loading...
Sunday, December 4, 2011
Van Terjum Longkang
PETALING JAYA – Sebuah van syarikat pengangkut barang terjunam ke dalam longkang sedalam lebih 10 meter di Damansara Damai kira-kira jam 3.20 petang tadi.
Menurut sumber, pemandu yang berbangsa Cina berusia 40 tahun itu dikatakan gagal mengawal kenderaan ketika memasuki jalan susur masuk ke kawasan perumahan Prima Damansara dekat sini.
“Van yang dipandu mangsa tiba-tiba melanggar pengadang jalan dan terus terjunam ke dalam longkang besar, ” katanya.
Difahamkan mangsa dalam perjalanan dari Kepong menuju ke Sungai Buloh untuk menghantar barang.
Mangsa yang patah kedua-dua kaki terperangkap di dalam kenderaan sebelum diselamatkan bomba yang tiba 15 minit kemudian.
“Mujur air cetek serta tidak deras, jika tidak kenderaan itu akan tenggelam dan pemandunya mungkin lemas atau dibawa arus,” katanya.
Mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Mengulas lanjut kejadian, Pengerusi Persatuan Penduduk Apartment Idaman Azizan Suradi menyifatkan pengadang jalan yang rosak dan tidak berfungsi dengan baik menjadi punca van tersebut terjunam.
“Ini bukan kejadian pertama di sini, kalau dilihat hampir semua pengadang jalan di tepi Lebuh raya Kepong –Sungai Buloh telah rosak berikutan besi pengikatnya dicuri pihak tidak bertanggungjawab dan aduan kepada Jabatan Kerja Raya sudah dibuat sejak setahun namun keadaan tidak berubah,”katanya.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment