loading...

Thursday, November 22, 2012

Faktor Kemalangan Lebuhraya

23 November 2012
KUANTAN: Kira-kira 82 hingga 86 peratus daripada kemalangan membabitkan lori dan bas di Lebuhraya Utara-Selatan berpunca daripada faktor kemanusiaan seperti tabiat memandu dan sikap pemandu kenderaan berat itu sendiri.

Berdasarkan rekod dan kajian Plus Malaysia Berhad (Plus), secara keseluruhannya mereka didapati memandu laju, mengantuk, letih dan tidak menyelenggara kenderaan dengan baik semata-mata untuk mengejar trip dan keuntungan.


Pengurus Besar Jabatan Keselamatan Trafik Plus, Zakaria Shaffie, berkata faktor pemandu dikenal pasti sebagai punca utama berlakunya kemalangan membabitkan kenderaan berat seperti lori dan bas di lebuh raya Plus.

Menurutnya, rekod Plus juga mendapati sebanyak tujuh peratus daripada jumlah kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh raya Plus sejak 2007 hingga Ogos lalu, adalah lori.


“Bagaimanapun, lori menyumbang 18.2 peratus daripada 52,585 kemalangan yang berlaku di lebuh raya Plus dalam tempoh itu.


“Bagi bas pula, ia menyumbang kemalangan sebanyak 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan yang menggunakan lebuh raya Plus bagi tempoh berkenaan,” katanya dalam sidang media selepas program Seminar Hormati Had Anda Kempen Keselamatan Jalan Raya kepada 100 pemandu kenderaan berat, semalam.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/86_kemalanganberlakuakibatfaktorkemanusiaan/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my