loading...
Tuesday, November 13, 2012
Maut terpelanting di pengadang lebuh raya
Inalillahi wainailaihi rojiun
13 November 2012
REMBAU - “Dari jauh saya nampak orang ramai berkumpul dan sudah menyangka berlakunya kemalangan. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik sahaja ternampak motosikal adik saya di tepi jalan dan mayatnya di tengah-tengah pengadang jalan di lebuh raya,” kata kakak mangsa kemalangan maut, Fazlera Mohd Fauzi, 28, ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, mangsa, Mohd Fakiran Mohd Fauzi, 23, dipercayai terbabas sendiri ke kanan jalan lalu melanggar besi pengadang jalan dan terpelanting di tengah-tengah pengadang di kilometer 240, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di sini, semalam.
Fazlera berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi adiknya, Farini Mohd Fauzi, 25, sedang dalam perjalanan ke Melaka dan memandu di lorong tengah di lebuh raya sebelum memperlahankan kenderaan di kawasan kemalangan.
“Memang saya sendiri berat hati untuk melepaskan adik pergi bekerja hari pertama bersama bosnya sebagai pemandu, lebih-lebih lagi semasa adik mahu meninggalkan rumah di Ampangan, Seremban, motosikal adik sukar untuk dihidupkan.
“Saya kata padanya tak perlu lah pergi, tetapi dia menolak dan menyatakan dia harus pergi bekerja kerana telah dipanggil oleh bosnya di Tengkera Melaka untuk bekerja pada hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Farini berkata, adiknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sebagai petanda akan pergi meninggalkan mereka adik-beradik.
Menurutnya, mereka tinggal serumah setelah setahun berhijrah dari Kelantan ke Negeri Sembilan.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh pengadang jalan dan terpelanting ke tengah pengadang jalan.
Mayat mangsa di hantar ke HT untuk bedah siasat.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/berat-hati-kakak-beri-petanda-1.103428
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment