loading...

Saturday, April 30, 2011

Himpunan 30 April 2011

Konstabel Parah Kena Rempuh


 29 APRIL 2011: Konstabel Rohayu Samlan, 24, yang cedera selepas dilanggar oleh seorang suspek disyaki pengedar dadah di Taman Bukit Mas dan kini di rawat di Hospital Tuanku Jaafar, di Seremban. - Utusan/ABDUL RAZAK AID

SEREMBAN: Walaupun mengalami pendarahan dalaman pada paru-paru akibat dirempuh kereta pengedar dadah malam kelmarin, Konstabel Rohayu Samlan, 24, tetap bersemangat untuk meneruskan tugas yang diminatinya sejak kecil.
Malah, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang masih belum mendirikan rumah tangga itu tidak menyesal menyertai pasukan keselamatan terbabit tiga tahun lalu kerana menyedari sebarang kecelakaan yang menimpa adalah risiko yang perlu dihadapi.
Ibunya, Sarimah Yaacob, 45, yang setia menemani anggota polis itu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), berkata dia amat berbangga kerana kejadian menimpa Rohayu berlaku ketika anaknya menjalankan tugas murni mencegah pengedaran dadah yang merosakkan masyarakat.

“Dia memberitahu tidak sedikit pun menyesal, malah langsung tidak menjejaskan minatnya sebagai anggota polis,” katanya selepas menerima lawatan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh ke HTJS, semalam.

OSMAN melawat Rohayu yang dilanggar penjenayah di Taman Bukit Emas di Hospital Tuanku Ja’afar sambil diperhatikan ibunya, Sarimah Yaacob (tengah), semalam.



Sementara itu, Osman berkata dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Rohayu bersama lima rakan setugas terserempak sebuah Proton Satria dalam keadaan mencurigakan di Taman Bukit Mas, di sini sebelum mengenal pasti pemandunya pengedar dadah yang kini dikehendaki polis kerana beberapa kesalahan lain.

Sebaik polis memperkenalkan diri, suspek yang enggan keluar daripada kereta tiba-tiba membuat pusingan dengan agresif menyebabkan Rohayu yang berada berhampiran dirempuh hingga tercampak beberapa meter sebelum sekali lagi dirempuh selepas terjatuh di belakang kereta itu hingga terperosok di bawah bonet.
Suspek dikenal pasti Tan Kok Fui, 44, yang melarikan diri daripada hukuman buang negeri di Kuantan, Pahang, kemudian melarikan diri manakala Rohayu mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan perut selain luka serta lebam di beberapa bahagian badan dikejarkan ke HTJS.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis di talian 06-6033222 atau 06-7682389.






Anak bekas Ahli Dewan Negara maut

KERETA Mazda RX6 dipandu Nurul Huda terbabas merempuh penghadang jalan di Kilometer 25.4 Lebuh Raya Karak arah Bentong, pagi semalam.


KUALA LUMPUR: Anak perempuan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Jamaluddin Ahmad, maut selepas kereta Mazda RX6 dipandunya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan dan nyaris terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 25.4 Lebuh Raya Karak arah Bentong, pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan Nurul Huda Jamaluddin, 26, tersepit dalam kereta yang remuk teruk sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian tidak lama kemudian.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah, berkata mangsa beralamat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dikatakan dalam perjalanan dari arah ibu negara menghala Pantai Timur ketika kemalangan.

“Mangsa memandu berseorangan dan dipercayai hilang kawalan setiba di tempat kejadian menyebabkan kenderaan terbabas ke kanan laluan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan.

“Keretanya kemudian berpusing ke arah bertentangan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri jalan. Akibatnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian depan dan nyaris terjunam ke dalam gaung,” katanya.

Kemalangan disedari seorang anggota polis peronda sebelum sekumpulan orang awam bergegas menyelamatkan mangsa yang masih bernyawa ketika itu, tetapi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dihantar ke hospital.
Difahamkan, bapa mangsa juga pernah bertugas sebagai Setiausaha Sulit Pengerusi Tetap Wanita UMNO yang juga bekas menteri, Tan Sri Napsiah Omar.

Rahim berkata, Nurul Huda meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan sebelum jenazahnya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.




Tak Sempat Solat Jumaat

 ANGGOTA bomba dari Balai Bomba Masjid Tanah dibantu orang awam bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan kereta dalam kemalangan di Kampung Permatang Darat, Kuala Sungai Baru dekat Masjid Tanah. Foto: Ariffin Salleh (29/04/2011)

MASJID TANAH: Hasrat seorang pegawai kanan kastam untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Linggi dekat sini, sebelum berpindah ke Kelana Jaya, Selangor, tidak tercapai apabila dia cedera parah dalam kemalangan di Kampung Permatang Darat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Othman Kassim, 50-an, yang dalam perjalanan pulang ke pejabatnya di Stesen Kuala Linggi selepas mesyuarat di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, melalui jalan Kuala Sungai Baru, dikatakan gagal memotong sebuah motosikal di satu selekoh tajam di kampung berkenaan.

Mangsa yang memandu kereta Honda Civic tiba-tiba hilang kawalan ketika cuba memintas sebuah motosikal dari arah sama sebelum bertembung dengan sebuah bas milik Maskas 3 Division, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kem Terendak, yang sedang di pandu uji dari arah Kuala Linggi.

Akibat perlanggaran itu, Othman yang juga Penolong Penguasa Kanan Kastam tersepit di tempat duduk dan cedera parah di kepala sebelum diberikan bantuan awal oleh orang ramai sementara menunggu bantuan kecemasan.

Rakannya, Pegawai Kastam Kanan, Shaharuddin Salim berkata, ketuanya itu yang bakal dinaikkan pangkat kepada Penguasa Kanan Kastam dan berpindah ke Kelana Jaya, Selangor, Mei depan, bercadang menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Kuala Linggi.

Katanya, dia difahamkan ketika kemalangan keadaan jalan agak licin selepas hujan yang mungkin menyebabkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan sehingga terbabas ke kanan jalan sebelum bertembung dengan bas milik angkatan tentera.

“Kami yang bertugas di Stesen Kuala Linggi bercadang meraikan kenaikan pangkat dan perpindahannya ke Kelana Jaya, petang ini (semalam).

“Syukur dia selamat dalam kemalangan itu walaupun cedera parah,” katanya.

Sementara itu, enam anggota tentera yang berada di dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut pemandu bas, Lans Koperal Abd Malik Jantan, 20-an, yang bertugas di Workshop Markas 3 Div, Kem Terendak, mereka yang sedang memandu uji bas dari arah Port Dickson terkejut melihat sebuah kereta dari arah bertentangan memotong sebuah motosikal.

“Saya terkejut dan membunyikan hon serta menekan brek kecemasan, namun gagal mengelak daripada dirempuh kereta itu,” katanya.

Menurutnya, bas yang dipandu itu baru saja dibaik pulih dan kini terpaksa kembali ke bengkel kerana rosak teruk akibat kemalangan itu.

myMetro



Hampir Pitam Lihat Tulang Kaki


DUNGUN: “Saya nak pitam sebaik melihat tulang kaki dan tangan kiri pemandu kereta itu terkeluar daripada dagingnya,” kata Mohd Rizal Yusof, 51, menceritakan detik cemas ketika cuba menyelamatkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Balai Besar-Alur Tempoyak, dekat sini, semalam.
Dia yang tiba sejurus selepas kemalangan kira-kira jam 11.30 pagi itu, begitu takut untuk mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi Hospital Dungun (HD) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya tidak berani membantu kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu dan bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap mangsa yang parah,” katanya.
Katanya, beberapa minit selepas itu, kakitangan dan pegawai perubatan hospital tiba dan membuat balutan di kaki dan tangan mangsa yang parah sebelum dikejarkan ke hospital.

Mohd Rizal berkata, dia dan beberapa penduduk berhampiran cuba mengeluarkan semua mangsa dalam kedua-dua kenderaan terbabit sebelum semua mangsa dihantar ke HD.

Kemalangan dipercayai apabila Perodua Kancil yang dipandu mangsa, Mohd Fauzan Zulkifli, 18, bersama tiga rakannya, Afiq Izudin Banudin, 17, Saidatul Nurhidayah Azmi, 14, dan Mohd Shazmie Zahari, 18, memasuki laluan kanan jalan lalu bertembung kereta Proton Saga yang dinaiki sebuah keluarga.

Kemalangan itu menyebabkan Proton Saga dipandu Roslina Abd Rahman, 30-an berpusing ke kaki lima jalan sebelum dilanggar sebuah kereta BMW yang berada di belakang kereta Roslina.

Ketika kejadian, Roslina bersama ibunya, Wan Kamariah Wan Nik, 60, serta empat anaknya, Luqman Daniel Fakrurazi, 9, Luqman Hakim, 6, Ainun Mardiah, 5, dan Nur Syamimi Balqis, 3 bulan, yang berasal dari Pasir Panjang, Kuala Terengganu, dalam perjalanan ke rumah abangnya tidak jauh dari tempat kejadian.





Dirempuh Lori Dari Belakang


ALOR GAJAH - Seorang peniaga buah durian nyaris maut apabila kereta yang dipandu dirempuh lori di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Simpang Ampat, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Yahya Abu Samah, 70-an, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Perling, Simpang Ampat, selepas selesai berniaga berhampi-ran pam minyak Petronas di sini, dirempuh kuat dari belakang hingga terseret kira-kira 50 meter.

Yahya berkata, dia yang memandu perlahan kerana membawa muatan durian, terkejut sebaik keretanya dirempuh hingga terseret melanggar tiang elektrik.

Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana lori terbabit boleh merempuhnya, sedangkan di kiri dan kanan jalan penuh dengan kereta.

“Mujur saya tidak apa-apa cuma mengalami cedera ringan tetapi saya kecewa kerana pemandu lori terbabit bertindak melarikan diri.

“Saya juga terpaksa keluar ikut pintu sebelah penumpang kerana gagal keluar menerusi pintu pemandu,” katanya.

Yahya berkata, bonet keretanya juga gagal dibuka dan tersekat tiba-tiba berikutan insiden itu.

“Nasib baik bonet kereta ‘jam’ tiba-tiba, kalau tidak tentu buah durian bertaburan dan mungkin keadaan jadi lebih teruk dan sesak,” katanya.

Menurutnya, seorang pemandu kereta di jalan bertentangan membantunya menghubungi pihak ambulan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Anak tiri mangsa, Mohd Farid Johar, 23, berkata, dia tahu berkenaan kejadian yang menimpa bapa tirinya itu setelah dihubungi ibunya dan juga seorang rakannya yang kebetulan berada berhampiran tempat kejadian.

“Biasanya ayah pergi berniaga bersama mak, tetapi pagi itu dia berniaga seorang tanpa ditemani mak dan tak sangka dia akan ditimpa kemalangan.

“Akibat rempuhan itu, ayah ada mengadu sakit-sakit badan,” katanya.



Langgar Bas Askar 
 





MASJID TANAH - Akibat mahu mengelak sebuah motosikal di hadapannya, seorang pemandu nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian kanan sebuah bas milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 12 tengahari di Jalan Kampung Permatang Darat, di sini apabila pemandu, Othman Kassim, 50-an, yang memandu kereta jenis Honda Civic tergamam selepas motosikal di hadapannya yang pada mulanya melalui kiri jalan, secara tiba-tiba masuk ke laluan tengah.

Panik dengan tindakan penunggang motosikal itu, mangsa dikatakan cuba mengelak, bagaimanapun ‘termakan jalan’ ke laluan bertentangan.

Kebetulan, sebuah bas milik ATM dari Kem Terendak, Tanjung Bidara, di sini datang arah bertentangan tidak sempat mengelak kenderaan mangsa, menyebabkan Honda Civic berkenaan merempuh bahagian kanan bas terbabit.

Tidak cukup dengan itu, kereta mangsa berpusing sebelum merempuh tembok sebuah rumah penduduk di situ.

Sepasukan anggota bomba tiba sejurus selepas kemalangan itu untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah selepas tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

“Masa itu, kami masing-masing sudah bersedia sekiranya berlaku sebarang kemungkinan kerana tak mampu berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam.

Malek berkata, dia cuna memusing stereng ke sebelah kiri untuk mengelak kereta itu, sebelum terlihat kereta berkenaan berpusing semula ke arah Kuala Sungai Baru dan merempuh tembok rumah penduduk.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat beberapa minit selepas itu sebelum dibawa ke Hospital Melaka.

Manakala, kesemua penumpang bas dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Friday, April 29, 2011

Kereta Lasak

Tak tahu la nak taip ape tentang gambar yang pelik menarik ni... lawak, terkejut, sedih, risau .. semua ade.
body dah barai... tapi enjin boleh jalan lagi. emmmm

Ke mana nak pergi tu? Hati-hati memandu yerr


Mungkin prinsipnya
" Jangan jadi hamba kereta.. biar kereta jadi hamba kita" 
hahaha
Nak pergi puspakom ke bang?




Akhbar Kemalangan 28 April 2011

 2 Sahabat Maut Pulang Dari Kerja.



MUAR – Keseronokan dua rakan baik pulang daripada tempat kerja tidak berpanjangan apabila maut selepas terbabit dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Bakri-Yong Peng, di Air Hitam, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Azarul Akmal Md Ramlan, 21, dari Lorong Hj Selamat Batu 16, Air Hitam dan Mohamad Nazri Md Asan, 25, dari Parit Hj Anuar 2, Air Hitam menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi.

Dipercayai kereta yang dipandu oleh Mohamad Azarul Akmal cuba mengelak lopak air di selekoh jalan kerana hujan lebat semasa kejadian.

Bagaimanapun kenderaan mangsa dikatakan telah memasuki laluan kanan sebelum bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan.

Difahamkan, kenderaan mangsa dari arah Muar menuju ke Air Hitam, manakala treler terbabit dari Yong Peng menghala ke Muar.

Akibat insiden itu, pemandu kenderaan berkenaan tersepit dan memaksa pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkannya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, kedua-dua mangsa mati serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala juga beberapa anggota badan yang lain.



Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

“Pemandu treler berkenaan pula mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada Sinar Harian.





Pekerja Ladang Bertembung Lori Sawit



MUAR: Dua sahabat maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki bertembung lori membawa muatan sawit dalam kejadian di Batu 14, Jalan Bakri-Yong Peng, dekat sini petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pemandu Mitsubishi Pajero, Mohamad Azarul Akmal Md Ramlan, 21, dari Parit Jepun, Batu 16, dan rakannya, Mohd Nazri Md Asan, 25, dari Parit Haji Anuar, Batu 17, mati di tempat kejadian.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pemandu dan pembantu jentera jengkaut itu dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing dari tempat kerja di ladang kelapa sawit di Parit Ulu dekat Bakri.

Rakan mangsa, Mohd Fahad Yagi, 26, tidak menyangka kedua-dua sahabatnya itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya kerana mereka baru saja keluar minum bersama pada malam sebelum kejadian.

“Ketika pertemuan, Mohamad Azarul tidak menunjukkan perubahan kecuali memberitahu hasratnya untuk berjalan bersama rakan lain sempena cuti Hari Pekerja pada Isnin depan,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini semalam.

Jenazah dua sahabatnya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Air Hitam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Muar, Inspektor Mohd Redzuan Mohd Lin, telefon 06-952 6222





Kemalangan Ragut Nyawa Pembantu Khas Zahid Hamidi 




Ahmad Shaari Abdul Rani, pembantu khas Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terbunuh apabila motosikal berkuasa besar yang ditungganginya terbabas di KM 83.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 28 April 2011, 3.30 petang itu, Ahmad Shaari, 55, yang menunggang motosikal 1100 cc sedang dalam perjalanan ke Langkawi untuk menghadiri kursus di sana mulai esok.



Jurucakap polis berkata kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ahmad Shaari meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.





Guru Patah Kaki, Penunggang Motosikal Hancur Kaki Dalam Dua Kemalangan

April 28, 2011; KUCHING: Seorang guru mengalami patah kaki dan mengalami kecederaan dalaman yang serius selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya semalam.

Mangsa yang berumur 26 tahun dipercayai berasal dari Kampung Panchor Baru dalam perjalanan menuju ke bandar apabila Perodua Myvi yang dipandunya dilanggar oleh sebuah lori seberat 10 tan. Lori berkenaan melanggar bahagian sisi kereta mangsa di Kilometer 24 Jalan Kuching- Serian pada jam 7.15 pagi.

Lori berkenaan dipercayai membuat pusingan membelok ke arah jalan bertentangan berdekatan SMK Tun Abdul Razak dan melanggar kereta guru berkenaan di bahagian belakang sebelah kiri.

Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah ambulans dari Serian menghantar mangsa dari tempat kejadian ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dalam kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal hancur kaki kanan akibat digilis sebuah lori treler di Tambirat, Asajaya semalam.

Mangsa berumur 28 tahun dari Siol Kandis itu dalam perjalanan balik ke Kuching bersama seorang saudara berumur 26 tahun pada jam 10 pagi apabila cuba mengelak melanggar sebuah lagi lori berdekatan dan hilang kawalan.

Kedua-dua mangsa tercampak dari kenderaan ke arah jalan bertentangan dan pada masa yang sama sebuah treler juga sedang melalui jalan yang sama.

Pembonceng sempat mengelak, tetapi kaki kiri penunggang digilis oleh kenderaan berat terbabit manakala kaki kanannya patah.

Ambulans Jabatan Pertahanan Awam dikejarkan ke tempat kejadian dan mangsa dihantar ke HUS untuk mendapatkan rawatan.

Thursday, April 28, 2011

Lintasan Maut Untuk Pelajar SMK USJ 23

BERBAHAYA...pelajar terpaksa melintas jalan walaupun pemandu memandu laju.


SUBANG JAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, di sini, mempertaruhkan nyawa setiap kali melintas jalan di hadapan sekolah berikutan tiada jejantas di situ.
Setiap hari pelajar berdepan risiko kemalangan kerana kenderaan yang lalu lalang seolah-olah berlumba sehingga tidak mengendahkan pelajar melintas.

Tinjauan Metroplus mendapati keadaan menjadi sesak apabila tamat sesi persekolahan kerana pelajar berasak-asak melintas jalan untuk pulang ke rumah.
Lebih menakutkan, ada ketikanya ‘lori hantu’ melalui kawasan berkenaan dan memandu laju tanpa mempedulikan pelajar yang menggunakan laluan itu.

Pelajar, Ahmad Fakhrul Zahir Zulkifli, 15, berkata dia mengalami trauma apabila pernah melihat kejadian pelajar dilanggar kereta di kawasan berkenaan.

Gambar Hiasan: Adakah ingin pelajar kita jadi sedemikian.

“Pemandu memandu laju dan tidak mempedulikan kami yang ingin melintas. Saya kadang kala berasa ragu untuk melintas, namun kerana ingin cepat pulang ke rumah saya redah saja.
“Saya juga pernah melihat pelajar dilanggar kereta sebanyak dua kali dalam kejadian berasingan di sini sehingga terpaksa meminta ayah menghantar saya ke sekolah ketika itu,” katanya.

Sementara itu, pelajar tingkatan lima, Muthoharoh Yusof, 17, berkata dia yang sering pulang lewat petang gusar apabila melihat kenderaan dipandu laju tanpa mempedulikan pelajar melintas jalan.
“Sejak sekolah ini dibuka pada 2004, kami bertarung nyawa setiap hari untuk ke sekolah. Kami harap pihak berkuasa segera membina jejantas di sini.

“Sikap mereka (pemandu) yang melanggar lampu isyarat merah membahayakan kami. Saya nyaris dilanggar sedangkan ketika itu lampu isyarat berwarna merah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Azfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima aduan orang ramai mengenai masalah bahaya di kawasan berkenaan.

“Sejak dulu orang ramai menggunakan lampu isyarat untuk melintas di tempat itu, mengenai bahaya yang perlu ditempuh oleh pelajar di situ kami akan menyiasat perkara ini.

“Jika keadaan memerlukan jejantas dibina di situ, kami akan segera bertindak untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my



Warga Emas Maut di Sungai Tong

Al-Fatihah...

KAMPUNG TELAGA- Hasrat seorang warga emas untuk pulang ke rumah selepas selesai urusan di pasar pagi (Hari Giliran) Kuala Berang tidak kesampaian apabila dia maut setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 4 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa Abu Abd Latif, 63, yang memandu sendirian Proton Iswara dari arah Kuala Berang menuju Sungai Tong dan sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandunya memasuki lorong bertentangan secara tiba-tiba lalu bertembung dengan treler yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, akibat kemala-ngan tersebut mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa berasal dari kampung Kepah dan bekerja sendiri ini dikatakan masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba hingga menyebabkan kereta dipandunya bertembung sebuah treler dipandu Muhamad Al Amin Yusof, 43, beralamat di Bukit Besi, Dungun.

“Akibat pertembungan itu juga, treler tersebut terbabas lalu merempuh bangsal di hadapan sebuah rumah penduduk. Mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut, manakala pemandu treler berkenaan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zaki Abd Hamid berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk membawa keluar mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu setelah menerima panggilan jam 11.30 pagi dan seramai enam anggota dengan sebuah jentera terlibat dalam operasi berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati orang ramai turut memenuhi lokasi kejadian bagi melihat dengan lebih dekat kemalangan tersebut.

Sinar Harian juga difahamkan walaupun kawasan tersebut merupakan jalan lurus namun ia merupakan salah satu lokasi yang sering berlakunya kemalangan.

Penduduk yang hanya ingin dikenal sebagai Abdullah berkata, walaupun pada pandangan mata kasar permukaan jalan raya di situ kelihatan rata namun sebenarnya terdapat satu lokasi yang seolah-olah berbonggol.

Apatah lagi, kebanya-kan pemandu memecut laju kerana ia merupakan jalan lurus.
“Kebiasannya, apabila kenderaan berat melalui kawasan dikatakan seolah-olah berbonggol itu, sudah pasti kita fikirkan ia kemalangan kerana bunyinya.

“Malah, pada mulanya tadi saya tidak menyangka bunyi dentuman kuat itu akibat kemalangan sehinggalah mendengar bunyi siren kecemasan,” katanya.

“Mujurlah kemalangan waktu pagi”

“Mujurlah kemala-ngan ini berlaku waktu pagi kerana kebiasannya setiap petang anak bongsu saya bermain badminton di halaman rumah bersama kawannya.

“Malah, saya juga bersyukur kerana treler yang terbabas ini hanya merempuh bahagian garaj kereta bukannya rumah,” luah Aidawati Mustapha, 36.

Aidawati, penduduk yang tinggal berhampiran lokasi kemalangan maut berlaku di Kilometer 4 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, di sini, kira-kira 11.30 pagi semalam membabitkan sebuah Proton Iswara dengan sebuah treler.

Malah, akibat kemalangan itu, garaj kereta milik Aidawati turut dirempuh.

Menurut Aidawati yang juga seorang ibu tunggal, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bekerja di Kuala Berang.

Dia hanya mengetahui garaj keretanya dirempuh treler setelah dihubungi bapanya, Mustapha Ibrahim, 57, yang ketika itu berada di Kemaman.

“Saya terus bergegas pulang apabila diberitahu rumah saya hampir dirempuh treler yang terbabas akibat kemalangan dengan sebuah kereta dan saya sangat beryukur kerana ia hanya melibatkan garaj kereta biarpun jaraknya hanya beberapa meter sahaja dengan rumah.

“Kebiasaannya, kawasan garaj itu digunakan untuk parkir kereta Proton Saga, namun hari ini (semalam) ia digunakan adik saya, Amri Rizal Mustapha, 29, untuk ke tempat kerjanya kerana motosikalnya rosak. Sekiranya tidak, sudah tentu kereta tersebut juga turut terlibat.

“Saya tinggal di sini bersama enam ahli keluarga termasuk tiga anak yang berumur 8, 12, dan 13 tahun,” katanya.

Aidawati berkata, biasanya setiap petang, anak bongsu saya, Tengku Aidil Putra Tengku Nasiruddin bermain badminton bersama kawannya di hala-man rumah.

“Namun, syukurlah kemalangan ini berlaku pada waktu pagi iaitu ketika anak saya berada di sekolah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story9024998.asp

Wednesday, April 27, 2011

3 Kereta dirempuh Treler


KUALA LUMPUR - Tiga pemilik kereta berputih mata apabila kenderaan yang diletakkan di sebuah kawasan di Taman Bukit Maluri dirempuh sebuah treler.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu.

Salah seorang pemilik kereta yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Fong,50, berkata, setiap hari dia meletakkan kenderaannya di situ dan menaiki komuter untuk ke tempat kerja di pusat bandar raya.

"Saya baru sampai di tempat kerja kemudian menerima panggilan daripada jiran memaklumkan kejadian ini.

"Sudah lama saya meletakkan kereta saya di kawasan sekitar ini untuk menaiki komuter dan ini merupakan kejadian pertama seumpama ini berlaku kepada saya,” katanya yang memiliki sebuah kereta waja.

Sementara itu difahamkan, kenderaan berat lebih 30 tan itu mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan dan merempuh kenderaan yang terdapat di bahu jalan itu.

Ketika itu, treler dari arah Jalan Jentayu ke Jalan Burung Kasawari itu sedang menuruni bukit.

"Treler tiba-tiba mengalami masalah brek dan pemandu cuba mengawal tetapi gagal serta terjun kira-kira 50 meter sebelum rempuh ketiga-tiga kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, pemandu cuma mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9020711.asp

Tuesday, April 26, 2011

Warga Emas Nyaris Maut


SUNGAI SIPUT (U)- Seorang wanita warga emas berusia lingkungan 60-an nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergeser dengan sebuah lori dalam kemalangan jalan raya di Pekan Sungai Siput, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Jalong menunggang seorang diri dalam kejadian pada jam 12 tengah hari itu.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa sedang menghala dari arah Ipoh menuju Kuala Kangsar pada ketika itu dan lori terbabit juga dari arah sama.

“Pemandu lori yang berusia 50-an cuba mengelak daripada merempuh motosikal di hadapannya yang dipercayai menukar lorong secara tiba-tiba ketika itu.

“Dalam usaha mengelak motosikal berkenaan, lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azman berkata, sungguhpun telah cuba mengelak motosikal yang ditunggang mangsa, percubaan pemandu lori gagal apabila lori berkenaan tetap bergeser dengan motosikal terbabit.

“Kejadian berlaku di Kilometer 28.1 Jalan Ipoh menghala ke Kuala Kangsar di hadapan Klinik Kesihatan Sungai Siput dan berhampiran sebuah sekolah.

“Kejadian juga telah menyebabkan kerosakan kepada pembahagi jalan selain lori yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” katanya.

Menurut Azman, mangsa mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu dan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Siput (HSS) untuk menerima rawatan.

“Pemandu lori bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kita juga bersyukur kerana tiada kehilangan nyawa dalam kejadian ini.

“Polis masih lagi menyiasat kemalangan ini dan mangsa kini ditahan di wad HSS kerana dikhuatiri mengalami masalah kesihatan serta kecederaan lain kerana faktor usia,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9018008.asp




Akibat Lumba Haram


MELAKA - Gara-gara berlumba secara haram, sebuah kedai makan di tepi Jalan Balai Panjang, Jalan Panjang, di sini menjadi mangsa apabila runtuh di rempuh sebuah kereta yang sedang beraksi dan terbabas,
malam kelmarin.

Kedai makan berkenaan runtuh selepas pemandu kereta jenis Proton Saga BLM yang diubah suai gagal mengawal kenderaannya semasa sedang menunjukkan
kehebatan dalam perlumbaan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Proton Saga dari arah Malim yang menuju ke bandaraya Melaka itu dikatakan terbabas kira-kira sejauh 50 meter dan melanggar deretan pasu bunga serta pokok yang terdapat di luar kawasan sebuah nuseri, sebelum merempuh kedai makan terletak bersebelahan.

Mereka bernasib baik apabila kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa kerana sewaktu kejadian kedai makan berkenaan sudah ditutup. Bagaimanapun, empat buah meja termasuk meja membuat roti canai dan memasak bertaburan di kiri kanan kedai makan berkenaan yang dimiliki seorang penduduk tempatan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9018463.asp 



Padah Pandu Laju


SUNGAI LIMAU – Sebuah kereta yang dipandu laju merempuh sebuah lori menghempap lori tersebut terbalik dan menghempap seorang penunggang motosikal dalam kemalangan kira-kira jam 2.15 petang, semalam.

Kemalangan yang berlaku itu turut melibatkan dua motosikal lain yang nyaris dihempap lori berkenaan.

Seorang mangsa, Dzulkarnain Ahmad Kamal, 19, berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar adiknya ke �sekolah.

“Saya berhenti di persimpangan keluar ke jalan utama dan menunggu ��pengawal mengawal lalu lintas. Tiba-tiba sebuah kereta Waja yang dipandu laju dari arah Sungai Besar merempuh sebuah lori yang sedang melintas masuk ke persimpangan tempat saya menunggu.

“Rempuhan itu menyebabkan lori itu terbalik dan menimpa seorang penunggang motosikal yang berada di depan saya. Manakala, seorang lagi penunggang motosikal dan anaknya hampir masuk ke parit berhampiran di sebabkan insiden berkenaan,” katanya.

Walau bagaimanapun, pemandu lori dan Dzulkarnain yang terkena sedikit bahagian lori hanya mengalami cedera ringan.

“Penunggang motosikal seorang lelaki berusia sekitar 40-an yang ditimpa lori dibawa oleh orang awam ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala pemandu kereta Waja tidak dapat dikesan,” katanya.

Sementara itu, pengawal lalu lintas, Abdul Latif Osman, 53, berkata, sebuah lori dari arah Klang melintas masuk ke persimpangan sebelah kanan dan dirempuh kereta Waja yang dipandu laju dari arah Sungai Besar.

“Ketika itu saya sedang menuju ke lampu isyarat untuk menekan punat lampu untuk membolehkan kenderaan dari persimpangan melintas. Belum sempat saya menekan punat lampu, lori melintas dan dirempuh kereta Waja.

“Pemandu kereta Waja cuba memberhentikan kenderaan yang dipandunya berdasarkan kesan geseran tayar, namun gagal lalu merempuh lori itu,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/selangor/content/story9018136.asp


Tumpahan Minyak, Lori Terbalik di Tumpat


TUMPAT- Seorang pemandu lori, Hamzah Yusof,42, cedera selepas kenderaannya yang membawa barang lusuh terbalik di selekoh berdekatan cabang tiga Kampung Berangan dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, lori terbabit hilang kawalan ketika sedang melalui jalan itu apabila ada tumpahan minyak dipercayai minyak pelincir di hadapan tapak pasar malam jalan Kampung Berangan tersebut.

Kemalangan itu menyebabkan dua kenderaan lain iaitu lori dan kereta proton wira yang mengekori lori terbalik terbabas apabila masing-masing hilang kawalan ketika melalui laluan minyak yang tumpah itu.

Dalam kejadian itu, lori yang terbabas berada di tengah-tengah antara lori terbalik dengan kereta jenis Proton Wira dan akibat jalan licin, Proton Wira itu merempuh belakang lori terbabit, namun kedua-dua pemandu kenderaan ini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaacob Abdullah berkata, tumpahan minyak dipercayai minyak pelincir itu tidak diketahui dari kenderaan mana sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan berlaku selepas melalui laluan ini.

“Lori terbabit yang menghala ke Kota Bharu itu hilang kawalan lalu terbalik selepas melalui jalan dengan tumpahan minyak itu. Pemandu terbabit dibawa ke Hospital Tumpat untuk rawatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story9017719.asp


Monday, April 25, 2011

Terjunam 20 meter ke Dalam Gaung


Di Melaka, seorang pemandu kereta maut manakala empat penumpangnya parah apabila kereta dinaikki terbabas dan terjunam sedalam 20 meter ke sebuah gaung di Kilometer 187, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Jasin pagi tadi.

Kejadian berlaku 5.45 pagi ketika kereta dari Johor itu menghala ibu negara.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Jasin, Cif Inspektor Zahim Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kereta terbabit dipandu laju hingga hilang kawalan.

Pihak bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan semua mangsa dari kenderaan yang remuk.




Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terhumban ke gaung selepas terbabas di Kilometer 187.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 5.40 pagi itu ialah R Selvakumaran, 21, dari Taman Kayangan, Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak.

Kereta yang dipandu mangsa dari arah Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur, dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu terhumban ke gaung bersebelahan lebuh raya berkenaan.

Kesemua yang cedera parah, dihantar ke Hospital Melaka.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin, untuk bedah siasat.

Sumber: http://www.bharian.com.my




Akibat Melanggar Lampu Isyarat Merah

 
IPOH – Akibat melanggar lampu isyarat merah, seorang lelaki berusia 40 tahun maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabit dalam satu kemalangan berhampiran kilang Percetakan Nasional di Jalan Kuala Kangsar, tengah malam semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, M Mogan, maut serta-merta di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab berkata, siasatan awal mendapati mangsa maut akibat kecuaiannya melanggar lampu isyarat merah sebelum dilanggar sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar raya.

“Kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang Jalan Cetak menuju ke arah Chemor dan melanggar lampu isyarat merah.

“Sewaktu motosikal mangsa melintasi jalan, kereta yang datang dari arah bertentangan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh motosikal mangsa menyebabkan mangsa terpelanting daripada motosikal,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rodzi berkata, mangsa yang mengalami cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan sudah membuat laporan polis berhubung kemalangan itu.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9014874.asp


Sunday, April 24, 2011

Penunggang Superbike Berkecai

Al-fatihah...

Kejadian berlaku dalam jam 11:45, di Guthrie Express Way, 1 km daripada exit Bukit Subang menghala ke selatan. Mengikut pihak polis Motor R1 plate Singapore, nama mangsa Asrol, mengikut saksi disitu tetapi tidak dapat kepastian kerana saya tidak dapat kad pengenalan dia.

Motor dipercayai hilang kawalan, selepas 2 km dari Tol Bukit Jelutung menghala Rawang, mengikut polis. Mangsa terlanggar sedikit bonggol (jalan tak rata) di Highway, di selekoh selepas 2km TOL dan hilang kawalan. Motor Tercampak dekat 1.5KM dan mayat berada dalam 200 mtr sebelum motor.

Mangsa mati ditempat kejadian, tercampak di laluan bertentangan, kedua kaki putus, dan berada di jalan Shah Alam Rawang, Badan di Rawang Shah Alam.

Sebelah kaki dijumpai, atas jalan sebelah lagi.. masih di cari.

sumber http://superbikemalaysia.com Mangsa adalah Asrol daripada Taman Saujana Utama, Taman Seri Pagi. Motor baru dibeli.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my