loading...

Sunday, November 18, 2012

Perompak Sri Damansara maut ditempak


18 November 2012
KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah hanya mampu melarikan diri beberapa kilometer sebelum ditembak mati oleh polis selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh tembok sebuah madrasah di Jalan Datuk Senu 3, Kampung Chubadak Tengah, Sentul, di sini, awal pagi semalam.

perompak malang ditembak polis

Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai suspek utama kes rompakan sebuah bank di Sri Damansara, dekat sini, Isnin lalu, yang menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Dalam insiden berbalas tembakan jam 4.30 pagi, seorang rakan suspek yang turut berada dalam kereta jenis Toyota Vios itu sempat meloloskan diri sebaik kenderaan mereka terbabas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sebelum kejadian, pasukan khas yang dibentuk bagi menyiasat kes rompakan itu berjaya mengesan sebuah kereta jenis BMW di Greenwood, Gombak, yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.


“Polis kemudian mengekori suspek, namun menyedari dia diekori, pemandu BMW itu memecut laju dan berhenti di persimpangan berhampiran Plaza Tol Gombak sebelum menaiki kereta Toyota Vios yang menunggu di situ

Sumber:
hmetro.com.my/articles/Balasanrompakbank/Article/artikelMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my