loading...

Sunday, October 28, 2012

Pasangan kembar maut



28 Oktober 2012 
JASIN - Sepasang adik beradik kembar terbabit kemalangan mengakibatkan seorang daripada mereka maut di Kilometer 179.1 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 petang itu, M Vijaiyadarshini, 28, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian selepas kereta jenis Perodua Kelisa dinaikinya terbabas dan melanggar pokok di kiri jalan.

Pasangan kembarnya pula cedera parah dan dihantar ke Hospital Tangkak, Johor untuk rawatan.

Sementara seorang lagi penumpang iaitu kakak pasangan berkenaan berusia 42 tahun hanya luka ringan dan dihantar ke hospital sama untuk pemeriksaan.

Mangsa yang terkorban merupakan kakitangan sebuah syarikat penyiaran dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung di Segamat, Johor.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, kereta dipandu Vijaiyadarshini dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Kereta berkenaan kemudian merempuh pokok yang berada di bahu jalan menyebabkan kenderaan mereka remuk di bahagian kiri.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, sementara dua lagi mangsa menerima rawatan di Hospital Tangkak,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/kembar-maut-nahas-1.98353



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my