loading...

Friday, November 16, 2012

Pembantu perubatan HTJ maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah van yang terbabas dari arah bertentangan di Kilometer 14 Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari itu, mangsa Yusahizam Mohd. Yusof, 40, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Tuanku Ja”afar (HTJ) di sini sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Seremban sebelum terlibat dalam nahas berkenaan.

"Sebaik sahaja mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 tiba di lokasi kejadian, sebuah van jenis Toyota Hiace yang dipandu seorang lelaki dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa.

"Akibat daripada rempuhan itu, motosikal mangsa terperosok di bawah van berkenaan mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu van berkenaan yang turut cedera di dada dikejarkan ke HTJ untuk rawatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi berkata, punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke HTJ untuk bedah siasat. – BERNAMA

Al-Fatihah

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1116&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my