loading...
Friday, November 16, 2012
Kemalangan Ambulan ATM
17 November 2012
TANAH MERAH – Tidak sampai 24 jam, dua kemalangan ngeri berlaku di Jalan Kota Bharu- Machang- Jeli kelmarin yang mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang warganegara China.
Dalam kejadian pertama di Kilometer 68, dekat Batu Gajah, mangsa Ning Shaoping ,53, dari Wilayah Hunan China bersama rakannya Lee Min Song, 54, dari Pahang maut
selepas kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki terbalik dan berpusing selepas bergesel dengan kereta Proton Saga yang ingin memasuki simpang.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, dalam kejadian 2 petang itu, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke tempat kerja di lombong bijih besi, Lubok Stol, Rantau Panjang selepas membeli alat ganti mesin di bandar Tanah Merah.
“Hilux yang berada di belakang kereta tersebut cuba memotong menyebabkan berlakunya pergeseran menyebabkan kenderaan tersebut gagal dikawal lalu terbalik dan berpusing beberapa kali.
“Kedua-dua mereka tercampak keluar dari kenderaan dan maut di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk dibedah siasat. Sehingga petang semalam (kelmarin) punca kematian belum diketahui,” katanya.
Sementara itu, kes kedua berlaku pada awal pagi, kira-kira jam 1.50 pagi di Kilometer 60 membabitkan sebuah Ambulan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkalan di Kem Batalion Pertama Rejimen Sempadan Batu 11, dekat sini dan sebuah van barangan bermuatan makanan laut.
Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan tersebut bertembung di kawasan selekoh menyebabkan ambulan tersebut terbalik manakala van barangan tersebut remuk di bahagian depan.
Mangsa, pemandu van muatan makanan laut, Alias Shukri Nawang, 51, dipercayai dari arah Besut, Terengganu menuju ke Pulau Pinang meninggal dunia di HTM dipercayai mengalami kecederaan dalaman.
Katanya, jenazah mangsa yang berasal dari Bachok itu kemudian dituntut oleh ahli keluarga untuk pengebumian sejurus selesai bedah siasat dijalankan.
“Sementara itu, dua paramedik dan seorang pesakit yang merupakan penumpang belakang Ambulan ATM yang sedang menuju ke HTM cedera parah kini mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) dan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ 11).
“Pemandu dan penumpang hadapan hanya cedera ringan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/tiga-korban-dalam-dua-nahas-1.104306
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment