loading...

Sunday, November 18, 2012

Child Lock dan Tali Pinggang Keledar

Inalillahi wainailaihi rojiun

18 November 2012
KULIM - Seorang peniaga dan isterinya terkejut apabila anak perempuan mereka berusia enam tahun tercampak keluar dari kereta yang dinaiki setelah pintu belakang terbuka.

Ketua Trafik Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 petang apabila mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Junjung ke pekan Kulim.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh bapa mangsa sebelum memberhentikan kenderaan, bagaimanapun mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Kulim.

Kemalangan ini berlaku berpunca dari kecuaian ibu bapa. Mereka seharusnya menggunakan kunci kanak-kanak (Child Lock) yang disediakan pada setiap kereta. Dengan cara ini, pintu kenderaan hanya boleh dibuka dari luar sahaja.

"Selain itu, arahan menggunakan tali pinggang keledar bagi penumpang di kerusi belakang tidak diendahkan. Saya percaya sekiranya keluarga mangsa terlibat mematuhi undang-undang jalan raya ditetapkan, kejadian seumpama ini tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau menasihatkan kepada semua pemilik kenderaan supaya lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan penumpang setiap kali memulakan perjalanan tidak kira jauh atau dekat.


Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/budak-enam-tahun-maut-tercampak-keluar-dari-kereta-1.104643




Child Lock terletak di sisi pintu belakang kereta, penggunaannya bertujuan untuk mencegah kanak-kanak daripada membuka pintu tanpa pengawasan pemandu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my