loading...

Monday, October 29, 2012

Kemalangan Maut di Jambatan Pulau Pinang



Inalillahi wainailaihi rojiun

29 Oktober 2012
BUTTERWORTH - Seorang pemandu kereta bersama dua penumpangnya maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.6 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, di sini pada 3.15 pagi semalam.


Jurucakap polis berkata, ketika kejadian kereta jenis Proton Perdana itu dinaiki empat orang termasuk dua wanita warga Indonesia.

Katanya pemandu kereta berkenaan Sadisafizan Said, 36, beralamat di Selayang Baru, Selangor dan penumpang hadapan Muslim Idwar, 38, beralamat di Batu 6, Gombak, Kuala Lumpur meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


“Seorang lagi penumpang kereta berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mai Linda, 18, iaitu wanita warga Indonesia meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 10.15 pagi semalam.

“Manakala seorang lagi wanita, warga Indonesia yang dipercayai rakan kepada Mai Linda dan berusia lingkungan 20-an masih dirawat di ICU. Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dipandu laju dan ketika kejadian mereka dari arah Georgetown, dekat sini menghala ke Perai.

“Ketika sampai di tempat kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tembok bahu jambatan dan akibat rempuhan itu ke semua penumpang tersepit,” katanya.

Katanya mayat mangsa dibawa ke HSJ untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Ismail Yahya berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan pemandu dan penumpang hadapan.

“Ketika pihak bomba sampai, dua wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang telah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai,” katanya. - Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121029/dn_23/3-maut--di-JambatanPulau-Pinang
thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/29/nation/12239841&sec=nation
sinarharian.com.my/edisi/utara/aidiladha-terakhir-tiga-rakan-maut-1.98612




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my