loading...

Thursday, November 22, 2012

2 Maut Motosikal terbabas


22 November 2012
KUANTAN – Dua penunggang motosikal termasuk seorang lelaki kelainan upaya (OKU) maut dalam kemalangan di daerah Bentong dan Jerantut, kelmarin.

Dalam kejadian di Kilometer 9 Jalan Jerantut –Benta, Mangsa, Abdullah Harith Mohd Ghazali, 20 dari Kampung Sungai Badak Jerantut menunggang bersendirian dipercayai dalam perjalanan dari arah Benta menuju Jerantut.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian pada jam 8.15 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan terbabas ketika membelok ke sebelah kanan jalan.

“Ketika mangsa membelok ke kanan jalan, motosikal yang ditungganginya terbabas ke sebelah kiri jalan dan tiba-tiba melanggar sebatang tiang elektrik mengakibatkan kecederaan di bahagian badan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang tidak memiliki lesen kenderaan dan tidak memakai topi keledar itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan kerana menunggang dengan laju dan ketika kejadian permukaan jalan yang mempunyai garisan berkembar itu kering manakala cuaca berkeadaan baik.

Sementara itu katanya, dalam kejadian di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub, seorang wanita, Yap Keok Kiam, 54, maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke atas jalan.

Fauzi berkata, ketika kejadian kira-kira jam 6.25 pagi, mangsa menunggang seorang diri dari arah Bentong ke Lurah Bilut.

“Mangsa yang beralamat di Kampung Ulu Perting, Bentong disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur akibat kecederaan parah di bahagian kepada dan dada,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/dua-maut-termasuk-oku-motosikal-terbabas-1.105967


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my