ibu dan kakak arwah tidak dapat menahan kesedihan sehingga ditenangkan oleh saudara mara.
Sementara itu, ratusan sanak saudara mara dan rakan sekerja mengunjungi jenazah dan menunaikan solat jenazah petang semalam.
Jenazah bersama anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gelugor selepas solat asar.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/ibu-mengandung-maut-bersama-anak-1.108994
Pemandu Mabuk dibelasah
2 Disember 2012
GEORGETOWN - Gara-gara memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki warga asing dibelasah sekumpulan pengguna jalan raya selepas dia dikatakan memandu secara berbahaya dan merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Batu Uban di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki yang berasal dari negara Timur Tengah itu dikatakan merempuh sebuah kereta dan beberapa motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Uban menghala ke Sungai Nibong.
Menurut sumber, akibat kejadian itu, seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terpaksa melompat dari kenderaannya bagi mengelak diri daripada dirempuh.
“Lelaki warga asing itu dilihat memandu secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat yang masih merah dan akibat perbuatannya itu dia merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu MPV berkenaan juga hilang kawalan dan merempuh beberapa motosikal di persimpangan itu,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertindak menahan lelaki berkenaan sebelum memukulnya namun kehadiran kereta polis peronda menyelamatkannya daripada terus dibelasah.
Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan turut menemui botol arak dalam kereta yang dipandunya.
Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-mabuk-kena-belasah-1.109012
GEORGETOWN - Gara-gara memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki warga asing dibelasah sekumpulan pengguna jalan raya selepas dia dikatakan memandu secara berbahaya dan merempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Batu Uban di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki yang berasal dari negara Timur Tengah itu dikatakan merempuh sebuah kereta dan beberapa motosikal yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Batu Uban menghala ke Sungai Nibong.
Menurut sumber, akibat kejadian itu, seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas terpaksa melompat dari kenderaannya bagi mengelak diri daripada dirempuh.
“Lelaki warga asing itu dilihat memandu secara berbahaya dengan melanggar lampu isyarat yang masih merah dan akibat perbuatannya itu dia merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
“Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu MPV berkenaan juga hilang kawalan dan merempuh beberapa motosikal di persimpangan itu,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertindak menahan lelaki berkenaan sebelum memukulnya namun kehadiran kereta polis peronda menyelamatkannya daripada terus dibelasah.
Menurutnya, pemeriksaan polis mendapati lelaki berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol dan turut menemui botol arak dalam kereta yang dipandunya.
Lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-mabuk-kena-belasah-1.109012
Friday, November 30, 2012
2 beranak digilis lori pasir
Inalillahi wainailaihi rojiun
1 Disember 2012
GEORGETOWN - Hasrat seorang warga emas dan anak lelakinya untuk menikmati sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, di sini, tidak kesampaian apabila maut digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri di sini, pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya, Noor Rashid Abdul Rahim, 38, dikatakan dalam perjalanan ke Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor untuk bersarapan bersama.
Dipercayai dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum digilis lori berkenaan.
Difahamkan, Abdul Rahim sebelum itu menjemput Noor Rashid, yang baru selesai bertugas syif malam sebagai pengawal keselamatan di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Abdul Rahim hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.
Beliau berkata, sebuah lori yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis mereka sehingga topi keledar yang dipakai turut hancur.
“Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan teruk, malah kepala serta separuh badan mereka hancur digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir.
“Mayat mereka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-beranak-maut-digilis-lori-pasir-1.108675
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/TERKINI_2_1354260257.html
Diserang sawan semasa memandu
1 Disember 2012
SEREMBAN - Akibat diserang penyakit sawan semasa memandu, seorang pekerja syarikat menjual peralatan elektrik dan kelengkapan rumah terlibat dalam kemalangan berdekatan lampu isyarat di hadapan Hentian Bas dan Teksi Terminal One, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa, Mohd Mahadir Abd Kadir, 34, keluar dari pejabat atas urusan kerja.
Saksi kejadian yang juga rakan mangsa, Fairuz Zahir Faizal, 35, berkata, mangsa sedang memandu dari tempat kerja menghala ke arah Seremban 2, namun kereta dipandu hilang kawalan apabila mangsa diserang penyakit sawan secara mengejut.
“Akibatnya, kereta dipandu mangsa termasuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan jenis Mercedes,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.
Fairuz Zahir berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa pitam apabila kepalanya terhantuk pada cermin hadapan.
"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut. Manakala pemandu kereta Mercedes itu tidak mengalami sebarang kecederaan, kecuali kerosakan pada kenderaannya," katanya.
Sumber:sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/diserang-sawan-sebelum-kemalangan-1.108750
Maut bersama motosikal baru
Inalillahi wainailaihi rojiun
1 Disember 2012
MELAKA - Kegembiraan seorang remaja menunggang motosikal baru dibeli Selasa lalu tidak bertahan lama apabila dia maut selepas kenderaannya itu merempuh belakang sebuah treler, awal pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi di Lebuh AMJ, apabila mangsa, Ahmad Roskarnain Osman, 18, dikatakan tercampak dari motosikal Kawasaki Ninja RR, lalu meninggal dunia.
Mangsa yang menaiki motosikal dibelinya hasil mengumpul wang gaji selama tiga bulan dipercayai gagal memotong treler berkenaan ketika di kawasan berhampiran Taman Semabok Perdana.
Rakan mangsa, Ahmad Ridzuan Mohd Arifin, 19, berkata, dia dan mangsa yang bekerja sebagai pembantu sebuah kafe baru selesai membeli barang di Batu
Berendam dalam perjalanan untuk minum bersama rakan-rakannya.
“Kami berpakat untuk minum di sekitar Alai dan dia (mangsa) yang menunggang motosikal kira-kira 100 meter di depan saya.
“Ketika sampai di tempat kejadian, dia yang berada di belakang sebuah treler di laluan tengah cuba memintas, namun ada motosikal lain di sebelahnya menyebabkan mangsa melanggar belakang kenderaan berat itu sebelum tercampak,” katanya.
Ridzuan berkata, dia tidak menyangka kejadian menimpa mangsa yang ternyata gembira selepas memiliki motosikal baru hasil titik peluh sendiri.
Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Al-Fatihah
Sumber: sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ajal-bersama-motosikal-baru-1.108686
Toyota Hilux terbalik
1 Disember 2012
MARANG – Seorang pemandu dan empat penumpang berdepan detik mencemaskan apabila pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terbalik selepas mengelak kambing yang melintas di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di sini, semalam.
Kejadian di Gong Balai kira-kira 7.30 pagi itu, menyebabkan tiga penumpang termasuk seorang kanak-kanak yang sedang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu, Kelantan itu cedera manakala pemandu dan seorang lagi penumpang terselamat.
Pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Roseli Ismail, 53, ketika ditemui berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba mengelak beberapa ekor kambing yang melintas dari kanan ke kiri jalan, tetapi gagal untuk mengawal kenderaan selepas itu.
Menurutnya, kejadian menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebatang pokok dan terbalik, sebelum kesemua mereka dikeluarkan dari kenderaan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
“Kami jarang melalui laluan ini kerana biasanya mengikut laluan Jerangau Jabor di Dungun tetapi kerana sudah lama tidak ke Bandaraya Kuala Terengganu saya mengambil keputusan untuk mengikut laluan ini untuk ke Kota Bharu, Kelantan.
“Masa kenderaan ini terbalik, kami dikeluarkan orang ramai yang berada di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu,” katanya.
Roseli yang kemudiannya membuat laporan polis mengenai kemalangan yang menimpa mereka di Balai Polis Merchang di sini berkata, kesemua penumpang termasuk kanak-kanak itu adalah ahli keluarga penumpang yang merupakan rakan-rakannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber:sinarharian.com.my/edisi/terengganu/hilux-terbalik-elak-kambing-1.108731
Maut di besi pembahagi jalan
1 Disember 2012
BALAKONG – Seorang pemandu lori mati ‘melekat’ di besi pembahagi jalan selepas terbabas ketika menunggang motosikal di Kilometer 0.2 Jalan Balakong-Seri Kembangan di sini, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa S Subramaniam,48, dikatakan baru pulang dari tempat kerja di Balakong ke rumahnya di Taman Sungai Besi Indah.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sendirian dipercayai gagal mengawal motosikal ditungganginya.
Menurutnya, motosikal mangsa kemudian melanggar konkrit pembahagi jalan menyebabkan kepalanya terhentak di besi pengadang jalan.
“Mangsa yang beralamat di pangsapuri Sungai Besi Indah itu maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya,” katanya.
Abd Razak berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan.
Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Mohd Alfian Mohd Zainal di talian 03-80742222 untuk membantu siasatan.
Sumber: sinarharian.com.my/semasa/melekat-pada-besi-1.108623
Pelajar Kolej TAR Maut
1 Disember 2012
GOPENG - Seorang penumpang kereta maut apabila kenderaan dinaikinya dirempuh bas di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran susur keluar Gopeng, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.48 pagi itu, kereta dinaiki pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, berusia 21 tahun, dikatakan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dilorong kanan sebelum dirempuh bas yang dinaiki 31 penumpang.
Bas itu menghala ke Kuala Lumpur ketika kejadian.
Dalam kejadian itu, bas berkenaaan terbalik memasuki longkang di kiri jalan menyebabkan empat penumpang bas cedera ringan manakala empat penumpang kereta cedera parah.
Kesemua mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dapatkan rawatan.
Mangsa Kemalangan
Kemalangan pagi itu turut mencederakan lapan yang lain iaitu tiga penumpang kereta jenis Mercedes-Benz tersebut dan lima lagi termasuk pemandu serta penumpang bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Muda.
Kemalangan berlaku hanya kira-kira 400 meter dari lokasi nahas yang mengorbankan empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) akibat dirempuh sebuah treler yang sarat membawa muatan makanan ringan, 21 November lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa, Chai Yoke Ling, 18, dan tiga rakan lelakinya itu berada di lorong kiri dan dikatakan telah hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.
Menurutnya, kereta tersebut kemudian terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh besi pembahagi jalan yang menyebabkannya berpusing beberapa kali.
"Kereta berkenaan kemudian dirempuh sebuah bas ekspres membawa 30 penumpang di lorong sama yang gagal mengelak sebelum terbalik dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan.
"Mangsa dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Tambah Kong Soon, ketika kemalangan, keadaan jalan lurus dan sedikit mendaki manakala cuaca pula dalam keadaan baik.
Penumpang bas ekspres, Asyraf Nasir, 21, memberitahu, kenderaan berkenaan baru memulakan perjalanannya pukul 12.30 tengah malam dari Sungai Petani menuju ke Kuala Lumpur.
Katanya, dia menaiki bas tersebut bersama sepupunya, Danial Syami Shaha, 14, dan mereka duduk di bahagian belakang pemandu.
"Masa itu, saya tidak tidur. Saya lihat sebuah kereta Mercedes-Benz berada di lorong kiri dan terdapat sebuah lagi kereta di depannya. Mercedes-Benz itu kemudian masuk ke lorong kanan dan cuba memotong kereta di hadapannya tetapi terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.
"Pemandu cuba memberhentikan bas tetapi gagal lalu merempuh Mercedes-Benz itu sebelum melanggar tebing bukit dan terbalik dalam longkang.
"Suasana masa itu sangat cemas dengan kebanyakan penumpang termasuk kanak-kanak menjerit dan menangis. Alhamdulillah, saya bernasib baik tidak terpelanting keluar sebab cermin tingkap berhampiran pecah," katanya
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/1-maut-8-cedera-kemalangan-lebuh-raya-dekat-gopeng-1.108716
utusan.com.my/utusan/Utara/20121202/wu_04/Pelajar-maut-lapan-cedera
Guru Sekolah Memandu Maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
30 November 2012
KAJANG: Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya yang rosak dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 18.1 Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran susur Balakong, di sini semalam.
Ketika kejadian jam 10.30 pagi, kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Manap Repin, 73, tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkannya dia turun untuk memeriksa.
Mangsa dikatakan membuka bonet dan memeriksa bahagian enjin sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Bagaimanapun, sebuah SUV Honda CRV yang melalui laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami hentakan yang kuat di bahagian dada.
“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah institut memandu di Gombak untuk mengadakan ceramah kelas memandu,” katanya.
kibat rempuhan itu, bahagian belakang kereta mangsa remuk manakala pemandu Honda CRV berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Katanya, seorang pemandu sebuah treler yang mengekori kereta mangsa terselamat kerana sempat mengelak ketika kenderaan mangsa berhenti secara tiba-tiba.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kemalangan itu menyebabkan laluan dari arah Kajang ke Cheras sesak kira-kira tiga kilometer.
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautkeretarosak/Article/index_html
30 November 2012
KAJANG: Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya yang rosak dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 18.1 Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran susur Balakong, di sini semalam.
Ketika kejadian jam 10.30 pagi, kereta Perodua Kancil dipandu mangsa, Manap Repin, 73, tiba-tiba mengalami kerosakan menyebabkannya dia turun untuk memeriksa.
Mangsa dikatakan membuka bonet dan memeriksa bahagian enjin sebelum masuk semula ke dalam keretanya.
Bagaimanapun, sebuah SUV Honda CRV yang melalui laluan sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kereta mangsa.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu disahkan maut di tempat kejadian akibat mengalami hentakan yang kuat di bahagian dada.
“Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke sebuah institut memandu di Gombak untuk mengadakan ceramah kelas memandu,” katanya.
kibat rempuhan itu, bahagian belakang kereta mangsa remuk manakala pemandu Honda CRV berkenaan mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan.
Katanya, seorang pemandu sebuah treler yang mengekori kereta mangsa terselamat kerana sempat mengelak ketika kenderaan mangsa berhenti secara tiba-tiba.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kemalangan itu menyebabkan laluan dari arah Kajang ke Cheras sesak kira-kira tiga kilometer.
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautkeretarosak/Article/index_html
Dua beranak maut digilis lori
Inalillahi wainailaihi rojiun
30 November 2012
GEORGETOWN - Dua beranak maut setelah motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri di sini, pagi tadi.
Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya Noor Rashid Abdul Rahim, 38, mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beranak itu telah hilang kawalan sebelum kedua-duanya terjatuh di bahu jalan dan digilis lori pasir tersebut.
Dua beranak itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Tun Sardon, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
30 November 2012
GEORGETOWN - Dua beranak maut setelah motosikal yang dinaiki hilang kawalan sebelum digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri di sini, pagi tadi.
Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya Noor Rashid Abdul Rahim, 38, mati di tempat kejadian.
Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, motosikal yang dinaiki dua beranak itu telah hilang kawalan sebelum kedua-duanya terjatuh di bahu jalan dan digilis lori pasir tersebut.
Dua beranak itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Tun Sardon, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - Bernama
Thursday, November 29, 2012
Treler kari rentung
29 November 2012
IPOH - Pemandu dan kelindan treler yang membawa muatan serbuk kari bernasib baik apabila mereka berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan yang mereka naiki meletup dan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 386.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) (arah utara) malam kelmarin.
Kelindan treler berkenaan, S Rammurthy, 29, berkata dalam kejadian yang berlaku jam 10.50 malam itu, dia dan pemandu dikenali P Mohandass, 22, terpaksa memberhentikan kenderaan selepas dikejutkan dengan dentuman kuat dari arah belakang treler.
Katanya, apabila memberhentikan treler tersebut mereka mendapati bahagian tayar belakang sedang terbakar dan merebak ke muatan.
“Beberapa pengguna lebuh raya serta pemandu lori turut memberhentikan kenderaan mereka untuk membantu kami memadamkan kebakaran.
“Selepas usaha untuk memadam kebakaran menemui jalan buntu, kami segera menghubungi bomba dan penyelamat untuk mendapatkan bantuan,” katanya.
Rammurthy berkata, dia bersama Mohandass memulakan perjalanan kira-kira 9.00 malam dari Selayang, Selangor menuju ke Ipoh untuk menghantar muatan serbuk kari.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat Tanjung Malim ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan 11.15 malam kelmarin sebelum tiba 20 minit kemudian di lokasi kejadian bersama sebuah jentera termasuk lima anggota dari balai bomba dan penyelamat Slim River.
Beliau berkata, sebaik tiba, kepala treler berkenaan sudah dipisahkan dari muatan manakala, pemandu dan kelindan treler berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kami mengakui sukar memadam kebakaran akibat asap tebal selain serbuk kari yang memasuki mata dan hidup anggota yang bertugas,” katanya.
Tambahnya, api berjaya dikawal sepenuhnya lebih kurang jam 6.30 pagi semalam selepas lapan jam anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/treler-muatan-kari-meletup-1.108058
Tuesday, November 27, 2012
Pemandu van maut bertembung Waja
28 November 2012
NILAI – Seorang lelaki maut selepas van dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Waja dalam kemalangan di Batu 6 Jalan Sikamat Lama, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 7.20 petang itu, Eng Boon Hong, 58, maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu berseorangan dalam perjalanan dari arah Pantai, di sini menuju ke Sikamat dipercayai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru Sikamat.
“Bagaimanapun, sebaik sampai di lokasi kejadian, van dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Akibatnya, kenderaan mangsa bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja di laluan terbabit. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.
Katanya, pemandu Proton Waja terbabit yang berusia lingkungan 30-an bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/van-bertembung-kereta-1.107798
Maut tersepit dalam Satria
Inalillahi wainailaihi rojiun
28 November 2012
BENTONG - Hasrat empat sekawan pulang ke Kuala Lumpur membawa barangan yang dibeli dari Kelantan untuk dijual tidak kesampaian apabila mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 5.15 pagi semalam.
Lebih malang lagi, seorang daripada mereka meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 1.8 Jalan Bentong-Raub, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa yang maut, Harati Husin, 32, manakala tiga rakannya cedera ringan.
Menurutnya, mereka berempat dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Lumpur dan setibanya di tempat kejadian, kereta jenis Satria yang dipandu Harati dipercayai hilang kawalan.
“Kenderaan kemudian terbabas ke kanan jalan dan seterusnya masuk ke dalam longkang berhampiran sebuah kedai, dekat sini.
“Akibat kejadian itu, Ahmad Hafiz Mohd Noor, 22, dan Mohd Hafezzudin Che Hamid, 23, yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar dari kenderaan menerusi cermin hadapan kereta,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, mangsa yang maut dan penumpang hadapan, Muhd Harris Murshidi Wan Husin, 21, pula tersepit di bahagian hadapan kereta.
Katanya, Muhd Harris dan Harati terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Muhd Harris mengalami kecederaan di bahagian muka, manakala dua lagi hanya cedera ringan.
“Harati disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Bentong sebelum dituntut keluarga,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/kereta-dinaiki-empat-sekawan-terbabas-1.107721
5 maut Hyundai Strex rempuh lori
27 November 2012
RIVER - Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun antara lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah lori 12 tan di Kilometer 372.1 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, 7 pagi tadi.
Mangsa yang maut adalah sebahagian daripada 11 penumpang terdiri daripada pemuzik dan penari dalam kenderaan MPV jenis Hyundai Strex yang dalam perjalanan ke Muar, Johor untuk membuat persembahan di sana.
Mangsa yang maut akibat kecederaan parah di dada dan kepada adalah Poh Hock Huat, 61, dari Transkrian, Nibong Tebal, Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Serdang, Kedah dan Daphne Eng Yuik Yee, 14, Bagan Selatan, Tanjung Piandang, Perak, Juvien Chim Yu Xuan, 12 serta Hong Choon Pee, 33, dari Prai, Pulau Pinang.
Nahas sama turut menyebabkan enam penumpang lain mengalami kecederaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Deputi Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan MPV terbabit merempuh belakang lori jenis Hino membawa muatan beras yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit, kira-kira 100 meter sebelum susur keluar Tol Slim River.
Katanya, lori dalam perjalanan dari Jitra, Kedah ke Sungai Buloh, Selangor.
“Rempuhan itu menyebabkan lima penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam daripada mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.
“Manakala, pemandu dan kelindan lori 12 tan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kemalangan tersebut,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanjung Malim di sini.
Katanya, mangsa yang cedera dikenali sebagai Chong Soon Choy, 61; Heng Ah Lee, 60; Boo Goik Hong, 58; Ho Seok Yi, 18; Goey Wen Ni, 16 dan Lin Yau Hong, 3,
“Pihak kami sedang meneruskan siasatan terhadap kejadian kemalangan yang berlaku di KM 372.1 dan siasatan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Azrul Tawin di talian 054528222,” katanya.
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/5-maut-6-cedera-nahas-lebuh-raya-dekat-slim-river-1.107518
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/5_Maut_Kemalangan_Di_PLUS_Slim_River.html
Dirempuh van ketika lari sekatan polis
27 November 2012
SENAWANG – Gara-gara ingin melarikan diri daripada sekatan polis dengan melawan arus, dua lelaki berusia 20-an nyaris maut apabila motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah van lalu tercampak di Jalan Persiaran Senawang 2 berdekatan Taman Desa Anggerik dekat sini, semalam.
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 pagi itu, dua lelaki terbabit yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai telah melawan arus dengan membuat pusingan U apabila menyedari ada sekatan jalan raya kira- kira 50 meter di hadapan.
Akibat tindakan nekad itu, motosikal yang ditunggang mangsa telah dirempuh sebuah van yang datang dari arah belakang di laluan sama lalu mengakibatkan motosikal mangsa tercampak ke dalam longkang di sisi jalan.
Menurut seorang saksi, J Velan 36, berkata, dia ketika itu sedang dalam perjalanan ke bank dari tempat kerja dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kemalangan berlaku.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, dua mangsa terbabit telah terbaring di atas jalan dengan keadaan berlumuran darah.
“Penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan parah apabila saya melihat kulit mukanya hampir terkoyak, selain parah di dada dan kaki manakala rakannya cedera di tangan.
“Tidak lama kemudian anggota penyelamat dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja dihubungi seorang anggota polis yang terdahulu ternampak kejadian itu,” katanya.
Velan berkata, mangsa memberitahu, mereka berasal dari Batu Kikir dan bekerja di sebuah kedai mencuci kenderaan di sebuah pasaraya di Senawang.
Mangsa yang kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (HTJS) untuk rawatan susulan itu dipercayai tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, mengesahkan kejadian tersebut.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bahana-elak-sekatan-polis-1.107467
Akibat memandu ketika mengantuk
27 November 2012
SEREMBAN - Padah terlelap seketika menjadi punca sebuah kereta jenis Nissan Sunny dinaiki dua remaja lelaki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Pantai - Kuala Klawang, di sini, kelmarin.
Menurut saksi kejadian, Mohd Farizal Zainal, 24, kejadian berlaku lebih kurang jam 1.30 petang dipercayai berpunca apabila pemandu dan penumpang kenderaan terlelap buat seketika.
“Semasa kejadian, kedua-dua mangsa datang dari arah Seremban sedang menghala ke Kuala Klawang sebelum kereta dinaiki terbabas ke laluan bertentangan lantas merempuh tepi bukit menyebabkannya terbalik.
“Mujur ketika kemalangan berlaku, tiada kenderaan lain terlibat. Namun pemandu kenderaan dipercayai mengalami kecederaan di bahagian lengan kiri dan kaki kanan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, difahamkan, kereta dipandu mangsa ketika kejadian bukanlah milik sendiri, sebaliknya kenderaan tersebut disewa.
Sebuah jentera bomba dari Seremban turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memastikan tiada kebakaran berlaku akibat minyak yang tumpah dari kenderaan terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kereta-terbalik-akibat-terlelap-1.107564
Monday, November 26, 2012
Wanita maut tersepit 1jam
Inalillahi wainailaihi rojiun
26 November 2012
KUANTAN - Seorang wanita maut setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Iswara, di km 22, Jalan Lipis-Sungai Koyan, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, mangsa, Syuhelda Shaimin, 31, dari Taman Pertama, Kuala Lipis disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Padang Tengku, dekat sini, akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai menuruni bukit dan telah termasuk ke laluan bertentangan selepas dipercayai gagal melihat garisan berkembar akibat hujan lebat.
"Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Iswara dinaiki tiga beranak yang datang dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.
"Akibatnya, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis selepas mengambil masa hampir satu jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, mangsa Syuhelda kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
"Manakala pemandu Proton Iswara berusia lingkungan 40-an bersama dua ahli keluarganya yang turut mengalami kecederaan masih mendapat rawatan di hospital yang sama," katanya.- Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/wanita-maut-tersepit-dalam-kemalangan-1.107382
26 November 2012
KUANTAN - Seorang wanita maut setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Iswara, di km 22, Jalan Lipis-Sungai Koyan, dekat sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, mangsa, Syuhelda Shaimin, 31, dari Taman Pertama, Kuala Lipis disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Padang Tengku, dekat sini, akibat cedera parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai menuruni bukit dan telah termasuk ke laluan bertentangan selepas dipercayai gagal melihat garisan berkembar akibat hujan lebat.
"Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Iswara dinaiki tiga beranak yang datang dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.
"Akibatnya, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis selepas mengambil masa hampir satu jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, mangsa Syuhelda kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
"Manakala pemandu Proton Iswara berusia lingkungan 40-an bersama dua ahli keluarganya yang turut mengalami kecederaan masih mendapat rawatan di hospital yang sama," katanya.- Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/wanita-maut-tersepit-dalam-kemalangan-1.107382
Maut dalam kmalangan 5 kenderaan
Inalillahi wainailaihi rojiun
26 November 2012
ALOR GAJAH - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 216, Lebuhraya Plus, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa, Erama Sazali Mohd Samsi, 37, memandu Perodua Alza sambil ditemani isterinya, Rosniwati Rosali, 36, yang dalam perjalanan dari Sepang ke Melaka.
Menurut sumber, beberapa minit selepas kemalangan itu berlaku, sebuah Perodua Myvi pula tiba-tiba datang dan merempuh sebuah motosikal Modenas Kriss milik seorang pelajar yang datang dari arah Shah Alam menuju ke Melaka.
Sebelum itu pelajar berkenaan memberhentikan motosikalnya di lorong kecemasan untuk membantu mengawal lalu lintas akibat kemalangan pertama.
Sumber berkata, Perodua Myvi dinaiki empat warga asing itu kemudian terbabas merempuh pembahagi dan berada dalam keadaan melintang di atas lebuh raya berkenaan.
Malang tidak berbau apabila sebuah kereta Honda City dinaiki dua rakan pula gagal mengelak Perodua Myvi tersebut lalu merempuh kenderaan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/mobile/edisi/melaka-ns/lelaki-maut-nahas-babit-5-kenderaan-1.107195
Subscribe to:
Posts (Atom)