loading...

Sunday, November 18, 2012

Bas Sekolah Terbalik 32 Nyaris Maut


18 November 2012
SEREMBAN – Seramai 32 penumpang bas sekolah nyaris maut apabila bas yang dinaiki terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik di Kilometer 273, Lebuhraya Utara – Selatan (Plus) arah utara berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kesemua penumpang warga China termasuk pemandu tempatan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, berkata, bas sekolah yang disewakan itu membawa pekerja sebuah kilang besi di Bahau dalam perjalanan dari Bahau untuk lawatan sehari ke ibu kota.

“Bas telah memulakan perjalanan kira-kira jam 6.30 pagi tadi dan kami semua tidak sabar mahu melawat bandar Kuala Lumpur.

“Namun, sepanjang perjalanan saya berasa tidak sedap hati sebab beberapa kali melihat pemandu menguap malah bas turut terhuyung-hayang dan hilang kawalan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia ada berhasrat mahu mengambil alih tugas pemandu berikutan mempunyai lesen memandu bas.

“Belum sempat saya mahu menyatakan hasrat itu kepada pemandu, bas sudah hilang kawalan dan terbabas.

“Semua penumpang menjerit ketakutan berikutan bas terbalik, namun mujur tiada yang mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, bas sekolah itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri lalu terbalik dipercayai akibat pemandu mengantuk.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua penumpang dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bas-hilang-kawalan-terbalik-1.104554



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my