loading...

Monday, September 1, 2014

Tragedi Hari Merdeka


1 September 2014
KUALA SELANGOR - Hasrat seorang remaja yang mahu menyambut Hari Kemerdekaan bersama keluarganya tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 pagi itu, mangsa, S Thivagaran, 19, yang dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Penggawa, dekat sini meninggal dunia  di KM42.5 Jalan Klang-Teluk Intan di Kampung Assam Jawa.

Menurut sumber, mangsa yang bersendirian memandu kereta jenis Proton Wira dipercayai terbabas masuk ke sebelah bahu jalan menghala ke Kuala Selangor.

“Kereta mangsa terbabas masuk ke dalam longkang sehingga menyebabkan kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira sejam sebelum mayat dibawa ke Hospital Tanjong Karang

“Dalam kejadian itu, remaja lelaki itu cedera parah di beberapa bahagian badan dan kepala manakala kereta mengalami kerosakan teruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Muhd Taib Ahmad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian kemalangan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana penduduk atau pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/tragedi-hari-merdeka-ragut-nyawa-1.312744



Terhumban dalam sungai


1 September 2014: ALOR SETAR - Dua kereta yang bertembung dari arah bertentangan di Kampung Sakan, Jalan Kampung Gerigis dekat sini terhumban ke dalam sungai.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1 petang apabila kenderaan yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak dari bertembung menyebabkannya hilang kawalan berikutan laluan berkenaan sempit.

Bagaimanapun, empat mangsa berumur 30 hingga 50 tahun itu hanya cedera ringan dan berjaya diselamatkan orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Mohd Izham Abd Rahim berkata, 15 anggotanya dengan kerja menyelamat.

"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira setengah jam selepas kejadian dan bergegas ke lokasi.

Semua mangsa diselamatkan orang ramai dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-kereta-bertembung-terhumban-dalam-sungai-1.312853



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my