loading...
Saturday, July 21, 2012
Lans Koperal Maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
Kuala Terengganu: Ramadan tahun ini paling pilu buat keluarga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang maut apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam.
Mohd Shahrizal Muhammad, 30, dari Kampung Wakaf Tembusu, di sini, meninggal dunia kira-kira jam 5.30 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat kecederaan parah pada kepala dan bahagian dalaman badan, kira-kira dua jam selepas kejadian sekitar jam 3.05 pagi.
Kejadian itu turut merosakkan lima kenderaan iaitu dua kereta dan tiga motosikal di tempat kejadian.
Tinggal barang
Mangsa yang memandu Proton Inspira dalam perjalanan dari rumahnya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk bertugas sebelum tiba-tiba berpatah balik ke rumahnya di Kampung Tok Adis, dipercayai mahu mengambil barang yang tertinggal.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata kereta dipandu mangsa terbabas dan merempuh pembahagi jalan lalu melanggar tiang elektrik dan terperosok ke dalam kedai makan.
“Mangsa meninggal dunia di HSNZ ketika menerima rawatan kecemasan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Isteri mangsa, Wan Ezereen Wan Jaafar, 30, berkata, beliau pelik apabila suaminya tidak mengejutkannya sebelum keluar rumah untuk bertugas jam 3 pagi.
“Biasanya beliau mengejutkan saya sebelum meninggalkan rumah. Saya tahu mengenai kejadian menimpa suami selepas menerima panggilan polis yang memaklumkan kejadian.
“Kejadian ini satu dugaan besar buat saya dan dua anak, Muhammad Adam Danial, 7, dan Amanda Lia Hana, 3, apatah lagi ketika umat Islam bersedia menyambut Ramadan dan Syawal tidak lama lagi,” katanya.
Ibu mangsa, Rabuah Mohd Noor, 58, yang ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Tembesu tidak menyangka hasrat untuk meraikan kedatangan Ramadan bersama arwah dan keluarganya tidak kesampaian.
Al-Fatihah
Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/Peliksuamitakkejuttidur/Article/artikel
hmetro.com.my/myMetro/articles/Dentumangegardapur/Article/index_html
Empat individu rentung
JEMPOL: Empat individu rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki sebelum terbakar di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori diesel terbabit yang turut cedera dapat menyelamatkan diri.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara dalam perjalanan dari Bahau ke Keratong, Pahang, manakala lori tangki itu dari arah bertentangan menghala ke Felda Serting.
Menurutnya, difahamkan, pemandu lori tangki terbabit cuba membelok di tempat kejadian selepas satu objek dipercayai tayar ganti terjatuh.
Bagaimanapun, katanya, lori tangki itu dipercayai terbabas lalu merempuh pacuan empat roda dinaiki keempat-empat mangsa menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.
“Pertembungan itu menyebabkan tiga mangsa rentung akibat tersepit dan gagal keluar apabila kenderaan itu terbakar, manakala seorang mangsa dikatakan tercampak keluar di bawah kereta dan turut rentung.
“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit yang cedera berjaya keluar dari kenderaannya,’’ katanya.
Menurut jurucakap itu, siasatan polis mengesyaki keempat-empat mangsa terbabit adalah dari satu keluarga, namun masih menunggu laporan bedah siasat lanjut kerana identiti mereka gagal dikenal pasti kerana rentung sama sekali.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana belum menerima laporan lengkap.
Sumber:
hmetro.com.my/articles/Empatrentung/Article
Guru dan 2 pelajar dirempuh
TAMPIN - Guru sekolah memandu dan dua pelajarnya berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki dirempuh dari arah belakang.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kereta jenis Perodua Kancil itu dirempuh oleh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 16, Jalan Tampin-Gemas, di sini, berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tebong.
Guru terbabit, Mohamad Nor, 55, dan seorang pelajarnya dilaporkan parah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, ketika kejadian, guru terbabit dalam perjalanan menghantar dua pelajarnya pulang ke rumah di Kampung Pondoi, di sini.
“Sebaik sahaja tiba di persimpangan masuk ke kampung pelajar terbabit, guru berkenaan memperlahankan kenderaan untuk membelok ke sebelah kiri jalan.
"Bagaimanapun, tiba-tiba sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun merempuh kereta terbabit dari arah belakang," katanya.
Menurutnya, berikutan rempuhan itu, kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar tiang batu pondok menunggu bas.
"Guru terbabit yang cedera parah dihantar ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan tetapi kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk rawatan lanjut.
"Sementara, pelajar yang duduk di tempat duduk belakang, Norhanisa Abd Hamid, 21, dihantar ke Hospital Melaka, manakala seorang lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-kelas-memandu-parah-1.68772
Thursday, July 19, 2012
Akibat pecah tayar
KUANTAN- Seorang pemandu lori sebuah syarikat jualan langsung terbunuh selepas lori yang dipandunya terbalik akibat pecah tayar sebelum dirempuh sebuah kereta di Kilometer 16, Jalan Jerantut - Temerloh dekat Jerantut pagi kelmarin.
Dalam nahas kira-kira jam 11.45 pagi itu, pemandu lori jenis Isuzu, R Pathmeshnadu, 23 dari Jalan Desa Ria, Bandar Country Home, Rawang mengalami kecederaan parah di kepada dah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut.
Pegawai Turus Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Rizal Abdullah berkata, pemandu kereta jenis Perodua kancil, Abdul Wahab Ibrahim, 70 bersama seorang penumpang, Salmah Ahmad, 69 turut mengalami kecederaan dan dihantar menerima rawatan di hospital sama.
Menurutnya, lori dipandu mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut membawa muatan produk pakaian.
“Ketika sampai di lokasi nahas, tayar depan sebelah kiri lori terbabit pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbalik dan menggelongsor beberapa meter memasuki laluan bertentangan.
“Manakala kereta yang dipandu Abdul Wahab dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh bahagian depan lori,” katanya ketika ditemui di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.
Mohd Rizal berkata, akibat pelanggaran itu, kereta Kancil yang terlibat terbabas masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.
“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan bagaimanapun Pathmeshnadu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
“Manakala pemandu dan penumpang kereta mengalami kecederaan di pergelangan tangan serta rusuk,” katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan bagaimanapun tidak menolak kejadian ekoran kegagalan pemandu lori mengawal kenderaannya selepas tayar pecah.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pemandu-lori-maut-1.68103

Maut Dilanggar Helux dan Alza
Inalillahi wainailaihi rojiun
JENGKA - Seorang remaja maut apabila skuter yang ditunggangnya terbabas dan seterusnya dilanggar dua kenderaan jenis Helux dan Perodua Alza di KM 53 Jalan Temerloh-Bandar Jengka- Jerantut sekitar jam 6.45 petang kelmarin.
Remaja terbabit, Mohammad Syazwan Amin Sobri, 16, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya yang terletak di Taman Perumahan Permatang Shahbandar menuju ke Felda Jengka 11 untuk bermain futsal.
Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, Asisten Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian terbabit dan mangsa dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
“Skuter yang ditunggang mangsa dipercayai terlanggar belakang kereta Avanza di hadapannya yang dikatakan menekan brek secara mengejut bagi mengelak penunggang basikal di hadapan.
“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa dipercayai tercampak ke sebelah kanan jalan dan dilanggar dua kenderaan iaitu Helux, kemudian Alza yang datang dari arah bertentangan,” katanya.
Saksi kejadian iaitu penumpang Perodua Alza, Khairul Haizam Khamis, 22, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan rakannya yang memandu ketika itu gagal mengelak mangsa.
“Rakan saya yang memandu di belakang Helux ketika itu tidak sempat mengelak mangsa yang dilanggar Helux terlebih dahulu.
“Selepas kejadian, kami memberhentikan kereta namun kedua-dua pemandu Helux dan Avanza meninggalkan tempat kejadian, namun kami sempat mendapatkan nombor plat Helux terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, Sinar Harian difahamkan, kedua-kedua pemandu Helux dan Avanza terbabit membuat laporan di balai polis berdekatan semalam.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/remaja-maut-dirempuh-hilux-alza-1.68080
Patah Tengkuk
Inalillahi wainailaihi rojiun
PASIR MAS - Seorang pengawal keselamatan sekolah menengah dekat sini, patah tengkuk setelah terlibat dalam kemalangan di Kampung Perangkap, jam 9.30 pagi, semalam.
Mangsa, Mohd Rosli Amri Mat Ali, 24, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah, selepas tamat kerja malam.
Ketua Polis Pasir Mas, Haliludin Rahim berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125 ZR, dari Tendong ke Bunut Susu, dipercayai cuba memotong lori dari arah sama.
Namun, tidak sempat lalu bergeser dengan kereta Wira yang dipandu dari arah bertentangan.
“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa terpelanting 21 meter dari tempat kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati, mangsa yang memakai topi keledar, tidak mengalami kecederaan lain selain di tengkuk,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi yang melihat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Pasir Mas untuk membantu siasatan dengan menghubungi 09-7932222.
Sementara itu, Ketua Pengawal Keselamatan sekolah, Mohd Samsul Abd Rahman berkata, dia tidak menyangka perubahan sikap rakannya, Rosli adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Menurutnya, arwah banyak termenung dan mendiamkan diri ketika memulakan kerja malam, kelmarin.
“Kebiasaannya, arwah akan ceria ketika bertugas mengawal keselamatan sekolah, bersama dua lagi rakan kami.
“Namun malam itu, arwah kelihatan murung dan ia berterusan sehingga tamat bertugas, jam 9 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Ali Abd Kadir, 56, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak ketiga daripada enam beradik ini, adalah malam sebelum kemalangan.
Menurutnya, dia yang baru sahaja pulang dari Johor, tidak menyangka anaknya akan pergi, lebih dahulu daripadanya.
“Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Pitor, Teliar, selepas solat Asar,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/jaga-maut-patah-tengkuk-1.68024

Wednesday, July 18, 2012
Mati hidup semula
KEPALA BATAS - Tindakan pantas orang ramai sekitar di Pasar Awam Kepala Batas dengan segera terjun ke dalam tali air berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada mati lemas selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke tali air di Kampung Permatang Manggis, di sini pagi kelmarin.
Sebaik berjaya diselamatkan, lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Kunnan, 30-an berkata, kejadian cemas terperangkap dalam kereta yang ditenggelami air selama beberapa minit sekitar jam 9.30 pagi itu diibaratkannya seperti mati hidup semula. “Saya hanya mampu berterima kasih kerana ketika kejadian ramai orang di situ sanggup terjun ke dalam tali air sedalam satu meter untuk menyelamatkan saya,” katanya.
Kejadian itu berlaku ketika Kunnan dalam perjalanan dari Butterworth ke Kepala Batas. Sebaik tiba di lokasi kejadian, dia terkejut apabila sebuah kereta yang diekorinya tiba-tiba membelok ke kiri tanpa memberikan sebarang isyarat.
“Disebabkan mengekori kereta itu bukan pada jarak selamat, saya terpaksa memaut stereng sehingga hilang kawala, " katanya.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/kemalangan-rasa-mati-hidup-semula-1.67731
Pelajar Maut Dilanggar 2 kenderaan
Inalillahi wainailaihi rojiun
KUANTAN - Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Km53, Jalan Temerloh-Kampung Awah, dekat Temerloh.
Dalam kejadian 6.15 petang semalam itu, Mohd Syazwan Amin Sobri, 15, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurut Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Temerloh menuju ke Kampung Awah.
"Mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta jenis Toyota Avanza tetapi terlanggar bahagian kanan belakang kereta terbabit.
"Mangsa jatuh lalu tercampak ke laluan bertentangan, sebuah pacuan empat roda dan Pperodua Alza dari arah bertentangan, melangggar mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mangsa yang tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu itu, cedera parah di kepala dan badan.
Sementara itu dalam kejadian berasingan, pemandu lori R.Pathmeshand, 23, maut selepas kenderaannya terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil di Km16 Jalan Jerantut-Temerloh pagi semalam. - Bernama

Maut Rempuh Pokok Getah
Inalillahi wainailaihi rojiun
KOTA BHARU - “Saya tidak sangka keinginan untuk membawa semua album gambar adik ke Kuala Lumpur, merupakan petanda yang dia akan meninggalkan keluarga buat selamanya,” kata kakak mangsa kemalangan maut, Zemat Che Hat, 32.
Pada kejadian kira-kira jam 8.50 malam kelmarin, mangsa, Mohamad Alias Che Hat,23, maut di tempat kejadian, setelah tersepit di bahagian pemandu apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandunya sendirian, hilang kawalan dan melanggar pokok getah.
“Sudah hampir 12 tahun saya menetap di Kuala Lumpur dan bertugas di sana, namun sebelum ini, saya tidak pernah membawa gambar keluarga bersama, namun pada cuti sekolah bulan Mei lalu, keinginan untuk membawa semua gambar adik ke sana bertambah kuat, jadi ambil semua album miliknya dan bawa pulang.
“Mulanya, saya pun pelik dengan keinginan saya ini, namun selepas adik terlibat dalam kemalangan barulah saya tahu hasrat saya itu, yang ingin selalu berada dekat dengan adik rupanya bertukar menjadi pilu, apabila dia kini meninggalkan keluarga selepas maut dalam kemalangan,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang baru sahaja tamat belajar di Kolej Masterskill di bandar ini, dalam jurusan Kesihatan (Healthcare) bakal menghadiri majlis konvokesyen pada bulan Oktober ini.
“Saya juga sedih kerana adik bongsu saya dari enam adik-beradik ini tidak dapat menerima diplomanya dan meneruskan cita-citanya dalam jurusan yang diminati. Dia pernah berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan di KualaLumpur, namun hajatnya tidak kesampaian,” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Limah Deraman, 64, berkata, ketika kejadian dia berada di rumah dan hanya mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan kir-kira jam 9 malam.
“Ketika itu saya sedang mengajar kanak-kanak mengaji, dan dia (Mohamad Alias) keluar dari rumah kirakira jam 6 petang. “Dia kata hendak keluar makan bersama rakan dan minta RM 10 dengan makcik, makcik pun tak banyak soal terus bagi duit itu dekat tangannya dan dia keluar ke pekan Kok Lanas,” katanya. Limah berkata, selepas dilaporkan mengenai kejadian itu, dia terus ke tempat kejadian namun tidak sampai hati melihat mayat mangsa, secara dekat kerana keadaannya yang tersepit di tempat pemandu.
“Mungkin Allah lebih sayangkan dia, apa pun makcik dokan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian dan menurutnya mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga untuk pengurusan jenazah.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kemalangan-adik-maut-akibat-tersepit-di-tempat-pemandu-1.67715

Tuesday, July 17, 2012
Bersepai dirempuh treler
ALOR GAJAH: Seorang pemandu lori membawa muatan plastik kitar semula cedera parah selepas lori dipandu dirempuh treler dari arah belakang di Kilometer 219.4, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa berusia 30-an yang belum dikenal pasti identitinya dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan selepas dirempuh treler dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, lori dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan lalu merempuh penghadang besi.
Seorang pengguna jalan raya yang terawal tiba di tempat kejadian dikenali sebagai Irwan Ghazali, 36, berkata, dia yang memandu di laluan kiri terkejut melihat treler di hadapannya bergegar.
Katanya, dia yang memandu dalam jarak 10 meter di belakang treler itu sempat memerhatikan keadaan kenderaan itu bergegar kuat sebelum masuk lorong tengah.
“Ketika memotong treler berkenaan, saya sempat memandang ke kiri dan melihat sebuah lori muatan plastik di hadapan treler itu tidak stabil sebelum terbalik ke kiri dan terseret.
“Pada masa sama saya lihat badan lori itu bersepai dan muatan plastik dibawa bertaburan di atas jalan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Irwan, dia terus memberhentikan keretanya kira-kira 250 meter di hadapan dan berlari ke lokasi kemalangan serta melihat pemandu lori itu tersepit.
“Selepas melihat pemandu lori tersepit dan masih hidup, saya terus hubungi talian kecemasan sebelum anggota peronda Plus tiba beberapa minit kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Penguasa Bomba R Bajiyen berkata, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 1.32 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika tiba di lokasi didapati seorang pemandu lori masih tersepit di tempat duduk pemandu dan bomba mengambil masa kurang 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang mengalami patah kaki kanan.
“Mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian berkenaan.
Sumber:
hmetro.com.my/articles/Loribersepai/Article
Tiga sahabat maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
SEREMBAN - Tiga sahabat maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Batu 4, Jalan Seremban-Jelebu, dekat sini malam tadi.
Mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan dikenal pasti sebagai Mohd Asrul Abd Rahman, 31, Muhamad Nazri Baharudin, 27, dan Mohd Shahrizal Ngah, 31.
Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku pada 11 malam ketika ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan negeri (JKKP) menaiki kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Jelebu menuju ke Seremban.
Katanya sampai di satu selekoh kereta mangsa dipercayai terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki seorang wanita dan dua orang anak lelakinya berusia dua dan tiga tahun.
Katanya rempuhan kuat itu menyebabkan Mohd Asrul yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar sejauh beberapa meter dan dua lagi rakannya tersepit di dalam kereta.
"Semua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.
Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abd Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
Katanya mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga mangsa. - Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/3-sahabat-maut-dalam-kemalangan-1.67655
Tiga Beranak Parah Bertembung Lori
SEREMBAN - Tiga beranak parah apabila kereta Proton Iswara dinaiki mereka berpusing 45 darjah selepas bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir di Jalan Mantau-Sendayan, pagi semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, semua mangsa yang identitinya masih belum dapat dikenal pasti melibatkan dua wanita yang salah seorangnya berusia 21 tahun dan seorang bayi lelaki berusia setahun 6 bulan, dalam perjalanan dari arah Sendayan ke Seremban 2.
Manakala lori terbabit yang berada di laluan bertentangan dipercayai dalam perjalanan menghantar muatan pasir di Sendayan untuk projek perumahan di kawasan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan apabila gagal memotong lori terbabit lalu melanggar bahagian kiri depan kenderaan itu.
“Lori terbabit yang berada di laluan bertentangan cuba mengelak ke kanan jalan daripada bertembung dengan kereta mangsa.
“Namun pemandu kereta berkenaan gagal mengawal kenderaannya dan melanggar bahagian kiri depan lori menyebabkan ia berpusing 45 darjah,” katanya.
Menurutnya, akibat pelanggaran tersebut, semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk mendapatkan awatan selanjutnya.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tiga-beranak-parah-kereta-bertembung-lori-pasir-1.67443
Maut Ketika Lihat Kemalangan
Inalillahi wainailaihi rojiun
BENTONG – Seorang lelaki maut dalam kemalangan di Kilometer 54.4 Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 petang, kelmarin.
Dalam kejadian itu, mangsa, Ramli Mat Taha, 55, dari Kampung Tanjung Lalang, Temerloh dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan sebelum berjalan untuk melihat dari jauh kemalangan yang berlaku di seberang jalan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa ingin kembali ke kenderaannya, dia dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.
Menurutnya, kereta itu dipercayai dipandu laju dan terbabas sebelum melanggar mangsa yang pada masa itu berada di lorong kecemasan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Arwah kelihatan tergesa-gesa
Sementara itu, Rakan mangsa Mustafar Yaakob, berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur bersama arwah untuk urusan perniagaan kereta kira-kira jam empat petang semalam.
“Dia mengajak saya ke Kuala Lumpur petang semalam, saya minta izin untuk tukar pakaian tetapi dia cakap tak perlu kerana katanya sudah ada orang tunggu.
“Masa itu saya perasan arwah sedikit kelam kabut dan tidak seperti biasa,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di masjid Kampung Batu Satu, Temerloh, semalam.
Mustafar berkata, dia bertolak ke Kuala Lumpur petang semalam dan dalam perjalanan ketika sampai di Bentong mereka melihat satu kemalangan berlaku di arah bertentangan.
“Arwah minta saya memberhentikan kereta kerana katanya mahu melihat kemalangan itu yang disangkanya membabitkan anak lelakinya.
“Arwah cakap kereta itu macam kereta anaknya, dia turun dari kereta berjalan kaki kira-kira 50 meter ke belakang di lorong kecemasan dan berpatah balik ke kereta beberapa minit selepas itu.
“Masa arwah patah balik saya lihat dia dari cermin sisi dan pada masa itulah tiba-tiba sebuah kereta mewah yang dipandu laju terbabas di lorong kecemasan lalu merempuh arwah dari belakang,” katanya.
Mustafar berkata, dia keluar dari kenderaan dan lihat arwah sudah tidak bernyawa, yang menjadikan dirinya semakin marah apabila mendapat tahu kenderaan yang merempuh arwah dipandu laju kerana berlumba.
Mustafar berkata, dia dimaklumkan beberapa petugas lebuh raya dan orang ramai di situ, beberapa kereta mewah dipercayai sedang berlumba sebelum salah sebuah darinya merempuh sebuah kereta lain dan terbabas ke lorong kecemasan lalu merempuh rakannya itu.
Sementara itu kakak mangsa, Aminah Mat Taha ketika ditemui berkata, jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Chengal selepas Zohor semalam.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-lihat-kemalangan-1.67569
Monday, July 16, 2012
Terbabas rempuh dua motosikal
Inalillahi wainailaihi rojiun
BANDARAYA MELAKA - Seorang ibu tidak menyangka pelukan pertama daripada anak lelakinya, adalah pelukan terakhir yang diterima apabila anak keempatnya itu maut dalam kemalangan, awal pagi, semalam.
Lebih menyayat hati, Zubaidah Ghani, 47, terpaksa menerima hakikat hilang dua anak sekali gus, selepas anak keduanya, Mohd Hafis, 28, meninggal dunia akibat kanser usus genap sebulan lalu.
Ibu anak enam itu yang masih terkejut berkata, dia bagaimanapun reda dengan kehilangan Muhammad Firdaus Md Said, 19, yang maut di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) Peringgit, di sini.
Zubaidah berkata, sebelum kejadian, Muhammad Firdaus yang dipanggil Acik juga berkelakuan pelik apabila membalut tubuh dengan selimut milik arwah Mohd Hafis di rumah mereka di Bukit Meta, Telok Mas.
“Selama ini, Muhammad Firdaus tidak pernah peluk saya. Dia yang bersikap periang selalunya hanya mencuit- cuit saya tetapi semalam (kelmarin), dia yang baru balik kerja sebagai penghantar surat terus memeluk saya dari belakang.
"Apabila ditanya kenapa, dia tidak menjawab, hanya sekadar ketawa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Melaka.
Guna selimut arwah abang
Menurutnya, petang semalam (kelmarin) anaknya itu duduk di sofa sambil berselubung menggunakan selimut milik arwah abangnya.
"Saya yang pelik dengan sikapnya bertanya adakah dia buang tabiat berselimut siang hari tetapi dia menjawab sejuk.
"Saya hanya mengetahui kejadian ini selepas seorang rakan anak datang ke rumah mahu bertemu Mohd Rezuan kira-kira jam 3 pagi semalam dan memaklumkan Acik terlibat kemalangan," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, Muhammad Firdaus yang menunggang Yamaha 125Z dari arah Jasin ke Alor Gajah maut selepas bertembung dengan sebuah Proton Saga Aeroback dari arah bertentangan.
Kereta yang terbabas memasuki laluan bersebelahan itu juga mengakibatkan penumpang kereta terbabit, Abdul Rahup Yusof, 19, yang tersepit maut di tempat kejadian, manakala pemandu, Noh Hamrizal Ahmad, 21, cedera di muka.
Seorang lagi penunggang Yamaha LC, Khairul Bismi Romli berusia belasan tahun yang datang dari arah sama dengan Muhammad Firdaus cedera di kaki akibat rempuhan berkenaan.
Naik bot sama-sama
Sementa ra itu, abang ipar Abdul Rahup, Mohd Fairuz Md Daud, 27, berkata, mereka berdua sempat menaiki bot bersama-sama petang kelmarin untuk pulang ke rumah selepas waktu bekerja di jeti sebuah syarikat cari gali minyak tempatan.
“Kami bekerja di syarikat sama tetapi jabatan berlainan. Sudah dua minggu kami tidak balik bersama tetapi petang semalam (kelmarin) dia jemput saya di jeti dan menghantar saya ke darat sebelum dia meneruskan perjalanan bot ke Dataran 1Malaysia, Klebang kerana dia meletakkan kenderaannya di sana,” katanya.
Menurutnya, Abdul Rahup yang baru bekerja sebagai krew bot sejak dua bulan lalu sempat memberitahu ibunya, Rapaha Wahab, 45, sebelum keluar dari rumah di Kampung Pulau, Durian Tunggal, dekat sini.
“Apabila menyedari Abdul Rahup belum pulang, ibu cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi dijawab seorang anggota polis dan memaklumkan dia terlibat kemalangan.
“Saya kemudian menghubungi telefon adik ipar sekali lagi dan polis memaklumkan dia telah meninggal dunia," katanya.
Kereta terbabas rempuh dua motosikal
Sementara itu, menurut sumber, kereta dipandu Noh Hamrizal dari arah lampu isyarat Melaka Sentral/ Peringgit hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh dua motosikal.
“Akibat pertembungan itu, Abdul Rahup tersepit di tempat duduk hadapan dan Muhammad Firdaus terjatuh dari motosikal. Kedua-duanya maut di tempat kejadian akibat parah seluruh anggota badan.
“Sementara Noh Hamrizal yang mengalami kecederaan teruk di muka dan Khairul Bismi patah kaki serta mengadu sakit dada dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Seorang saksi, Mohd Rizal Baba, 23, pula berkata, sebelum kejadian, dia yang berada di kawasan berhampiran melihat sebuah kereta Proton Waja berhenti dan membuka pintu di laluan tengah jalan raya menghala Jasin.
“Kereta Proton Saga yang datang dari belakang cuba mengelak kereta terbabit sebelum terbabas ke kanan dan masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh dua motosikal yang menghala Alor Gajah,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah
Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0716&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pelukan-pertama-terakhir-1.67035
Subscribe to:
Posts (Atom)