22 November 2012
KUANTAN – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungangnya berlanggar dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, dekat Gambang, kelmarin.
Mangsa, Yusof C Pit, 69, dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Gambang dan bergerak ke lorong kanan untuk masuk ke satu lorong kecil tidak berapa jauh dari lokasi kemalangan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang apabila mangsa yang berada di kiri jalan bergerak ke kanan jalan.
“Mangsa dikatakan mahu membelok ke satu lorong kecil di kanan jalan itu tetapi tiba-tiba berlanggar dengan sebuah kereta dari arah sama,” katanya, di sini, semalam.
Mangsa yang memiliki lesen dan memakai topi keledar meninggal di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.
Fauzi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/warga-emas-maut-motosikal-berlanggar-kereta-1.105972
No comments:
Post a Comment