5 Mac 2011.
Taman Bukit Anggerik, Cheras
PEMANDU lori pembancuh simen maut selepas kenderaan itu bergesel dengan sebuah kereta sebelum menghempap pacuan empat roda lalu merempuh rumah di Cheras, semalam.
KUALA LUMPUR: “Saya sangka gempa bumi melanda kerana dinding rumah runtuh, televisyen serta peralatan lain turut jatuh dan pecah,” kata Hotimah Mundari, 43, pembantu rumah warga Indonesia yang ajalnya hanya dipisahkan dengan jarak dua meter selepas sebuah lori simen yang terbabas dan merempuh rumah majikannya di Taman Bukit Anggerik, Cheras, di sini semalam.
Dalam kejadian di persimpangan Jalan 8/154 dari Taman Len Seng menghala ke Taman Alam Damai, jam 12.30 tengah hari itu, pemandu lori, Ong Heng Sai, 52, mati di tempat kejadian akibat tersepit di celah remukan kenderaan berat terbabit, manakala dua lagi mangsa yang menaiki sebuah PERODUA Kembara, parah. Kejadian berlaku apabila lori simen terbabit dikatakan hilang kawalan di laluan menuruni bukit itu sebelum bergesel dengan sebuah PERODUA Kelisa di depannya menyebabkannya terbabas dan terbalik. Kenderaan berat terbabit kemudian menghempap Perodua Kembara dari arah bertentangan sebelum merempuh tembok rumah teres dua tingkat lot tepi itu dengan bahagian bawah lori melekat pada dinding rumah.
Menceritakan detik cemas itu, Hotimah berkata, beliau sedang tidur atas sofa di ruang tamu sebelum terdengar dentuman sangat kuat menyebabkannya terkejut sebelum melihat runtuhan dinding tepi serta depan rumah yang disangkanya gempa bumi.
“Ketika itu, saya panik dan tak tahu nak buat apa. Apabila menyelak langsir, barulah saya sedar ada lori besar melekat pada dinding rumah yang jaraknya hanya dua meter dari sofa tempat saya tidur,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Hotimah yang sudah tujuh tahun bekerja di negara ini berkata, ketika kejadian beliau berada di rumah bersama ibu kepada majikannya berusia 77 tahun kerana majikannya itu tinggal di rumah lain di ibu negara.
Katanya, selepas kejadian itu, beliau menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu belakang, manakala ibu majikannya diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheras, Johari Mohd Lazim, berkata sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Jalan Hang Tuah mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan dua mangsa, masing-masing seorang lelaki dan wanita dalam Perodua Kembara yang terbalik dan remuk teruk itu.
Namun, usaha mengeluarkan mayat pemandu lori simen berdepan kesukaran walaupun bomba mendapatkan bantuan dua jengkaut kerana mangsa tersepit di bawah kenderaan berat terbabit, sebelum berjaya dikeluarkan empat jam kemudian menggunakan sebuah kren.
Beliau turut mengesahkan pemeriksaan mendapati struktur rumah berkenaan masih selamat untuk diduduki walaupun sebahagian dinding depan dan tepi runtuh.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian termasuk kemungkinan brek lori terbabit mengalami kerosakan.
loading...
Saturday, March 5, 2011
Thursday, March 3, 2011
Kereta Terbang Rempuh Pokok
2 Mac 2011. JASIN: Seorang lelaki terbunuh manakala tiga penumpang lain termasuk seorang kanak-kanak cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit nahas di Jalan Tehel Baru-Melaka, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
Tiga penumpang kereta Proton Iswara itu termasuk pemandu yang belum diketahui identitinya cedera parah selepas kenderaan berkenaan terbabas di kiri jalan dan ‘terbang’ kira-kira 20 meter dari jalan utama serta merempuh pokok getah dan berpusing sebelum terbalik.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa yang maut adalah warga Nepal dikenali sebagai Devendra Pun berusia 26 tahun serta menetap di Taman Seri Duyong, dekat sini.
“Mangsa tercampak keluar dari kereta yang dinaiki bersama tiga penumpang lain parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati kereta terbabit dipercayai dari arah Melaka menghala ke Kampung Tehel, Bemban dan dipandu laju sebelum terbabas ke kiri jalan. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat manakala tiga lagi penumpang yang belum dikenal pasti dihantar menjalani rawatan lanjut di Hospital Melaka,” katanya.
Sementara itu, sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memberitahu mangsa yang meninggal dunia mengalami kecederaan parah di bahagian paha kirinya yang koyak selain kedua-dua kakinya patah. - Mymetro

Pegawai Imigresen Maut Langgar Kuda
PERMAISURI: Kejutan kecil untuk keluarga yang dirancang seorang petugas Kedutaan Malaysia di Pakistan dengan tidak memberitahu kepulangannya ke tanah air bertukar menjadi kejutan besar apabila dia terbunuh dalam perjalanan ke rumah orang tuanya selepas kereta dipandunya melanggar seekor kuda.
Kemalangan berlaku di Kilometer 38, Jalan Kuala Terengganu - Permaisuri, dekat Kampung Rhu Tapai, Merang di sini kira-kira jam 9.20 malam kelmarin.
Mangsa, Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd, 28, bertugas sebagai pegawai imigresen di Kedutaan Malaysia di Islamabad, Pakistan dan memandu Perodua Myvi yang turut dinaiki isteri dan dua anaknya.
Dia yang parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, namun isterinya, Ani Norbaya Abdul Rashid, 26, dan dua anak mereka, Nur Wana, 2, serta Nur Marwa yang berusia 60 hari, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani berkata, mangsa yang memandu dari arah Kuala Terengganu terlanggar seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba di tempat kejadian menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum merempuh dua kereta lain .
“Mangsa yang tersepit dikeluarkan penduduk kampung dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan sebelum dipindahkan ke HSNZ, tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.
Menurutnya, kuda berkenaan yang dianggar bernilai RM9,000 milik seorang penduduk kampung turut cedera teruk dan sempat disembelih penduduk kampung.
Ibu mangsa, Mariam Othman yang ditemui di rumahnya di Kampung Bari Besar berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kematian arwah kerana kepulangannya dari Islamabad selama ini amat dinantikan keluarga.
“Dia tidak memberitahu saya, tetapi isterinya ada menelefon memberitahu mereka sekeluarga akan pulang bercuti di kampung selepas tamat berkursus di Kuala Lumpur sebelum kembali ke Pakistan pada 7 Mac ini.
“Mungkin tindakan arwah tidak memberitahu saya mengenai kepulangannya untuk memberi kejutan kepada kami sekeluarga yang merinduinya,” katanya.
Jenazah Wan Ahmad Fadzil yang berkhidmat di Islamabad sejak pertengahan 2009 dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bari Besar pagi semalam.
Wednesday, March 2, 2011
Kemalangan di KM5.8 DUKE.
Kemalangan berlaku di KM5.8 DUKE. Mengapa semua ini boleh berlaku? Dimanakah silapnya?
Monday, February 28, 2011
Teresak-esak Peluk Mayat Adik
28 Feb 2011; KUALA LUMPUR: Seorang wanita sanggup memeluk mayat adiknya yang terbujur berlumuran darah sambil menangis teresak-esak dan enggan melepaskannya hingga anggota trafik menunggu hampir tiga jam sebelum mayat mangsa dibenarkan dihantar ke hospital.
Kejadian itu berlaku selepas mangsa seorang penulis sebuah syarikat penerbitan terbunuh selepas tercampak beberapa meter dari keretanya sebaik merempuh besi penghadang lebuh raya berhampiran Kilometer 14.4, Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) berhampiran Serdang, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi semalam apabila mangsa, Ernest Ong Siang Hee, 31, memandu kereta keluar dari pejabatnya di Jalan SS15/4G, Subang Jaya, di sini, untuk ke Putrajaya.
Jurucakap polis trafik berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Honda Civic dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni jalan berbukit lalu merempuh besi penghadang jalan di tengah lebuh raya berkenaan.
Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.
“Pada masa sama, mangsa tercampak keluar dari keretanya dan terjatuh dalam keadaan tertiarap di tepi sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
“Mangsa yang juga penulis di syarikat penerbitan Karya Universal (M) Sdn Bhd mati di tempat kejadian akibat parah di muka dan kepala,” katanya.
Katanya, ketika kejadian, sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang sempat mengelak daripada melanggar kereta mangsa di tengah jalan.
Sementara itu, polis menunggu hampir tiga jam untuk mengangkat dan menghantar mayat mangsa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
“Ini kerana kakak mangsa yang tiba di tempat kejadian bersama suaminya beberapa minit selepas kemalangan itu merayu supaya menunggu ahli keluarga lain.
“Suasana di tempat kejadian hiba apabila kakak mangsa menangis dan enggan melepaskan pelukan ke atas mayat adiknya sehingga saudara lain tiba di situ,” katanya.
Mayat mangsa hanya dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, kira-kira jam 1 tengah hari.

Dua Pelajar UUM Maut dirempuh Waja
JITRA, 28 Feb (Bernama) -- Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut manakala seorang parah dalam kemalangan yang melibatkan dua kenderaan di Jalan Sintok-UUM di sini kira-kira pukul 7 pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Ibrahim Mohd Yusuf berkata kemalangan itu berlaku semasa tiga penuntut itu dalam perjalanan dari UUM menuju ke Hotel EDC-UUM untuk menghantar rakan mereka membuat latihan praktikal di situ.
"Semasa kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil sedang berhenti di persimpangan untuk membelok ke Hotel EDC-UUM.
"Sebuah kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan melanggar kereta mereka, menyebabkan dua mangsa maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita pada hari Isnin.
Mangsa yang maut ialah Lim Hsiao Pei, 23, dan Teh Chiew Sien, 23, manakala rakan mereka yang cedera ialah Lim Seow Chin, 23.
"Kedua-dua mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan tengkuk. Pemandu kereta Proton Waja turut cedera dan dirawat di Hospital Jitra," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jitra manakala rakan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah.
Ibrahim berkata mayat Hsio Pei telah dituntut oleh keluarganya dan dibawa pulang ke Sungai Petani manakala mayat Teh juga telah dituntut keluarganya dan dibawa ke Pulau Pinang.

Subscribe to:
Posts (Atom)