loading...

Thursday, November 22, 2012

Video Kemalangan Ngeri Pekerja PROPEL


Inalillahi wainailaihi rojiun

22 November 2012 
Empat daripada lapan pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya (Propel) maut dirempuh sebuah treler muatan makanan ringan ketika hendak memulakan kerja-kerja penyelenggaraan di Kilometer 294.1 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah Utara awal pagi ini. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi, tiga mangsa mati serta-merta di tempat kejadian sementara seorang lagi meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.


Empat lagi pekerja Propel berkenaan serta pemandu treler dan kelindannya bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan parah



Angkat rakan putus dua

GOPENG: “Anggota badan beberapa rakan saya bersepah di atas jalan, malah otak mereka turut hancur. Lebih menyedihkan, ketika saya mengangkat mayat seorang daripada mereka yang tubuhnya hampir putus dua akibat digilis treler.”

Itu kata Abdul Nasir Abdul Rahman, 49, rakan empat pekerja kontraktor syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbunuh selepas digilis dan diseret sebuah treler lebih 10 tan berhampiran Kilometer 294.1, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Gopeng, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi yang turut menyebabkan enam parah itu, treler membawa coklat terbabit hilang kawalan dan memasuki lorong kecemasan lalu merempuh lapan pekerja Propel yang melakukan tugas pemasangan kabel optik di bahu lebuh raya.

Treler itu turut merempuh empat kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, van, pacuan empat roda dan kereta Proton Iswara yang dinaiki semua mangsa untuk ke tempat mereka bekerja.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shakin Baru, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kampung Masjid, Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur yang mati di tempat kejadian.


Tak Nampak Kon


“Pemandu treler terbabit memberitahu dia tidak nampak kon keselamatan dan empat kenderaan yang diletak di lorong kecemasan,” Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon.

Menurutnya, siasatan awal polis berhubung kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa itu juga mendapati ketika kejadian cuaca gelap dan hujan renyai manakala keadaan jalan sedikit bercerun.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan pemandu treler terbabit akan ditahan selepas menjalani rawatan untuk diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika lapan pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang terbabit baru hendak memulakan kerja penyelenggaraan menyambung kabel optik di lorong kecemasan lebuh raya.

Kemalangan berlaku apabila treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke utara merempuh empat kenderaan iaitu Proton Iswara, pacuan empat roda Mitsubishi Triton, van Nissan dan lori seberat satu tan diletakkan sebaris di laluan sama.



Terpelanting dalam longkang

“Saya hanya sempat mendengar bunyi brek disusuli dentuman kuat sebelum melambung ke dalam longkang di bahu lebuh raya,” kata mangsa terselamat, Dino Azmi, 36.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro dalam keadaan terlantar kesakitan di lokasi kejadian mendakwa kejadian berlaku terlalu pantas dan mereka tidak sempat mengelak atau menyelamatkan diri.

“Saya terpelanting ke dalam longkang sejauh lebih tiga meter. Dalam kesakitan, saya merangkak keluar.

“Saya hanya mampu mendengar bunyi jeritan kesakitan dari rakan terselamat tapi tak mampu membantu mereka,” katanya.

Dia yang berasal dari Tambun, Ipoh, berkata ada antara rakannya terputus tubuh dan pecah kepala hingga gagal dikenal pasti identiti.

“Saya tidak dapat berdiri lama sebelum terbaring semula di bahu lebuh raya akibat kesakitan di pinggang dan kaki,” katanya.


'Menggeletar tengok mayat celah tayar'

 GOPENG – “Menggeletar saya melihat rakan-rakan tersepit di tayar treler dalam keadaan mengerikan sehingga saya sendiri tidak sanggup melihatnya,” kata Dino Azmi, 36, mangsa kemalangan dekat Gopeng, Perak semalam.

Dino, yang hilang empat rakan dalam kejadian itu berkata, dia bersama tujuh rakan lain sedang memulakan tugas pemasangan kabel optik di bahu jalan itu selepas kabel itu dicuri.

Katanya, kejadian itu berlaku sangat pantas dan mereka tidak sempat menyelamatkan diri dari dirempuh treler itu.

“Pernah berlaku kejadian seperti ini tidak lama dulu, tetapi kami sempat lari menyelamatkan diri setelah dengar bunyi kon dilanggar.

“Kali ini, kami tidak dengar apa-apa kecuali bunyi brek dan bunyi dentuman akibat rempuhan pada kenderaan yang diletakkan tidak jauh dari kami. Saya tercampak ke dalam longkang berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Dino berkata, dia berasa kejadian berkenaan sebagai mimpi kerana dia bersama Mahyuddin dan Ismady menikmati makanan bersama sebelum ke tempat kejadian.

“Saya dengar jeritan rakan-rakan yang bergelimpangan atas jalan. Saya merangkak mendapatkan rakan-rakan yang tersepit di tayar treler itu.

“Saya tarik Ismady yang merintih minta tolong keluar dari bawah treler. Sambil memangkunya, saya hubungi ambulans untuk bawa dia ke hospital. Tidak sangka dia pun meninggal,” katanya dalam nada sebak.

Dalam tragedi semalam, empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke Gopeng di Kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan.

Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke HRPB.

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bahru, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.




Abang niat berhenti kerja

Dalam pada itu, adik kepada Ismady, Mohd Fairuz, 26, berkata, abangnya pernah menyuarakan niat untuk berhenti kerja di syarikat terbabit kerana kekangan masa dan risiko dihadapinya.

“Arwah abang pernah cakap banyak kali hendak berhenti kerja kerana dia sedar risiko bekerja di lebuh raya selain terpaksa bersengkang mata pada malam hari. Niat itu tidak kesampaian.

“Kali terakhir saya bertemu arwah adalah  pada jam 8 malam semalam (kelmarin) ketika keluar bekerja. Sepatutnya, saya bersamanya bekerja hari ini (semalam), tetapi saya ambil cuti,” katanya.

Dia menyifatkan abangnya kuat bekerja untuk keluarga. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Tasek, semalam.




Mangsa kemalangan lihat rakan terpelanting, terperosok bawah treler

GOPENG – Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke bandar ini di kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian, manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino Azmi, 36 dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bharu, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.

“Kemalangan itu berlaku di jalan lurus mendaki bukit, dalam keadaan hujan renyai

Polis masih mengambil keterangan mangsa dan pemandu lori berkenaan.

“Seramai 13 anggota yang tiba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler, sementara anggota polis membantu mengawal lalu lintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Katanya, pemandu lori berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Al-Fatihah



VIDEO


Sumber:
hmetro.com.my
tv3.com.my
utusan.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my