loading...

Sunday, November 18, 2012

Pelajar pelajar Politeknik PSA Maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

18 November 2012
SHAH ALAM – Polis mengesan saksi kemalangan maut membabitkan kematian seorang pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di Jalan Padang Jawa di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Nur Salma Mohd Yusof, 19, menunggang motosikal  jenis Yamaha Lagenda.

Dia bersama tiga lagi rakannya, masing-masing menunggang motosikal, dalam perjalanan menuju ke sebuah pusat sukan untuk bermain futsal.

Jurucakap polis berkata, setibanya di lokasi, dia cuba memotong sebuah bas dengan menggunakan laluan sempit di sebelah kiri.

Katanya, dua rakan mangsa sempat memotong bas yang dalam perjalanan ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di sini.

“Semasa mangsa cuba memotong, dia menekan brek sehingga motosikalnya hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang bas. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan jenazahnya dikebumikan di kampung halamannya di Lumut, Perak.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta hubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Abdul Hafiz Sariee: 014-8905051 untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/saksi-kemalangan-maut-dikesan-1.104662


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my