loading...

Tuesday, November 20, 2012

Dua pengawal terselamat nyaris maut


21 November 2012
SUNGKAI - Dua pengawal terselamat daripada maut selepas van syarikat keselamatan dinaiki terbabas selepas satu daripada tayarnya pecah semasa dalam perjalanan dari Ipoh ke Petaling Jaya, Selangor, semalam.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw memaklumkan, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.45 pagi di Kilometer 340 Lebuh Raya Utara Selatan dan van milik sebuah syarikat kawalan keselamatan itu telah melanggar besi pengadang jalan.

Menurutnya, dua pengawal keselamatan yang ketika itu dalam perjalanan balik selepas mengambil wang tunai bagi tujuan pemindahan, awal pagi semalam tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Satu daripada tayar van berkenaan pecah secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan lalu merempuh pembahagi jalan di tengah lebuh raya. Kejadian turut menyebabkan dua lagi tayar van terbabit pecah.

"Polis bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan kedua-dua pengawal keselamatan dan wang yang dibawa (tidak dinyatakan jumlah) selamat dalam van terbabit," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, semalam.

Som Sak menambah, selain tiga tayar pecah, kejadian itu turut menyebabkan kerosakan lain pada van terbabit, iaitu kemik bahagian depan dan pintu sebelah kiri.

Katanya, van berkenaan telah ditunda ke Balai Polis Bidor untuk proses pemindahan wang ke kenderaan lain sebelum perjalanan mereka ke Petaling Jaya disambung, awal pagi semalam.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/dua-pengawal-nyaris-maut-1.105616


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my