loading...

Monday, October 29, 2012

Pemandu ambulans Hospital Pasir Mas maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

29 Oktober 2012
KOTA BHARU - Seorang pemandu ambulans Hospital Pasir Mas terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dikatakan merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan, di Jalan Kota Baharu-Pasir Mas Salor di sini hari ini.
  
Kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Alias Awang, 50, dalam perjalanan untuk mengambil ubat di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
  
Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata Alias mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke HUSM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.
  
Polis telah menahan pemandu lori itu yang berusia 37 tahun untuk membantu siasatan.
  
Isteri mangsa, Azizah Mat Ali, 53, ketika ditemui di tempat kejadian berkata arwah suaminya yang disyaki menghidap penyakit jantung tidak menunjukkan sebarang petanda luar biasa sebelum kejadian itu.
  
"Saya bergegas ke sini setelah dimaklumkan oleh keluarga terdekat tidak lama selepas kemalangan itu," katanya.  - Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/pemandu-ambulans-maut-terlanggar-lori-tepi-jalan-1.98698
http://images.bernama.com/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my