loading...

Monday, September 19, 2011

Patah Paha Kanan





GONG NANGKA – Seorang pemandu patah paha kanan manakala dua lagi penumpang cedera di beberapa bahagian badan apabila dua kenderaan membabitkan kereta Proton Arena dan Satria Neo terbabit dalam kemalangan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.25 pagi itu, pemandu Proton Arena, Nor Hisyam Mohd, 32, beralamat dari Kampung Seberang Marang, patah paha kanan manakala dua penumpang Satria Neo, Mohd Zamzuri Ramli, 34, dan Mohd Sakhruldin Mohd Shukri, 26, cedera ringan.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu selepas mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Marang.

Seorang lagi pemandu kereta Satria Neo, Samsul Arif Sameli, 26, tidak me-ngalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di klinik berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian pemandu Satria Neo terbabit cuba mengelak sesuatu sebelum kereta dipandu terbabas lalu berpusing ke kanan jalan sebelum pemandu Proton Arena yang datang dari arah bertentangan melanggar sisi kereta Satria Neo.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila pemandu Satria Neo yang dalam perjalanan dari arah Wakaf Tapai ke Marang terbabas ke kanan jalan.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit cedera ringan manakala pemandu Proton Arena mengalami kecederaan di kaki kanan selepas merempuh kenderaan itu, dua lagi penumpang Satria Neo juga mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang, PBK 2, Alwaluwi Musa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 9.44 pagi dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my