loading...

Friday, November 16, 2012

Calon SPM maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

17 November 2012
SUNGAI PETANI: Seorang pelajar lelaki yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 1.15 pagi, mangsa, Muhammad Hambali Abd Wahab, 17, dari Kampung Bukit Kecil, Simpor, dekat sini, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa dipercayai berlumba dengan sebuah motosikal lain sebelum kedua-duanya terbabit kemalangan sesama sendiri.

Sumber polis trafik ketika dihubungi berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang Hambali dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal lain ketika masing-masing memecut di Jalan Lencongan Barat berhampiran Taman Nilam, di sini, pada jam 1.15 pagi.


Keadaan itu, katanya, menyebabkan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Sungai Pasir menghala ke Taman Nilam tercampak sebelum Hambali cedera parah dan disahkan meninggal.


Sementara itu, remaja yang berasal dari Taman Sungai Wang, di sini, yang menunggang sebuah lagi motosikal dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk rawatan lanjut.

“Mayat Hambali kemudian dihantar ke Jabatan Forensik HSAH untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya manakala remaja yang cedera itu kini dirawat dan keadaannya dilapor stabil.


“Berdasarkan maklumat awal, polis percaya kedua-dua mangsa sedang merempit sebelum terbabit kemalangan. Bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/CalonSPMmautberlumba_pesaingparah/Article/index_html



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my