loading...
Sunday, November 18, 2012
Adik Tidak Selera Makan
Inalillahi wainailaihi rojiun
18 November 2012
KARAK - “Tidak sangka perubahan sikap dari suka bercakap kepada mendiamkan diri adik saya sejak beberapa hari lalu memberi petanda dia akan pergi selama-lamanya,” luah abang mangsa kemalangan maut, Musamin Bedawi, 37.
Musamin berkata, adiknya, Mohd Norullah Bedawi, 20-an, bukan sahaja tidak bercakap seperti biasa tetapi juga tidak berselera makan.
Menurutnya, pagi sebelum kejadian, Norullah juga membuat sesuatu yang pelik iaitu memulas minyak motosikal dengan kuat berbeza pada hari biasa.
“Selepas itu dia dan seorang lagi rakan terus menaiki motosikal untuk ke tempat kerja di Felda Sertik.
“Dalam masa sama, saya juga mengekori dari belakang untuk pergi ke tempat kerja dan tidak sangka mereka berdua terlibat dalam kemalangan di hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.
Musamin berkata, dia sempat melihat adiknya itu berada dalam keadaan nazak sebelum disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Karak, manakala rakannya pula cedera ringan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku pada jam 8.05 pagi semalam di Kilometer 80 Jalan Kuala Lumpur- Kuantan berhampiran Taman Karak Jaya, dekat sini.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave dinaiki mangsa dan seorang rakan dari arah Karak ke Bentong.
“Motosikal mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan kemudiannya melanggar bahagian kanan kereta jenis Mercedes dari arah Bentong ke Kuantan. Mangsa dan rakannya kemudiannya tercampak akibat kejadian itu,” katanya.
Abdul Aziz berkata, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Karak, namun disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke bilik mayat Hospital Bentong.
Menurutnya, rakannya pula menerima rawatan di Hospital Bentong manakala pemandu kereta Mercedes tidak mengalami kecederaan.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/adik-berubah-jadi-pendiam-1.104545
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment