loading...

Monday, September 19, 2011

Pengsan Lihat Anak Dirempuh Lori



Inalillahi wainailaihi rojiun

KOTA BHARU- Seorang ibu hampir pengsan apabila melihat mayat anaknya terbujur kaku di jalan raya selepas dirempuh oleh lori pasir dalam kejadian di Dewan Beta, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang kanak-kanak, Noramira Abdul Wahab, 2, maut selepas dipercayai dilanggar lori berkenaan ketika melintas jalan secara tiba-tiba.

Mangsa cedera parah di kepala meninggal dunia serta merta selepas dilanggar sebuah lori yang dipercayai dalam keadaan laju dari arah Dewan Beta ke Pendek, di sini.

Kakak mangsa, Shamimi, 20, berkata, sebelum kejadian dia bersama dua rakannya berada di seberang jalan berhampiran rumahnya, di kampung berkenaan.

”Secara tiba-tiba adik bongsu saya meluru melintas jalan ke arah saya yang jaraknya kira-kira 10 meter.

”Tiba-tiba saya terdengar dentuman dan terkejut apabila melihat adik saya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kampung berkenaan, semalam.

Shamimi berkata, pada masa sama emaknya, Noriah Hamzah, 39, yang berada di depan rumah juga terkejut kerana tidak menyangka adik bergegas berlari melintas jalan ke arahnya secara tiba-tiba.

Katanya, selepas kejadian keluarga menghubungi ayah, Abdul Wahab Abdullah, 56, yang ketika itu bekerja di Lundang Paku, di sini.

”Dalam masa sama saya dan emak pengsan kerana terkejut dengan kejadian menimpa adik bongsu yang kami sayangi,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perubahan adik bongsunya, Shamimi berkata, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan cuma terlalu gembira dengan kakak dan abangnya.

Katanya, jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung berkenaan pada sebelah malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan terbabit.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk bedah siasatan sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

”Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

1 comment:

  1. mati berlanggar ni amat sedih, kite tak jangka mende tu leh berlaku. Takziah untuk keluarga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my