loading...
Wednesday, November 14, 2012
Terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau
Inalillahi wainailaihi rojiun
14 November 2012
PENDANG: Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini, Selasa.
Kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang tadi apabila kereta jenis Proton Saga berwarna putih dipercayai masuk ke Kampung Titi Haji Idris dekat sini, iaitu kira-kira 200 meter dari jalan utama Titi Haji Idris- Pekan Pendang dengan tempat kejadian.
Siti Fatimah Hussin, 34, berkata dia ketika itu yang berada di hadapan rumahnya yang bertentangan dengan tempat kejadian ternampak sebuah kereta dari jalan utama menghala masuk ke kampungnya dan tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah sungai.
Katanya kereta tersebut yang terbabas ke dalam sungai tenggelam dengan cepat akibat arus sungai yang deras. Bagaimanapun tiada kelibat mangsa yang cuba keluar daripada kenderaan tersebut bagi menyelamatkan diri.
"Saya dengar bunyi 'boom' dan terus nampak ada kereta dah jatuh dalam sungai. Kemudian saya beritahu jiran dan tak lama kemudian kereta tu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini Selasa.
Difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk kampung tersebut dan mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd Faizol Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 22 anggota dari Pendang dan Kota Setar termasuk empat penyelam.
Katanya operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 2.30 petang tadi bagaimanapun menghadapi kesukaran ekoran arus sungai yang terlalu deras serta keadaan sungai yang dalam iaitu kira-kira 5 meter.
JPAM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Setar menggunakan dua bot bagi melakukan kerja-kerja menyelamat dan mencari kenderaan mangsa di sekitar kawasan tersebut.
Setakat pukul 5 petang ini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas, gagal. - BERNAMA
Trak penunda menarik kereta mangsa mati lemas, Mohamad Shawal Razali, 24, dari Taman Pauh Indah, Permatang Pauh, Pulau Pinang yang ditemui mati lemas di Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris. Gambar.
Al-Fatihah
Sumber:
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/11/14/mstar_jenayah/20121113193725&sec=mstar_jenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment