loading...
Wednesday, November 14, 2012
Maut dihempap kepala lori balak
14 November 2012
JERANTUT - Seorang penumpang wanita berbangsa Cina maut dihempap kepala lori balak yang dipandu teman lelakinya ketika dalam perjalanan ke Ipoh, Perak, di sini, kelmarin.
Mangsa, Au Way Ling, 25, mati di tempat kejadian manakala teman lelakinya, Yung Cheng Foo, 43, cedera di kaki apabila lori yang dipandu dikatakan terbabas, lalu terjatuh dalam gaung di kilometer 27, jalan Kuala Tahan menuju Jerantut.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 4.45 petang.
“Ketika cubaan mendaki bukit, pemandu yang membawa muatan kayu balak itu difahamkan gagal mengawal kenderaannya lalu menggelongsor dan terjunam dalam gaung,” katanya.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan dua kren, lima jentera bomba dan anggota keselamatan lain dijalankan bermula jam 5 petang hingga 12.30 pagi.
“Ia memakan masa lama kerana mangsa yang masih hidup perlu dikeluarkan dengan berhati-hati kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya.
Azid berkata, pemandu yang tersepit berjaya dikeluarkan dan memaklumkan kepada anggota keselamatan bahawa masih ada lagi seorang mangsa terlibat dalam kemalangan terbabit.
“Operasi menyelamat diteruskan dan tidak lama kemudian, mayat penumpang ditemui dan didapati tersepit bawah kepala lori,” katanya kepada Sinar Harian.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/maut-dihempap-kepala-lori-1.103649
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment