loading...
Friday, September 14, 2012
Bayi tercampak di pusingan U
Inalillahi wainailaihi rojiun
14 September 2012
KUALA SELANGOR - Seorang bayi maut tercampak keluar kenderaan yang dipandu ibu saudaranya apabila dirempuh sebuah kereta Wira ketika membuat pusingan U di Kilometer 68 Jalan Teluk Intan Klang, di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad, berkata, akibat rempuhan kira-kira jam 9.30 malam itu, pemandu berusia 23 tahun itu gagal kawal Perodua Kembara yang dinaiki lima sekeluarga itu terbalik menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar kenderaan.
"Mangsa, Ariana Insyirah Mirul Hisham, 1, parah di kepala dan maut serta merta di tempat kejadian," katanya.
Manakala datuk, nenek dan dua ibu saudara mangsa yang menaiki kenderaan sama mengalami luka ringan dan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama nenek dan datuknya memandangkan ibunya perlu menghadiri kursus di Ipoh manakala ayahnya bekerja di Seremban.
Sementara itu, menurut Mushar, dalam kejadian itu, Proton Wira yang dipandu seorang lelaki turut terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tembok batu di kiri jalan berkenaan.
"Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, laporan awal yang diperolehi menerusi siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan kecuaian pemandu membuat pusingan U.
"Setiap pemandu perlu berhati-hati membuat pusingan U dan tindakan keluar terburu-buru hanya bawa bahaya kepada pengguna jalan raya lain dan diri sendiri," katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/bayi-maut-tercampak-dari-kenderaan-1.84854
Thursday, September 13, 2012
Dua pelajar UiTM Machang maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
13 September 2012
MACHANG: Dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok dalam satu kemalangan di KM27.1 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian 5 petang itu, Muhammad Syarafi Kamarul Shukri, 20, berasal dari Gong Badak, Terengganu, maut di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian badan, manakala Nor Fazreen Che Yusof, 20, dari Pasir Mas, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang akibat parah di kepala.
Dua lagi rakannya, Muhammad Hazwan Wook Baharudin, 20, dari Kuang Tengah, Chemor, Perak dan Noor Zilla Ismail, 20, dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur hanya mengalami cedera ringan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Machang dan telah dibenar pulang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata keempat-empat mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke Machang selepas menyelesaikan beberapa urusan di Kota Bharu.
"Sejurus tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Muhammad Hazwan dipercayai terbabas lalu merempuh sebatang pokok yang terletak di bahu jalan berkenaan. Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya di sini, hari ini.
Difahamkan, kesemua mangsa sepatutnya bertolak ke Bangkok, Thailand awal pagi ini untuk menyertai satu rombongan yang dianjurkan pihak universiti.
Dua jenazah itu telah dituntut keluarga masing-masing pada 3 pagi tadi selepas selesai menjalani bedah siasat dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan kampung halaman masing-masing. - Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
hmetro.com.my/articles/DuapelajarUiTMMachangmautkeretaterbabasrempuhpokok/Article

Ancaman kepada pengguna jalan raya
13 September 2012
KUALA TERENGGANU - Mat rempit dalam kumpulan besar yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya, semakin menjadi-jadi kebelakangan ini sehingga menimbulkan ancaman kepada pengguna jalan raya di bandar raya ini, dan beberapa tempat di Terengganu.
Mereka biasanya menguasai jalan raya bermula petang Jumaat sehinggalah keesokan paginya mengambil kesempatan cuti hujung minggu di Terengganu.
Pengguna jalan raya terutama wanita meluahkan kerisauan mereka terhadap gejala itu ketika Bernama membuat tinjauan di sini. Mereka takut dengan gelagat mat rempit yang mengancam keselamatan serta nyawa pengguna jalan raya.
Pemandu wanita Lew I-Ling, 30, berkata perasaan bimbang bersarang dalam dirinya setiap kali ingin pulang ke rumah pada hujung minggu terutama ketika melalui kawasan bandar di sini berikutan ramai mat rempit yang terlalu berani melakukan aksi berbahaya di kawasan itu.
Katanya kedatangan mat rempit dalam kelompok yang besar di sepanjang jalan terutama di Jalan Batu Buruk, Durian Burung dan Pengadang Baru di sini amat membimbangkan.
"Mereka biasanya melakukan aktiviti berbahaya itu setiap hujung minggu. Ada masa saya terpaksa memberhentikan kereta untuk memberi laluan kepada mereka yang terlalu ramai.
"Ada yang menunggang berkumpulan lebih daripada 50 buah motosikal. Saya sangat tidak selesa dengan keadaan itu dan harap pihak berkuasa dapat memperketat penguatkuasaan bagi mengekang masalah itu," katanya.
Ada dalam kalangan mat rempit yang bertindak di luar dugaan seperti menunggang motosikal dari arah bertentangan semata-mata mencari keseronokan.
Lebih memburukkan keadaan, mat rempit itu semakin bersemangat ditambah dengan sokongan daripada orang ramai yang turut memberhentikan kenderaan mereka untuk menyaksikan aksi itu.
"Keadaan seperti ini bukan sahaja membahayakan keselamatan masyarakat tapi ia juga memberikan imej buruk kepada pelancong yang datang berkunjung," katanya.
Pengunjung dari Melaka, Nur Liyana Misran, 27, berkata beliau amat terkejut melihat terlalu ramai mat rempit di jalan raya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling juga pengguna jalan raya yang lain.
Beliau yang pertama kali berkunjung ke Terengganu, terkilan melihat ramai golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan menghabiskan masa dengan sia-sia meramaikan aktiviti rempit itu.
"Perkara ini memberi imej negatif kepada Terengganu. Saya harap pihak berkuasa di sini dapat mengambil tindakan perlu mengatasi masalah ini. Selain penguatkuasaan, mungkin boleh tambah pusat riadah untuk golongan
muda ini," katanya.
Sementara itu seorang penduduk kampung di sini, Ishak Abdillah Ngah, 30, berkata kehadiran mat rempit di malam minggu mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
Beliau berkata mereka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah itu sehingga awal pagi, mengganggu orang kampung yang sedang tidur dengan menunggang laju dan enjin mengeluarkan bunyi bising.
"Mereka akan berlumba dan membuat aksi yang berbahaya sepanjang jalan dan jika dikejar polis, mereka akan lari memasuki dan bersembunyi di kampung-kampung berhampiran," katanya.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya akan terus meningkatkan penguatkuasaan terhadap kumpulan mat rempit ini dan melakukan operasi bersama beberapa agensi lain untuk membendung gejala ini. - Bernama

Warga emas maut rempuh basikal
13 September 2012
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang terbabit kemalangan di Jalan Padang Sebang-Alor Gajah, sempat mengeluarkan gigi palsu dipakainya dan diletakkan di sisinya sebelum meninggal dunia, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa, Chai Koh Mek, 74, yang menunggang Honda EX-5 bersendirian dikatakan datang dari arah bandar ini menuju Pulau Sebang.
Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tayar belakang basikal Muhamad Fazrul Ayman Fazri, 12, yang berada di laluan kiri jalan berkenaan.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Muhamad Fazrul Ayman yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula bengkak di kaki kiri akibat terpelanting dari basikalnya.
Bapa murid itu, Fazri Duamit, 43, tersentak apabila menerima panggilan daripada isterinya, Mahanum Ahmad, 39, memaklumkan anak sulung mereka terbabit kemalangan.
“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di pekan Alor Gajah dan bergegas pulang untuk melihat keadaan anak. Ketika dalam perjalanan, saya ternampak sekujur tubuh manusia terbaring atas jalan dan menyangkakan lokasi itu tempat anak terbabit kemalangan.
“Sebaik tiba di rumah, saya mendapati Fazrul ada dan terus memeluknya. Dia kemudian memberitahu tayar basikalnya dirempuh sebuah motosikal,” katanya yang bekerja sebagai pemandu bas.
Menurutnya, dia difahamkan anaknya tercampak ke tepi longkang manakala mangsa tercampak di tengah jalan sebelum Fazrul yang ketakutan pulang ke rumah dengan basikal rakan.
Bagi Muhamad Fazrul yang ditemui di rumahnya di Padang Sebang, dia terkejut selepas basikalnya dirempuh motosikal mangsa sebelum tercampak.
“Ketika itu, dua rakan saya sudah melintas ke seberang jalan sebelum mereka datang semula dan meminjamkan basikal supaya dapat memaklumkan kejadian kepada ibu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Apekmatitinggalgigi/Article/index_html
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-emas-maut-langgar-belakang-basikal-kanak-kanak-1.84569
Pemandu kontena maut tersepit
13 September 2012
SHAH ALAM- Perjalanan seorang pemandu kontena yang mahu menghantar bekalan daging ke Selayang bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie) di Rawang, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Hee Chee Kok, 57, maut tersepit apabila kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.
Ketua Penyelia Operasi Bomba dan Penyelamat Rawang, Ishak Ibrahim berkata, mangsa yang berasal dari Selayang Baru itu tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dua jam kemudian.
“Siasatan mendapati, kontena dipercayai hilang kawalan ketika melalui susur menurun dan berselekoh tajam arah Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar), kontena kemudian terbalik di laluan kiri menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya.
Menurutnya, kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menghantar muatan daging ke Selayang.
Sepasukan Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat.
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan dari Hospital Sungai Buloh.
Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pemandu-maut-tersepit-1.84566
Remaja maut dirempuh kereta
Inalillahi wainailaihi rojiun
13 September 2012
KUANTAN - Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangi bergesel dengan sebuah motosikal lain sebelum dirempuh kereta di Jalan Tanjung Pasir- Bukit Goh berhampiran Pasar Raya Jaya Gading, malam kelmarin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9.55 malam itu, mangsa, Muhamad Firdaus Razali, 16 dari Kampung Datuk Abdul Aziz, Bukit Goh mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi penunggang cedera ringan manakala pemandu kereta, seorang wanita berusia 26 tahun yang juga penyelia sebuah asrama tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Pasir menghala ke Bukit Goh.
Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego ditunggangi seorang lelaki.
“Akibat pergeseran itu, motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu dirempuh kereta yang berada di laluan tersebut,” katanya di sini, semalam.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat manakala penunggang yang cedera menerima rawatan di hospital sama.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/remaja-maut-dirempuh-kereta-1.84635

Pelajar maut bertembung treler
Inalillahi wainailaihi rojiun
CHUKAI: “Aku minta maaf banyak-banyak selepas aku pergi ini aku tak akan balik lagi,” itulah kata-kata terakhir seorang pelajar tingkatan lima sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Cherul-Bukit Sagu, di sini, petang kelmarin.
Asmawi Mohamad Nor (gambar), 17, terkorban apabila motosikal ditunggangnya bertembung treler yang datang dari arah bertentangan, jam 5.30 petang.
Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersama beberapa rakannya dikatakan memasuki laluan treler terbabit menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Abang mangsa, Normahadi, 38, berkata, arwah adiknya itu menghantar kata-kata terbabit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa rakannya yang menyebabkan mereka semua pelik.
Katanya, sebelum kejadian, arwah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru, dekat sini, baru saja tamat menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sebaik tamat peperiksaan itu, arwah sempat bersalaman dengan rakan sekelasnya sambil meminta maaf sebelum ke surau di sekolah untuk menunaikan solat Zuhur,” katanya.
Normahadi berkata, sebaik selesai solat Asar, arwah memberitahu ibunya, Minah Ngah, 52, yang dia mahu keluar bersiar-siar bersama rakannya.
“Ketika kejadian kami lima beradik tiada di rumah kerana semua bekerja dan arwah adik bongsu tinggal bersama ibu dan setengah jam selepas itu, ibu dimaklumkan arwah terbabit kemalangan,” katanya.
Menurutnya, dia dan keluarganya tidak menyangka perbuatan pelik adiknya itu yang menghantar SMS kepada beberapa rakannya itu adalah petanda dia pergi buat selama-lamanya.
Katanya, dia yang mendapat panggilan daripada ibunya bergegas ke Hospital Kemaman dan mendapati adiknya yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Jenazah dituntut keluarga untuk dibawa pulang ke kampung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Neram 2, jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012091302134820120913021348/Article
Warga Myanmar maut
13 September 2012
KOTA BHARU- Seorang lelaki warga Myanmar, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan, di jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang itu, menyebabkan mangsa, Nor Muhamad Abdullah, 29, yang menunggang motosikal bersendirian melakukan pusingan U dari arah kiri bahu jalan menghala ke Kota Bharu.
Ketika membuat pusingan U terbabit, sebuah lori dari arah bertentangan, gagal mengelak mangsa sehingga menyebabkan kenderaan terbabit bergesel di motosikal terbabit.
Akibat kemalangan tersebut, lori serta motosikal mangsa, turut terhumban ke dalam longkang dan ternakan lembu di dalam lori turut terlepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa mengalami kecederaan yang parah akibat kemalangan itu, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Lori terbabit juga tidak mengalami sebarang kerosakan yang teruk. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat," katanya.
Azham berkata, kes terbabit disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta (APJ) 1987.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/warga-mynamar-maut-dilanggar-lori-muatan-lembu-1.84545
Wednesday, September 12, 2012
Datuk Maut Cucu Parah
12 September 2012
KINABATANGAN - Seorang lelaki maut, manakala cucunya cedera parah selepas motosikal yang mereka tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Sukau-Kinabatangan semalam.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, Bantok Ambok Tan, 60, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Kinabatangan oleh orang awam sementara Mohd. Akmal Aiman, 9, yang cedera parah di kepala dan tangan, masih menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Menurutnya, insiden berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi, ketika motosikal yang ditunggangi Bantok bersama cucunya keluar dari simpang dan dilanggar sebuah kereta yang menuju ke arah Sandakan.
Beliau berkata, pemandu kereta itu telah membuat laporan polis mengenai insiden itu.
Rowell berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik di talian 089211222. - BERNAMA
Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

2 Pemandu Maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
12 September 2012
GUA MUSANG - Dua pemandu maut dalam kemalangan jalan raya, membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 7.9 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kem Semor, dekat sini, pagi semalam.
Mangsa yang maut itu dikenali pemandu kereta sewa, Abdullah Abdul Ghani, 64, berasal dari Tanah Rancangan Fela Chiku 1 dan Che Zamri Che Long, 40, berasal dari Kampung Beta Pohon Buluh, Pasir Mas, manakala seorang lagi berusia 20-an tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika Abdullah dalam perjalanan dari rumahnya ke Bandar Gua Musang, manakala Che Zamri dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai.
Kereta Proton Wira dipandu Che Zamri dipercayai pecah tayar depan, sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta sewa dipandu Abdullah.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, sebuah kereta lagi yang datang dari arah Gua Musang ke Kuala Krai merempuh belakang kereta Che Zamri menyebabkan kereta mangsa terputus dua.
Abdullah yang mengalami kecederaan parah dan tersepit dalam kereta sewanya meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Che Zamri yang tercampak dalam longkang selepas kereta dipandunya terputus dua meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM).
Anak Abdullah, Haslan, 25, berkata, sebelum itu dia berhasrat untuk bersama ayahnya keluar ke bandar Gua Musang bagi membaiki mesin rumput yang rosak.
Dia berkata, bagaimanapun arwah ayah melarang ikut bersama ke bandar bagi tujuan itu, dan menyuruhnya menjaga ibu yang sakit di rumah selepas dibawa menerima rawatan di Pusat Kesihatan Besar Bandar Chiku.
“Saya tidak sangka larangan ayah agar dia tidak ikut bersama ke bandar Gua Musang merupakan larangan terakhir sebelum kejadian itu dan saya sedih bila teringat kata-kata ayah itu.
“Bagaimanapun, saya terima takdir Tuhan kerana hilang orang tersayang,” katanya.
Haslan berkata, keadaan arwah juga berlainan sebelum bertolak ke bandar Gua Musang hingga tidak mahu lagi naik ke rumah, dan terus memandu kereta sewa bersendirian.
“Saya yang menerima panggilan mengenai kejadian itu terus bergegas ke tempat kejadian dan sedih melihat kenderaan yang dipandu arwah remuk teruk,” katanya

sinarharian.com.my/edisi/kelantan/dua-maut-kemalangan-babit-tiga-kenderaan-1.84225
Tuesday, September 11, 2012
Padah cuba memotong kenderaan
11 September 2012
SABAK BERNAM: “Ngeri saya melihat kepala seorang daripada mangsa pecah dan otaknya terkeluar,” kata S Kumar, 30, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta mengakibatkan lima maut termasuk tiga sekeluarga di Kilometer 70, Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Parit Tujuh, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Kumar yang memandu lori tiga tan bersama kelindannya dikenali sebagai Sivakumar, 25, dalam perjalanan ke Pantai Remis, Perak, selepas menghantar muatan telur ayam di Klang.
Tiga beranak yang terbunuh ialah Yeap Chin Hing, 52; anak lelakinya, Yeap Soon Keong, 19, dan anak perempuan, Yeap Chin Maei, 25. Turut maut dalam kejadian itu ialah dua wanita yang juga rakan Soon Keong iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Ling Lee Min, 26.
Empat daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala Chin Maei meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.
Kumar berkata, sebelum kemalangan dia melihat sebuah kereta Honda City dinaiki lima mangsa dari arah bertentangan cuba memotong sebuah kereta lain.
“Ketika memotong, ia bergesel dengan sebuah Honda CRV dari arah bertentangan sebelum hilang kawalan dan menuju ke arah lori.
“Kejadian terlalu pantas dan saya tak sempat mengelak atau membrek. Kereta itu terus merempuh bahagian depan lori.
Kumar berkata, walaupun impak rempuhan itu kuat, dia dan kelindannya bersyukur tidak cedera.
“Sebaik turun dari lori saya lihat kelima-lima mangsa dalam kereta itu tidak bergerak. Saya tidak berani nak tolong kerana kecederaan mereka yang terlalu parah,” katanya yang kemudian menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Honda City dari arah Sabak Bernam yang dipandu Chin Hing cuba memotong sebuah kereta lain sebelum bergesel dengan sebuah Honda CRV di laluan bertentangan.
“Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum ia merempuh lori berkenaan. Semua mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, di sini, manakala seorang lagi mangsa iaitu Chin Maei yang parah dibawa ke Hospital Tanjung Karang. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.
Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sebelum kenderaan yang melanggarnya memecut meninggalkan tempat kejadian.
“Orang awam termasuk menantu mangsa bergegas mengangkat warga emas itu dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Karak sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan hingga kini pemandu Proton Wira berkenaan masih belum membuat laporan polis,” katanya, di sini, semalam.
Sumber:
hmetro.com.my/articles/2012091101094720120911010947/Article
utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_20/Lima-maut-kereta-rempuh-lori
Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan
Inalillahi wainailaihi rojiun
11 September 2012
BENTONG: Seorang warga emas sempat membantu mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit dalam kenderaan akibat kemalangan sebelum dia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan menuju ke keretanya di Kilometer 74, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, dekat sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam, mangsa Ariffin Hamid, 63, dari Felda Bukit Damar, Lanchang, dekat Temerloh, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Karak akibat kecederaan parah di kepala.
Sebelum kejadian, mangsa bersama menantunya berusia 40-an yang menaiki Perodua Alza dalam perjalanan ke Lanchang dari Kuala Lumpur dikatakan berselisih dengan satu kemalangan kecil membabitkan sebuah Proton Saga yang terbabas melanggar besi pembahagi jalan dan berhenti untuk membantu mangsa.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, selepas membantu mengeluarkan pemandu kereta itu, mangsa melintas menuju ke kenderaannya yang terletak di seberang jalan, tetapi tiba-tiba sebuah Proton Wira putih dari arah Kuala Lumpur terus melanggar mangsa.
Katanya, akibat rempuhan itu, mangsa tercampak sebelum kenderaan yang melanggarnya memecut meninggalkan tempat kejadian.
“Orang awam termasuk menantu mangsa bergegas mengangkat warga emas itu dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Karak sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan hingga kini pemandu Proton Wira berkenaan masih belum membuat laporan polis,” katanya, di sini, semalam.
Al-Fatihah
Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautdilanggarbantulelakikemalangan/Article/index_html

Pegawai Logistik Maut
Inalillahi wainailaihi rojiun
11 September 2012
SHAH ALAM - Pegawai logistik sebuah kilang maut dalam kemalangan di Kilometer 4 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), pagi semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Mohd Shafiq Mohd Shamsi, 26, yang duduk di bahagian penumpang depan maut di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Azmi Mansor berkata, kereta yang dinaiki mangsa bersama seorang rakan, Zainol Abidin Syafiq Abdul Hamid, 21, iaitu jenis Honda Civic dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kereta jenis Proton Saga BLM.
Menurutnya, kereta mangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan lalu memasuki laluan bertentangan.
“Zainol Abidin dan pemandu Proton Saga BLM mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Putrajaya, manakala mayat Mohd Shafiq dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/pegawai-logistik-kilang-maut-kemalangan-1.83805
Maut tersepit
Inalillahi wainailaihi rojiun
11 September 2012
PARIT BUNTAR - Perjalanan seorang pemandu lori yang mahu menghantar makanan haiwan ke Ipoh bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 178 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Hentian Sebelah Alor Pongsu, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, mangsa, Marzuki Md Disa, 30, maut tersepit apabila kenderaan yang dipandunya bertembung dengan bahagian belakang sebuah lori mengangkut batu kerikil.
Lori yang dipandunya remuk teruk sehingga menyebabkan tubuhnya tersepit di tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki.
Mangsa yang berasal dari Bagan Tiang, Tanjung Piandang, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital parit Buntar akibat pendarahan serius.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu lori membawa muatan makanan haiwan datang dari arah Pulau Pinang menuju ke arah Selatan untuk menghantar bekalan stok.
“Setiba di tempat kejadian, dia yang berada di laluan kiri dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu merempuh sebuah lori membawa muatan batu kerikil yang berhenti kerana rosak tetapi tidak sempat masuk ke laluan
kecemasan.
“Mangsa yang cedera parah meninggal dunia dalam perjalanan ke ke Hospital Parit Buntar (HPB).
“Manakala pemandu lori membawa batu kerikil pula tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar menegaskan pihaknya mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
Katanya, semasa mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu, mangsa mengalami pendarahan teruk di bahagian kaki.
“Dua jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/pemandu-lori-maut-tersepit-1.83856
Monday, September 10, 2012
Maut dihempap lori
Inalillahi wainailaihi rojiun
11 September 2012
MERBOK - Seorang lelaki berusia 20-an cedera parah selepas dihempap lori yang membawa muatan batu kerikil dalam kejadian dekat simpang tiga Kampung Bujang berhadapan dengan pintu utama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok semalam.
Kejadian jam 11 pagi itu dikatakan berlaku apabila lori terbabit dipercayai terbabas ketika melalui jalan yang berselekoh selain terkejut dengan kehadiran sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang muncul dari sebuah lorong di hadapan secara mengejut.
Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia ternampak lori berkenaan yang datang dari arah Merbok ke Semeling dalam keadaan terhuyung-hayang ketika melalui selekoh.
“Mungkin disebabkan terkejut dengan kehadiran kenderaan pacuan empat roda dari lorong yang agak tersembunyi, pemandu lori terus mengelak sebelum terbabas.
“Lori itu kemudian terbalik sebelum menghempap seorang pemuda sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan,” katanya.
Katanya, melihatkan keadaan cemas dia cuba menjerit meminta pertolongan namun mujur apabila ramai pengguna jalan raya lain turut membantu mengeluarkan mangsa.
Keadaan motosikal mangsa remuk akibat dihempap lori terbabit.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan kepala dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, polis juga telah merakamkan keterangan kedua-dua pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda dan mereka telah pun dibebaskan dengan jaminan.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/parah-dihempap-lori-batu-1.83852
Bapa dan 2 anak maut bertembung lori
11 September 2012
SABAK BERNAM- Seorang bapa dan dua anaknya antara lima maut apabila kereta dinaiki bersama dua kenalan terbabas sebelum merempuh lori muatan telur dari arah bertentangan di kilometer 69, Jalan Teluk Intan-Klang, petang, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kemalangan ngeri sekitar jam 1.30 petang itu, empat daripada mangsa maut serta merta di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.
Mereka yang maut dikenali sebagai Yap Ching, 52, Yap Soon Keong, 16, Ling Siew Mooi, 26 dan Ling Lee Min, 25, manakala seorang mangsa masih belum dikenal pasti identitinya.
"Bagaimanapun pemandu lori bersama dua kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mushar berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila kenderaan Honda City yang dipandu Yap Ching dari arah Sabak ke Kuala Selangor itu cuba memintas kenderaan di hadapan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.
"Berikutan itu, sebuah lori berkapasiti lima tan yang melalui jalan sama tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta berkenaan menyebabkan ia terperosok.
"Dalam kejadian itu, pemandu dan penumpang bahagian hadapan kereta tersepit dan hanya dapat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat," katanya.
Sementara itu, Mushar menasihatkan, setiap pemandu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan ketika memandu bagi memastikan kejadian sama berulang.
“Aspek keselamatan adalah perkara penting dalan memastikan kadar kemalangan di daerah ini dapat dikurangkan.
"Banyak kejadian kemalangan maut berlaku disebabkan kelalaian dan sikap ambil mudah sesetengah pengguna jalan raya itu sendiri," katanya.
Kejadian berlaku sekelip mata
Sementara itu, pemandu lori, S Kumar, 30, yang masih terkejut dengan kejadian meragut lima nyawa itu berkata, ketika kejadian dia dan dua rakannya dalam perjalanan pulang dari menghantar bekalan telur di Kuala Selangor.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku begitu pantas menyebabkan dia tidak dapat mengelak kereta yang tiba-tiba meluru ke arah lori yang dipandunya.
"Saya cuba mengelak daripada bertembung dengan kereta itu tapi tetapi gagal kerana ia berlaku sekelip mata. Saya turun melihat pemandu dan penumpang namun kesemua mereka sudah tidak bergerak.
"Saya tidak menyangka perlanggaran itu akan menyebabkan kematian. Saya dan rakan bernasib baik kerana selamat dalam kejadian ini," katanya.
Bomba ambil masa 60 minit
Dalam kejadian itu, pasukan Bomba dan Penyelamat Sekinchan menerima maklumat berhubung kemalangan itu sekitar jam 1.40 petang dan mengambil masa 60 minit untuk mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di bahagian depan kereta.
Pegawai Bomba Kanan 1, Arriffin Pawanteh berkata, pihaknya mengalami kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit memandangkan ia terperosok di bawah lori.
"Seramai sembilan anggota dari Balai Bomba Sekinchan terpaksa dikerahkan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
"Dalam operasi itu, kita terpaksa memotong bahagian bumbung kereta bagi memudahkan proses untuk mengeluarkan mangsa tersepit kerana dihimpit enjin dan dashboard kereta yang remuk," katanya.
Bagaimanapun, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia ketika proses menyelamat sedang dilakukan.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lima-maut-nahas-ngeri-1.83841
Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda
Inalillahi wainailaihi rojiun
11 September 2012
KUANTAN - Seorang pembonceng motosikal maut manakala penunggangnya parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km 32 Jalan Kuantan-Maran semalam.
Dalam kejadian 2.3o petang itu, Muhammad Annaas Baharin, 19, mati di tempat kejadian.
Pegawai Penguat kuasa Trafik dan Pentadbiran Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah motosikal lain, mengakibatkan mangsa tercampak di laluan bertentangan.
Kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan pemuda itu mengalami kecederaan parah di kepala, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/pembonceng-maut-dilanggar-kenderaan-pacuan-empat-roda-1.84010

Rumah Dirempuh Remaja
10 September 2012
KUALA PILAH 9 Sept. - Sepasang suami isteri warga emas yang sedang berehat di rumah tergamam apabila rumah mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Bahau-Kuala Pilah petang semalam.
Penghuni rumah itu, Mahani Kahar, 68, berkata, kejadian berlaku pukul 5 petang ketika dia baru mengerjakan solat Asar, manakala suaminya, Alwi Amin, 69, berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Katanya, kenderaan jenis Datsun yang dipercayai dipandu laju oleh seorang remaja bersama rakannya berusia lingkungan 20-an berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh rumahnya.
"Saya berada di dapur terperanjat apabila terdengar dentuman yang kuat di mana ketika itu hujan turun secara renyai.
Sumber:
utusan.com.my/utusan/Selatan/20120910/ws_02/Kereta-terhumban-atas-bilik-air
Padah membuat pusingan U
10 September 2012
KUALA LUMPUR – Padah membuat pusingan U secara tiba-tiba, tiga sekawan cedera parah selepas keretanya Myvi dinaikinya merempuh sebuah Toyota Camry dalam kejadian di Plaza Tol Bukit Kiara, awal pagi kelmarin.
Saksi kejadian berkata, kejadian jam 3 pagi itu berlaku apabila pemandu kereta terbabit tergamam dan memberhentikan keretanya secara mengejut selepas gagal membuat pusingan disebabkan terdapat susunan kon di laluan disangka boleh dilalui.
Tindakan kurang bijak itu membawa musibah selepas pada masa yang sama sebuah Myvi dari arah belakang tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian hadapan Toyota Camry terbabit.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Rodzlan Othman berkata, bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan jam 3 pagi.
Menurutnya, bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Ketika kami tiba ke semua mangsa berusia dalam 20-an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala, pemandunya patah kaki kanan manakala dua lagi rakannya yang duduk di tempat duduk belakang cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala,” katanya.
Anggota paramedik terpaksa memberikan bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Manakala lelaki pemandu Toyota Camry dalam lingkungan 30-an hanya cedera di bahagian kepala dan luka di tangan turut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-buat-pusingan-u-1.83525
Warga Bangladesh Maut Digilis Lori
10 September 2012
SERDANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan mengerikan dengan kepalanya hancur digilis sebuah lori di jalan utama Serdang Raya, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa warga Bangladesh, Md Rana, 30, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersendirian dari arah Seri Kembangan menghala ke Serdang Raya.
Ketika sampai di simpang Jalan SR 6/1, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang membelok ke kanan menuju ke arah Seri Kembangan.
Sumber berkata, mangsa dikatakan cuba mengelak kereta itu dan masuk ke jalan bertentangan dipercayai untuk mengelakkan rempuhan berlaku.
Menurutnya, akibat terbabas, mangsa tercampak ke atas jalan sebelum digilis sebuah lori yang datang dari arah Kuala Lumpur.
Kejadian malang itu menyebabkan tempurung kepala mangsa pecah manakala otaknya berselerak di atas jalan.
Katanya, menurut saksi, lori berkenaan terbabas sedikit ke bahu jalan, namun meneruskan perjalanan dan tidak berhenti melihat kejadian selepas itu.
Pemandu lori juga dikatakan masih belum membuat laporan polis sehingga jam 1 pagi, semalam.
“Motosikal mangsa berlanggar bahagian bucu kiri kereta Proton Saga dinaiki sepasang suami isteri dan dua anak mereka.
“Akibat terbabas, motosikal mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum dia yang tercampak digilis sebuah lori yang dipercayai berwarna kuning,” katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Beliau berkata, pemandu kereta dan tiga penumpang tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 atau 016-9055595.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/penunggang-gagal-elak-kereta-1.83463
Calon SPM SMK Seri Maut Kemalangan
Inalillahi wainailaihi rojiun
10 September 2012
BALIK PULAU - Seorang pelajar tingkatan lima maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan awal pagi semalam.
Mangsa, Nur Syazana Azemi, 17 maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Difahamkan, mangsa dan seorang lagi penunggang lelaki berusia 40 an yang mengikuti dari arah belakang sebuah lori muatan ais cuba memotong lori tersebut di Bukit Belah.
Bagaimanapun, pemandu kereta yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba membuat brek mengejut sehingga menyebabkan keretanya melintang di tengah jalan.
Akibat rempuhan terbabit, lelaki tersebut terperosok di bawah lori manakala mangsa yang menunggang Honda EX5 terpelanting ke bahagian belakang kenderaan itu.
Nur Syazana yang cedera parah di kepala maut di tempat kejadian manakala lelaki terbabit hanya mengalami patah kaki dan tangan.
Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Mutiara selepas bermalam di rumah rakannya di Bayan Lepas kerana mengikuti tuisyen bersama.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Mohd Hatta Mohd Zain berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan iaitu sebuah kereta, lori dan dua buah motosikal.
“Mayat pelajar perempuan itu dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kita akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, rakan karib mangsa, Amira Ayuni Mohd Kaharudin Ihsan, 17 berkata, Nur Syazana merupakan seorang yang amat periang.
“Kami mulai rapat sejak tingkatan tiga dan Jumaat merupakan kali terakhir kami berjumpa selepas selesai menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Semalam (kelmarin) sekolah ada buat jamuan Aidilfitri dan saya diberitahu yang arwah beria-ria mengajak rakan-rakan bergambar bersama. Saya tak sangka kejadian ini akan menimpa rakan baik sendiri dan berasa amat sedih," katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/calon-spm-maut-kemalangan-1.83572
Sunday, September 9, 2012
Maut terjunam ke dalam parit
9 September 2012
KERIAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam parit di Kilometer 122, Jalan Ipoh-Butterworth, Simpang Tiga di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Fauzi Mat Nayan berkata, mangsa, Ang Poon Kee, 33, menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Tanjung Piandang.
“Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu terbabas sehingga tercampak ke dalam parit menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
“Mangsa mati akibat kecederaan parah di kepala manakala rakannya berusia 33 tahun pula mengalami cedera parah di bahagian tangan kiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat manakala rakannya mendapat rawatan di hospital sama.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/motor-terjun-dalam-parit-1.83142
Terburai dilanggar kenderaan 18 tayar
Inalillahi wainailaihi rojiun
9 September 2012
RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.
Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya.
Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.
Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.
“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.
“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.
Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.
Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.
Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-potong-kiri-penunggang-motosikal-maut-digilis-treler-1.83083
Subscribe to:
Posts (Atom)