loading...

Monday, November 12, 2012

Tak sempat menghadiri kenduri perkahwinan

Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2012
SENAI - Seorang lelaki maut manakala penumpang keretanya cedera parah selepas Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Tangkak Muar di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Annal Hassan, 34, bersama Nurul Asri, 30, dalam perjalanan dari Tangkak ke Muar untuk menghadiri kenduri perkahwinan kenalan mereka.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, Annal dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori satu tan dari arah bertentangan.

Kemalangan itu menyebabkan kereta kancil berkenaan remuk teruk manakala Annal tercampak kira-kira 50 meter di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nurul dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan beberapa anggota badan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd. Salleh Abd Razak berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Tangkak manakala penumpang kereta dan kelindan lori yang cedera itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),
Muar untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987,”  katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/tak-sempat-hadiri-majlis-perkahwinan-1.103197


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my