loading...

Sunday, November 18, 2012

Padah tidak menggukan jejantas

19 November 2012

GEORGETOWN - Tindakan seorang wanita warga emas yang tidak menggunakan jejantas untuk melintas jalan mengundang padah apabila dia dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian kemalangan di Jalan Dr Lim Chwee Leong di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Wong Sze Ling, 59, yang berasal dari Bayan Lepas maut di tempat kejadian selepas dirempuh oleh seorang pemuda sebelum penunggang motosikal terbabit melarikan diri.

Akibat rempuhan kuat itu, mangsa tercampak kira-kira tiga meter sebelum dilihat mengerang kesakitan di atas jalan.

Difahamkan, mangsa yang masih bujang itu dikatakan hendak melintas jalan dan dilanggar motosikal yang ditunggang seorang pemuda dari  arah Jalan Penang.

Menurut saksi, selepas melanggar mangsa, enjin motosikal suspek terhenti namun motosikal yang ditunggangnya tidak terjatuh kecuali cermin sisi patah sebelum suspek melarikan diri.

Sze Ling yang mengalami kecederaan parah di kepala, bahagian badan dan kaki mati di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu dalam keadaan bahaya hingga menyebabkan kematian dan sekiranya sabit kesalahan boleh di penjara sehingga dua tahun atau melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Trafik Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181872 atau 04-2181822 dan balai polis  berhampiran.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kereta-terhumban-masuk-sungai-1.104818



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my