loading...

Saturday, November 24, 2012

Remaja maut rempuh Iswara


25 November 2012
KUALA ROMPIN – Seorang remaja Orang Asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Simpang Selendang dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, Lee Kam Yew, 19, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semalam di hospital itu.

Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu 8, Pontian menuju Kuala Rompin.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok menuju Ke Kuala Rompin, sementara pemandu kereta itu dipercayai datang dari Kuala Rompin menuju ke Felda Selendang,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tiba di simpang masuk ke Jalan Selendang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian pintu kiri kereta tersebut hingga menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal yang ditungganginya.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dipercayai cuba masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun, penunggang motosikal yang berada tidak jauh dari arah kereta itu tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta itu,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/remaja-maut-kemalangan-1.106790


Kemalangan Maut 3 Kenderaan


Inalillahi wainailaihi rojiun

24 November 2012
REMBAU: Seorang abang terbunuh manakala adiknya cedera apabila kereta Proton Waja mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Volvo dan lori membawa roti di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah ke selatan) dekat sini tengah hari tadi.



Jurucakap polis berkata Zalfazeri Zahari, 28, dari Kampung Bonggul, Bandar Permaisuri, Terengganu meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Mayatnya sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sementara adiknya yang memandu kereta itu cedera parah dan dihantar ke hospital yang sama.


Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap itu berkata pemandu dan penumpang kereta Volvo itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.

Pemandu lori itu Mohd Ruzaidi Wahid, 37, berkata dia dalam perjalanan dari Selangor menuju Singapura apabila kemalangan itu berlaku.

"Saya sedang memandu di lorong tengah dan ketika itu sebuah kereta Volvo di hadapan saya tiba-tiba melintang jalan, tapi saya dapat elak. Namun kereta Proton Waja dibelakang saya merempuh belakang lori saya sehingga terperosok di bawah lori," katanya. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/Abangmaut_adikcederadalamnahasdiLebuhrayaUtara-Selatan/Article/
ntv7.com.my


Friday, November 23, 2012

Tercampak dirempuh lori


Inalillahi wainailaihi rojiun

24 November 2012
MERU - Orang ramai yang sedang menunggu pertukaran lampu isyarat dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum ternampak tubuh seorang lelaki tercampak ke jalan raya manakala motosikalnya pula terperosok ke bawah tayar lori dalam keadaan ngeri di persimpangan empat lampu isyarat, pekan Meru lewat petang kelmarin.



Dalam kejadian sekitar jam 5.10 petang itu, kawasan berkenaan bertukar sesak apabila pemandu memperlahankan kenderaan mereka bagi melihat kejadian menimpa seorang lelaki yang terbaring dengan darah memenuhi tubuhnya.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Ayub berusia 45 tahun, cedera parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai
berada di persimpangan itu untuk menuju ke Puncak Alam manakala lori dipandu lelaki berusia 36 tahun pula dari arah Kampung Budiman.

Menurutnya, berdasarkan siasatan pemandu lori itu dipercayai memecut laju kenderaannya walaupun mendapati lampu di laluannya berwarna kuning dan bakal bertukar ke merah.

"Pada masa sama, motosikal ditunggang mangsa sudah bergerak pada laluan sama sebaik lampu di laluan itu berwarna hijau menyebabkan lori itu gagal mengelak lalu merempuh mangsa.

“Rempuhan kuat menyebabkan mangsa tercampak ke jalan raya sementara motosikalnya pula terperosok bawah tayar lori itu,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/tercampak-dirempuh-lori-1.106546


Maut ketika menyukat jalan


Inalillahi wainailaihi rojiun

24 November 2012
HULU BERNAM - Seorang pekerja sebuah syarikat perunding Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) maut akibat dilanggar ketika sedang melakukan kerja menyukat jalan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang kelmarin di Kilometer 393.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah Kuala Lumpur dekat hentian Rehat dan Rawat Hulu Bernam.

“Ketika kejadian, kenderaan dipandu Muhammad Rafia’i Ismail, 51, (rakan sekerja mangsa) mengekori mangsa yang sedang membuat kerja sukat jalan di lorong kecemasan.

“Tiba-tiba sebuah jip dipandu Chan Kam, 62, bersama cucunya, Chan Chiau Yi, 12, bergesel dengan kereta dinaiki Muhammad Rafia’i sebelum melanggar mangsa,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati tiada susunan kon diletakkan ketika kerja-kerja menyukat dijalankan.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka adalah kakitangan sebuah syarikat perunding Plus yang difahamkan berpusat di Ampang.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan jalan sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Ketika kejadian kami tidak bersama mangsa, namun bergegas ke sini setelah menerima berita sedih ini,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/pekerja-syarikat-perunding-plus-maut-ketika-sukat-jalan-1.106588


Pemandu lori digesa tampil



23 November 2012
MENTAKAB – Polis menggesa pemandu lori terbabit dalam kemalangan maut di Kilometer (KM) 114 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur pada 13 November lalu tampil membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Zundin Mahmood berkata, sehingga kini belum ada mana-mana individu tampil membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku dekat sempadan Temerloh dan Maran itu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, pemandu lori, Mohd Zulkifly Yusoff, 37, beralamat di Taman Indera Sempurna, Kuantan bersama kelindannya, Muntu Miah, 29, warganegara Bangladesh dalam perjalanan menghantar barangan plastik dari Kuantan ke Bera.

“Mangsa dalam perjalanan menghantar barangan plastik dan mengekori sebuah lori lain di hadapannya. Tidak semena-mena lori di hadapan brek mengejut mengakibatkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaan lalu merempuh bahagian belakang lori tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kaki dan badan lalu meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala, kelindannya pula mengalami kecederaan,” katanya.

Zundin berkata, polis berdepan kesukaran apabila pemandu lori diekori mangsa terus beredar dari tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu lori terbabit diminta tampil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, saksi kejadian juga digesa tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Shari Mat Ibrahim di talian 019-9522476.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pemandu-lori-digesa-tampil-1.106306



Thursday, November 22, 2012

Faktor Kemalangan Lebuhraya

23 November 2012
KUANTAN: Kira-kira 82 hingga 86 peratus daripada kemalangan membabitkan lori dan bas di Lebuhraya Utara-Selatan berpunca daripada faktor kemanusiaan seperti tabiat memandu dan sikap pemandu kenderaan berat itu sendiri.

Berdasarkan rekod dan kajian Plus Malaysia Berhad (Plus), secara keseluruhannya mereka didapati memandu laju, mengantuk, letih dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik semata-mata untuk mengejar trip dan keuntungan.


Pengurus Besar Jabatan Keselamatan Trafik Plus, Zakaria Shaffie, berkata faktor pemandu dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan berat seperti lori dan bas di lebuh raya Plus.

Menurutnya, rekod Plus juga mendapati sebanyak tujuh peratus daripada jumlah kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh raya Plus sejak 2007 hingga Ogos lalu, adalah lori.


“Bagaimanapun, lori menyumbang 18.2 peratus daripada 52,585 kemalangan yang berlaku di lebuh raya Plus dalam tempoh itu.


“Bagi bas pula, ia menyumbang kemalangan sebanyak 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang menggunakan lebuh raya Plus bagi tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas program Seminar Hormati Had Anda Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada 100 pemandu kenderaan berat, semalam.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/86_kemalanganberlakuakibatfaktorkemanusiaan/Article/index_html


Ahli konvoi Kelab Kota Tinggi Bikers maut

Ahli Kelab Kota Tinggi Bikers maut kemalangan

Inalillahi wainailaihi rojiun

23 November 2012
KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya di sini, semalam.


Ahli Kelab Kota Tinggi Bikers maut kemalangan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.

Difahamkan, Kamardin bersama konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand, dan beliau patah tangan kanan

Menurut sumber polis trafik, kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

Al-Fatihah










VIDEO


Sumber:
hmetro.com.my/articles/Ahli__8216_motorbesar__8217_maut/Article
sinarharian.com.my/mobile/semasa/peserta-cop-bikers-maut-1.106252


Polis tahan pemandu treler rempuh pekerja Propel


22 November 2012
IPOH - Pemandu treler yang merempuh lapan pekerja projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) di Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gopeng semalam (Video) ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata Zulkifli Mohd Noor, 41, ditahan polis sebaik dibenarkan keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun tengah hari tadi.

Katanya pemandu yang berasal dari Langkawi, Kedah itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis akan melengkapkan siasatan dari pelbagai sudut termasuk dari pihak Propel, kelindan treler dan beberapa saksi selain keluarga mangsa sebelum tindakan mahkamah diambil ke atas pemandu terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ng berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987 kerana memandu secara merbahaya dan menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000 hingga RM20,000.

Kemalangan pada pukul 4.30 pagi semalam mengorbankan empat pekerja Propel yang sedang menjalankan kerja penyelenggaraan di lebuh raya itu.

Empat lagi pekerja Propel serta pemandu dan kelindan treler terlibat cedera. - Bernama


Video Kemalangan Ngeri Pekerja PROPEL


Inalillahi wainailaihi rojiun

22 November 2012 
Empat daripada lapan pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya (Propel) maut dirempuh sebuah treler muatan makanan ringan ketika hendak memulakan kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer 294.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara awal pagi ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi, tiga mangsa mati serta-merta di tempat kejadian sementara seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.


Empat lagi pekerja Propel berkenaan serta pemandu treler dan kelindannya bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan parah



Angkat rakan putus dua

GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”

Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.


Tak Nampak Kon


“Pemandu treler terbabit memberitahu dia tidak nampak kon keselamatan dan empat kenderaan yang diletak di lorong kecemasan,” Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon.

Menurutnya, siasatan awal polis berhubung kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa itu juga mendapati ketika kejadian cuaca gelap dan hujan renyai manakala keadaan jalan sedikit bercerun.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan pemandu treler terbabit akan ditahan selepas menjalani rawatan untuk diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika lapan pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbabit baru hendak memulakan kerja penyelenggaraan menyambung kabel optik di lorong kecemasan lebuh raya.

Kemalangan berlaku apabila treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara merempuh empat kenderaan iaitu Proton Iswara, pacuan empat roda Mitsubishi Triton, van Nissan dan lori seberat satu tan diletakkan sebaris di laluan sama.



Terpelanting dalam longkang

“Saya hanya sempat mendengar bunyi brek disusuli dentuman kuat sebelum melambung ke dalam longkang di bahu lebuh raya,” kata mangsa terselamat, Dino Azmi, 36.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro dalam keadaan terlantar kesakitan di lokasi kejadian mendakwa kejadian berlaku terlalu pantas dan mereka tidak sempat mengelak atau menyelamatkan diri.

“Saya terpelanting ke dalam longkang sejauh lebih tiga meter. Dalam kesakitan, saya merangkak keluar.

“Saya hanya mampu mendengar bunyi jeritan kesakitan dari rakan terselamat tapi tak mampu membantu mereka,” katanya.

Dia yang berasal dari Tambun, Ipoh, berkata ada antara rakannya terputus tubuh dan pecah kepala hingga gagal dikenal pasti identiti.

“Saya tidak dapat berdiri lama sebelum terbaring semula di bahu lebuh raya akibat kesakitan di pinggang dan kaki,” katanya.


'Menggeletar tengok mayat celah tayar'

 GOPENG – “Menggeletar saya melihat rakan-rakan tersepit di tayar treler dalam keadaan mengerikan sehingga saya sendiri tidak sanggup melihatnya,” kata Dino Azmi, 36, mangsa kemalangan dekat Gopeng, Perak semalam.

Dino, yang hilang empat rakan dalam kejadian itu berkata, dia bersama tujuh rakan lain sedang memulakan tugas pemasangan kabel optik di bahu jalan itu selepas kabel itu dicuri.

Katanya, kejadian itu berlaku sangat pantas dan mereka tidak sempat menyelamatkan diri dari dirempuh treler itu.

“Pernah berlaku kejadian seperti ini tidak lama dulu, tetapi kami sempat lari menyelamatkan diri setelah dengar bunyi kon dilanggar.

“Kali ini, kami tidak dengar apa-apa kecuali bunyi brek dan bunyi dentuman akibat rempuhan pada kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari kami. Saya tercampak ke dalam longkang berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Dino berkata, dia berasa kejadian berkenaan sebagai mimpi kerana dia bersama Mahyuddin dan Ismady menikmati makanan bersama sebelum ke tempat kejadian.

“Saya dengar jeritan rakan-rakan yang bergelimpangan atas jalan. Saya merangkak mendapatkan rakan-rakan yang tersepit di tayar treler itu.

“Saya tarik Ismady yang merintih minta tolong keluar dari bawah treler. Sambil memangkunya, saya hubungi ambulans untuk bawa dia ke hospital. Tidak sangka dia pun meninggal,” katanya dalam nada sebak.

Dalam tragedi semalam, empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke Gopeng di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan.

Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke HRPB.

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bahru, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.




Abang niat berhenti kerja

Dalam pada itu, adik kepada Ismady, Mohd Fairuz, 26, berkata, abangnya pernah menyuarakan niat untuk berhenti kerja di syarikat terbabit kerana kekangan masa dan risiko dihadapinya.

“Arwah abang pernah cakap banyak kali hendak berhenti kerja kerana dia sedar risiko bekerja di lebuh raya selain terpaksa bersengkang mata pada malam hari. Niat itu tidak kesampaian.

“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah  pada jam 8 malam semalam (kelmarin) ketika keluar bekerja. Sepatutnya, saya bersamanya bekerja hari ini (semalam), tetapi saya ambil cuti,” katanya.

Dia menyifatkan abangnya kuat bekerja untuk keluarga. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Tasek, semalam.




Mangsa kemalangan lihat rakan terpelanting, terperosok bawah treler

GOPENG – Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke bandar ini di kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian, manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino Azmi, 36 dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bharu, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.

“Kemalangan itu berlaku di jalan lurus mendaki bukit, dalam keadaan hujan renyai

Polis masih mengambil keterangan mangsa dan pemandu lori berkenaan.

“Seramai 13 anggota yang tiba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler, sementara anggota polis membantu mengawal lalu lintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Katanya, pemandu lori berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Al-Fatihah



VIDEO


Sumber:
hmetro.com.my
tv3.com.my
utusan.com.my

Kemalangan di hadapan Klinik Guar Chempedak


22 November 2012
SUNGAI PETANI - Hasrat sepasang suami isteri warga emas untuk menghadiri jemputan majlis kenduri tidak kesampaian apabila salah seorang daripadanya mengalami kecederaan serius akibat dilanggar sebuah lori treler dari arah belakang.

Mangsa, Su Long, 58, berkata, sebelum kejadian, suaminya, Mohd Sukor Ariffin, 74, baru sahaja memberhentikan kereta di hadapan Klinik Kesihatan Guar Chempedak untuk membuat pemeriksaan bahagian luka di tangan akibat kesan gigitan haiwan.

Katanya, mereka yang baru sahaja keluar dari rumah dekat Kampung Titi Teras, Yan berhasrat untuk menuju ke rumah kenduri di Kota Sarang Semut selepas suaminya selesai mencuci bahagian luka tersebut.

“Sebelum kejadian, saya sedang menghantar khidmat pesanan ringkas sebelum terdengar bunyi hon dari sebuah lori di belakang.

“Belum sempat lagi menoleh, saya dirempuh lori terbabit menyebabkan kereta yang dinaiki berpusing beberapa kali sebelum terhenti akibat terkena pembahagi jalan,” katanya ketika ditemui di
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kelmarin.

Su berkata, dia yang berada di tempat duduk penumpang hadapan terpelanting sehingga ke tempat duduk pemandu sementara kakinya tersepit di bawah stereng.

“Akibat terkejut, saya hanya mengucap sambil menjerit meminta tolong daripada orang awam yang menyaksikan kejadian,” katanya.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 10.00 pagi Ahad lalu itu berlaku apabila lori treler yang datang dari arah sama, Jalan Sungai Petani ke Alor Setar merempuh kereta mereka yang diletakkan di bahu jalan.

“Walaupun masih sakit di beberapa bahagian badan seperti leher, belakang dan kaki tetapi saya tetap bersyukur kerana masih sedarkan diri sehingga kini,” katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Mohd Sukor berkata, sebaik sahaja menyeberang jalan dan memasuki kawasan klinik, dia terdengar bunyi dentuman kuat dan terdengar suara orang menjerit ada kemalangan.

“Apabila berpatah balik ke kereta, saya dapati keadaan isteri tersepit di tempat duduk pemandu dengan bahagian hadapan dan belakang kereta sudah kemek selain cermin hadapan sudah berkecai,” katanya.

Menurutnya, kedudukan keretanya tidak mengganggu perjalanan lalu lintas pengguna lain kerana laluan sedia ada masih muat untuk dilalui namun tidak menyangka bagaimana lori terbabit boleh melanggar keretanya yang telah berhenti di tepi jalan.

Katanya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah Yan kelmarin.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/nyaris-maut-depan-klinik-1.105908


2 Maut Motosikal terbabas


22 November 2012
KUANTAN – Dua penunggang motosikal termasuk seorang lelaki kelainan upaya (OKU) maut dalam kemalangan di daerah Bentong dan Jerantut, kelmarin.

Dalam kejadian di Kilometer 9 Jalan Jerantut –Benta, Mangsa, Abdullah Harith Mohd Ghazali, 20 dari Kampung Sungai Badak Jerantut menunggang bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Benta menuju Jerantut.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian pada jam 8.15 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan terbabas ketika membelok ke sebelah kanan jalan.

“Ketika mangsa membelok ke kanan jalan, motosikal yang ditungganginya terbabas ke sebelah kiri jalan dan tiba-tiba melanggar sebatang tiang elektrik mengakibatkan kecederaan di bahagian badan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang tidak memiliki lesen kenderaan dan tidak memakai topi keledar itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana menunggang dengan laju dan ketika kejadian permukaan jalan yang mempunyai garisan berkembar itu kering manakala cuaca berkeadaan baik.

Sementara itu katanya, dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub, seorang wanita, Yap Keok Kiam, 54, maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke atas jalan.

Fauzi berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.25 pagi, mangsa menunggang seorang diri dari arah Bentong ke Lurah Bilut.

“Mangsa yang beralamat di Kampung Ulu Perting, Bentong disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan parah di bahagian kepada dan dada,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/dua-maut-termasuk-oku-motosikal-terbabas-1.105967


Warga emas maut

22 November 2012

KUANTAN – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, dekat Gambang, kelmarin.

Mangsa, Yusof C Pit, 69, dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang dan bergerak ke lorong kanan untuk masuk ke satu lorong kecil tidak berapa jauh dari lokasi kemalangan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang apabila mangsa yang berada di kiri jalan bergerak ke kanan jalan.

“Mangsa dikatakan mahu membelok ke satu lorong kecil di kanan jalan itu tetapi tiba-tiba berlanggar dengan sebuah kereta dari arah sama,” katanya, di sini, semalam.

Mangsa yang memiliki lesen dan memakai topi keledar meninggal di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/warga-emas-maut-motosikal-berlanggar-kereta-1.105972


Tuesday, November 20, 2012

Empat pekerja PROPEL maut dirempuh treler


21 November 2012
GOPENG: Empat pekerja PROPEL maut manakala enam lagi termasuk pemandu dan kelindan lori parah selepas terbabit dalam kemalangan di KM 294.1 Lebuharaya Utara Selatan menghala utara, pagi tadi.


Dalam kemalangan jam 4.30 pagi itu treler bermuatan coklat merempuh lapan pekerja PROPEL yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan.

Empat maut di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, kejadian berlaku di Kilometer 294.1 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Gopeng.

Ketika kejadian, lapan pekerja PROPEL dan pekerja kontrak sebuah syarikat telekomunikasi memasang kabel di tepi lebih raya.

Sebaik meletakkan kon untuk menutup sebahagian laluan ke arah utara ini, sebuah lori treler tiba-tiba merempuh pekerja berkenaan.

Lori treler yang hilang kawalan itu juga merempuh empat kenderaan mangsa yang diletakkan di bahu jalan.

Akibat rempuhan itu, tiga mangsa terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Empat lagi rakan mereka cedera parah.

Turut mengalami kecederaan, pemandu serta kelindan lori treler ini.

Kesemua mangsa kini dirawat di hospital sama.

Difahamkan laluan di tempat kejadian agak landai dan basah kerana hujan.

Punca sebenar kemalangan masih disiasat.

Lihat Video Kemalangan pekerja PROPEL 

Sumber:
bharian.com.my/articles/4pekerjakontrakmautnahasdiGopeng/Article/
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Lori_Rempuh_Pekerja_PROPEL_4_Maut.html


Dua pengawal terselamat nyaris maut


21 November 2012
SUNGKAI - Dua pengawal terselamat daripada maut selepas van syarikat keselamatan dinaiki terbabas selepas satu daripada tayarnya pecah semasa dalam perjalanan dari Ipoh ke Petaling Jaya, Selangor, semalam.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw memaklumkan, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.45 pagi di Kilometer 340 Lebuh Raya Utara Selatan dan van milik sebuah syarikat kawalan keselamatan itu telah melanggar besi pengadang jalan.

Menurutnya, dua pengawal keselamatan yang ketika itu dalam perjalanan balik selepas mengambil wang tunai bagi tujuan pemindahan, awal pagi semalam tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Satu daripada tayar van berkenaan pecah secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan di tengah lebuh raya. Kejadian turut menyebabkan dua lagi tayar van terbabit pecah.

"Polis bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan kedua-dua pengawal keselamatan dan wang yang dibawa (tidak dinyatakan jumlah) selamat dalam van terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, semalam.

Som Sak menambah, selain tiga tayar pecah, kejadian itu turut menyebabkan kerosakan lain pada van terbabit, iaitu kemik bahagian depan dan pintu sebelah kiri.

Katanya, van berkenaan telah ditunda ke Balai Polis Bidor untuk proses pemindahan wang ke kenderaan lain sebelum perjalanan mereka ke Petaling Jaya disambung, awal pagi semalam.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/dua-pengawal-nyaris-maut-1.105616


Monday, November 19, 2012

5 Maut kemalangan 3 kenderaan


Inalillahi wainailaihi rojiun

20 November 2012
JOHOR BAHRU - Lima termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun terbunuh manakala sepasang suami isteri cedera dalam perlanggaran melibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal dekat Taman Zamrud, Pasir Gudang di sini malam semalam.
  
S. Varathan, 35, S. Sivakumar, 40, Mohd. Ismail Abd. Rahman, 46, dan V. Sadhees, 23 maut akibat cedera parah dalam kejadian berlaku pukul 9 malam manakala Muhammad Danial Syafiq Aziz yang berusia setahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
  
Ibu bapa kanak-kanak tersebut Aziz Yakub, 33, dan Nurul Hafizah Mohamed, 30, hanya mengalami cedera ringan.
  
Kejadian berlaku apabila Sadhees yang menunggang motosikal dikatakan cuba memotong garisan berkembar sebelum bertembung dengan Perodua Kembara dinaiki Varathan bersama Mohd Ismail dan Sivakumar.
  
Kenderaan yang dipandu Varathan itu kemudian hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan sebelum merempuh sebuah Perodua Viva yang dinaiki pasangan suami-isteri bersama anak lelaki mereka.

Seorang lagi lelaki berusia 30an yang memandu Perodua Viva kemudian gagal mengelak lalu melanggar kereta yang dinaiki tiga beranak tersebut. Pemandu Perodua Viva bagaimanapun tidak cedera.
  
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin mengesahkan kejadian sementara mayat empat lelaki yang maut dihantar ke HSI untuk bedah siasat.
  
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama



Sumber:
thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/11/20/nation/12342085&sec=nation
bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=709974
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm


Tak sempat terima rawatan



20 November 2012
MERU – “Mangsa berlumuran darah atas jalan dan ramai yang hendak membantu tetapi bila didekati, mangsa sudah tidak bernyawa, “ demikian kata penunggang motosikal dikenali sebagai Fuad, 26, ketika melihat mangsa kemalangan jalan raya, di Kolimeter 5, Jalan Meru, di sini, semalam.

Fuad berkata, dalam keadaan hujan renyai,  ada orang awam yang cuba membantu mangsa turut menghubungi ambulans supaya rawatan lanjut diberikan.

“Namun, mangsa tidak sempat mendapatkan rawatan dan meninggal dunia sebelum ambulans tiba ke lokasi kejadian.

“Dalam pada itu, laluan dari arah Meru ke Klang bertukar sesak apabila masing-masing memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 11.15 pagi itu, mangsa warga Indonesia maut apabila motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sebelum tercampak ke jalan raya.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, mangsa yang menunggang motosikal Honda itu berusia 42 tahun berdasarkan dokumen peribadi yang ditemui bersamanya.

“Mangsa yang menunggang motosikal ke Klang itu dipercayai hilang kawalan dan tercampak sejauh beberapa meter.

“Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa di hantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil ke IPD Klang Utara untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tidak-sempat-terima-rawatan-1.105203



Dentuman kemalangan disangka mercun


20 November 2012
REMBAU – “Pada mulanya saya dan keluarga menyangka bunyi dentuman itu adalah mercun, namun sangkaan kami meleset apabila terdengar siren ambulans tidak berapa lama selepas itu.”

Kata seorang penduduk Kampung Miku Pindah, Norain Zaini, 21, antara yang terawal tiba di tempat kemalangan melibatkan dua kereta.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, seorang lelaki berusia 30-an iaitu pemandu kereta Proton Iswara tersepit setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan kereta Proton Wira dari arah bertentangan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, malam kelmarin.

Mangsa tersepit dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Rembau yang tiba tidak lama  selepas itu.

Norain berkata, ketika itu, dia bersama ahli keluarganya yang lain sedang menonton televisyen.

“Memang pada mulanya, kami sekeluarga menyangka bunyi mercun sempena perayaan Deepavali seperti malam sebelumnya, namun bunyi kuat siren ambulans menyedarkan kami terdapat kemalangan di jalan utama.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, saya lihat seorang lelaki sedang menanggung kesakitan susulan kaki kanannya tersepit di dalam kereta, sementara seorang wanita lagi yang turut menaiki kereta berkenaan sudah keluar dengan bantuan penduduk,” katanya.

Katanya, kejadian itu adalah yang ketiga berlaku pada tahun ini di lokasi sama.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal kemalangan itu dipercayai berpunca apabila kereta Proton Iswara dari arah Tampin gagal memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan kereta Proton Wira.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, hanya pemandu kereta Iswara sahaja yang mengalami  kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut.

“Kes ini disiasat Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1952,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bunyi-dentuman-disangka-mercun-1.105228

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my