loading...

Friday, November 16, 2012

Dirempuh Ketika Bayar Tol

Proton Waja dirempuh Proton Pesona ketika membayar tol

17 November 2012
SEREMBAN – “Kejadian itu berlaku terlalu pantas kerana tiba-tiba saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta saya meluncur laju ke hadapan,” demikian kata A Mohindaran, 52, yang nyaris maut selepas kereta Proton Waja dipandunya dirempuh dekat Tol Setul menghala ke Seremban, di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang itu, Mohindaran yang memandu bersendirian berhadapan detik mencemaskan apabila keretanya dirempuh  dari arah belakang oleh sebuah kereta Proton Persona dipercayai dinaiki oleh enam sekeluarga.

Menceritakan detik itu, Mohindaran berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kuala Pilah dari Kuala Lumpur.

“Sebaik sahaja sampai di tol, saya menyerahkan kad kepada jurutol. Tapi belum sempat keluarkan duit, saya rasa kereta saya seperti ‘dihempap’ dari arah belakang.

“Ia menyebabkan kereta saya meluncur laju ke hadapan lalu melanggar palang sebelum terbabas ke tepi bahagian tol,” katanya.

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan belakang keretanya rosak teruk, namun dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Waja terbabit dirempuh Proton Persona dari arah belakang yang tiba-tiba hilang kawalan.

Proton Persona terbabit dinaiki enam orang, termasuk dua kanak-kanak berusia enam dan tujuh tahun,” katanya.

Yusof berkata, rempuhan itu mengakibatkan seorang penumpang dewasa Proton Persona patah tangan kiri manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, kesemua mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian difahamkan mereka sekeluarga dalam perjalanan ke rumah bapa saudara di Bahau, Jempol.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tidak-sempat-bayar-tol-1.104323
hmetro.com.my/articles/Sondolnakbayartol/Article



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my