loading...

Monday, November 12, 2012

Ahli Konvoi Kembara 1Malaysia maut



Inalillahi wainailaihi rojiun

12 November 2012
SEREMBAN –  Hasrat seorang anggota polis dari Singapura yang ingin berjumpa rakan-rakannya yang menyertai Konvoi Kembara 1Malaysia di Putrajaya tidak kesampaian selepas terbunuh  dalam kemalangan di Kilometer 277 Seremban-Kuala Lumpur malam kelmarin.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa Syed Faizal Syed Abdullah, 37, bersama tiga rakannya masing-masing menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura menuju ke Putrajaya.

Jurucakap polis berkata, sebaik sampai di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah belakang.

“Rempuhan itu mengakibatkan motosikal mangsa terbabas sehingga menyebabkannya tercampak di tengah penghadang lebuh raya.

“Mangsa yang menunggang Suzuki V Strom dalam perjalanan dari Singapura ke arah Putrajaya namun motosikalnya hilang kawalan selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain dari arah belakang,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal dari rakan mangsa yang turut menyertai konvoi itu, mereka bertolak dari Singapura petang semalam (kelmarin) dan sempat berhenti rehat di Pagoh dan Ayer Keroh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya.

Sementara itu Ketua Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kemalangan-hasrat-jumpa-rakan-tak-sampai-1.103048


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my