loading...

Tuesday, September 20, 2011

Datuk Awang Jabar Meninggal Dalam Kemalangan


Inalillahi wainailaihi rojiun

KUALA TERENGGANU: Bekas setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang hari ini.


Dalam kejadian pada pukul 7.10 pagi itu, kereta yang dipandu pemandu bekas setiausaha Parlimen itu bertembung dengan sebuah kereta lain yang dikatakan terbabas ketika mengambil selekoh di jalan berkenaan.

Bekas timbalan menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata ketika kejadian Allahyarham dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu pagi ini.

"Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ekoran kecederaan teruk di bahagian tengkuk manakala pemandunya hanya cedera ringan," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim yang ditemui di tempat kejadian berkata kemalangan yang melibatkan Mercedes yang dinaiki Allahyarham serta Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu, turut mengorbankan seorang wanita rakyat negara itu, manakala lima yang lain cedera.

"Seorang daripada penumpang kereta itu dikenali sebagai Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban, 25, maut manakala yang lain cedera dan dirawat di HSNZ," katanya.

Beliau berkata Perodua Alza yang dinaiki enam rakyat Yaman itu dalam perjalanan dari Dungun menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal dikawal menyebabkannya terbabas ketika melalui selekoh lalu bertembung dengan kereta mangsa.

Allahyarham Awang merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Allahyarham ialah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Biro Pemantau Umno Terengganu.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Tekukur dan disembahyangkan di Masjid Al Muktafibillah Shah di sini sebelum dikebumikan selepas solat Zohor di tanah perkuburan Islam Sheikh Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri dijangka menziarah jenazah Allahyarham di kediamannya. -BERNAMA






FORMER DUNGUN MP KILLED IN ROAD ACCIDENT

Former Dungun MP Datuk Awang Jabbar was killed in a head-on collision between his car and another vehicle this morning.

Datuk Awang, who was a special advisor to the Terengganu Mentri Besar on Islamic matters, was in the front seat passenger of his car when the mishap occured.

In the 7 am incident, the car driven by Datuk Awang's driver collided with another car from the opposite direction which skidded when negotiating a bend near Kampung Alor Tumang, Marang.

The 66 year old Umno veteran died at the scene from severe injuries while his driver escaped with minor injuries.

A Yemeni woman, one of six passengers of the Perodua Alza travelling in the other direction was also killed in the road accident.

The deceased was identified as 25 year old Nesma Nabil Abdul Karim Al-Saiban.

The other five passengers were injured and are being treated at the Sultanah Nur Zahirah Hospital.

Datuk Awang's remains was brought back to his house in Jalan Tekukur.

He was laid to rest at the Sheikh Ibrahim muslim cemetery this evening.

Datuk Awang was the Dungun MP from 1978 to 1990, and a parliamentary secretary for the Youth and Sports Ministry in 1984.


Sumber: myMetro
             ntv7
             tv3
             mstar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my