loading...

Saturday, November 24, 2012

Kemalangan Maut 3 Kenderaan


Inalillahi wainailaihi rojiun

24 November 2012
REMBAU: Seorang abang terbunuh manakala adiknya cedera apabila kereta Proton Waja mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Volvo dan lori membawa roti di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah ke selatan) dekat sini tengah hari tadi.



Jurucakap polis berkata Zalfazeri Zahari, 28, dari Kampung Bonggul, Bandar Permaisuri, Terengganu meninggal di tempat kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Mayatnya sudah dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat sementara adiknya yang memandu kereta itu cedera parah dan dihantar ke hospital yang sama.


Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jurucakap itu berkata pemandu dan penumpang kereta Volvo itu hanya cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan terselamat.

Pemandu lori itu Mohd Ruzaidi Wahid, 37, berkata dia dalam perjalanan dari Selangor menuju Singapura apabila kemalangan itu berlaku.

"Saya sedang memandu di lorong tengah dan ketika itu sebuah kereta Volvo di hadapan saya tiba-tiba melintang jalan, tapi saya dapat elak. Namun kereta Proton Waja dibelakang saya merempuh belakang lori saya sehingga terperosok di bawah lori," katanya. - BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/Abangmaut_adikcederadalamnahasdiLebuhrayaUtara-Selatan/Article/
ntv7.com.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my