loading...
Wednesday, November 14, 2012
Pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar Maut Kemalangan
Inalillahi wainailaihi rojiun
14 November 2012
KOTA BHARU - Seorang sukarelawan Muktamar Tahunan Pas ke-58 maut di tempat kejadian apabila mangsa melambung selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh Proton Waja di Panchor, Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, motosikal ditunggangi Muhammad Hakim Mat Jid, 15, dari Kemumin dipercayai dipandu laju dan gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu Wan Hassan Wan Ismail, 50.
Mangsa yang juga merupakan pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar, Pulau Melaka maut di tempat kejadian dipercayai cedera teruk di bahagian kepala.
Rakannya, Zafri Ahmad, 15, berkata, sebelum kejadian mangsa menaiki motosikal secara berkumpulan dengannya dalam perjalanan pulang ke asrama selepas selesai membuat persiapan muktamar di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Menurutnya, dia menyedari kejadian menimpa Hakim setelah berpatah balik ke Jalan Kemumin untuk mencarinya apabila mendapati mangsa tidak berada dalam kumpulan sama selepas kira-kira beberapa minit menunggu di jambatan Pak Nik Lah.
“Setelah lama menunggu saya mengambil keputusan untuk mencarinya dan saya terkejut apabila sampai di tempat kejadian saya melihat tubuh Hakim terbaring kaku, “katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Zafri berkata, kali terakhir berjumpa Hakim ketika sama-sama bertugas di Putik dan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan akan meninggalkan mereka semua.
Dalam pada itu, Wan Hassan yang dalam perjalanan dari Pengkalan Datu ke Padang Tembak berkata, ketika tiba di tempat kejadian, dia melihat mangsa seolah-olah ingin membelok sebelum merempuh kereta dipandunya.
Menurutnya, sebaik keluar dari keretanya dia mendapati mangsa yang tercampak kira- kira tiga meter di sebelah kiri dari kenderaannya sudah tidak bernyawa.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, kejadian berlaku di Jalan Panchor berhampiran Jambatan Pok Nik Lah,
Kampung Petani, Sering melibatkan motosikal jenis Wave dan Proton Waja.
Katanya, mangsa dipercayai cuba memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/penunggang-remaja-maut-1.103635
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment