loading...

Tuesday, November 13, 2012

Mak dan ayah ada balik tak Deepavali ini



13 November 2012
 TAMPIN – “Mak dan ayah ada balik tak Deepavali ini?  Itulah persoalan yang sering ditanya D. Pavin, 6, yang kehilangan ibu bapa dan adiknya selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di kilometer 4 Jalan Tampin-Gemas, di sini, 6 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, tiga beranak berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Taman Repah Baru, di sini, selepas membeli bunga untuk upacara sembahyang.

Mangsa yang maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan dan kepala ialah ibunya, A. Mere Minna, 37,  adiknya, D. Kugen, 2. Manakala, bapanya, H. Duraiswami, 34, disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban kira-kira jam 9 malam.

Ibu saudara mangsa, H. Mageswary, 36, berkata, persoalan itu kerap ditanya anak saudaranya itu dan bagi mengurangkan kesedihan D. Thineswaran, 7, Pavin, D. Pavithiran, 1, mereka sepakat menghantar tiga beradik ini ke rumah saudara sebelah ibu mereka di Sabak Bernam,

Selangor dua minggu lalu sehingga selesai perayaan Deepavali.

“Memang sedih dan risau dengan keadaan mereka kerana mereka masih kecil lagi dan terpaksa melalui dugaan hidup yang besar seperti ini. 

"Anak pertama adik saya, Thineswaran,  juga pernah menangis-nangis tidak mahu ke sekolah kerana kebiasaannya bapanya menghantarnya ke sekolah sebelum ini,” katanya.

Mageswary berkata, dia sememangnya berharap nasib dan masa depan ketiga-tiga anak saudaranya itu terjamin lebih-lebih lagi pada masa kini kecemerlangan akademik itu merupakan penentu kepada masa depan yang lebih terjamin.

“Oleh itu, saya memang sangat mengalu-alukan dan berterima kasih sekiranya terdapat pihak yang sudah untuk membantu ketiga-tiga anak saudara saya ini termasuk yang bongsu Pavithiran, katanya ketika ditemui sempena Program Jelajah Konvoi Pemuda Umno Tampin sempena Perayaan Deepavali di Parlimen Tampin di Taman Repah Baru,  kelmarin.

Sempena program berkenaan, sebanyak 40 penerima  dipilih terdiri daripada golongan memerlukan dan tidak bernasib baik bagi menerima sumbangan Deepavali yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Tampin, Mohd Isam Mohd Isa.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/mak-ayah-ada-balik-tak-deepavali-ini-1.103494

kanak-kanak guna tali pinggang keledar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my