loading...
Sunday, December 16, 2012
Rempuh anjing
16 Disember 2012
BUTTERWORTH, Pulau Pinang - Malang tidak berbau bagi seorang suri rumah yang menunggang laju motosikal untuk segera sampai ke destinasi dituju mengundang padah apabila terlanggar seekor anjing di Jalan Bagan Luar di sini, malam semalam.
Akibatnya, dia mengalami patah bahu kanan selain turut cedera di beberapa bahagian badan, selain perlu mengeluarkan kos membaiki motosikal yang rosak dalam kejadian itu.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Timah, 40-an, dari Rumah Pangsa Tambi Kecil di sini dalam perjalanan untuk menjemput anaknya di perhentian teksi di Jalan Pantai dekat sini.
Dia bagaimanapun mengakui menunggang motosikal miliknya dengan laju kerana ingin segera sampai ke perhentian teksi itu berikutan anak lelakinya sudah lama menunggu di situ.
“Sebaik melalui laluan ini tiba-tiba seekor anjing hitam melintas jalan membuatkan saya tergamam dan tidak sempat memperlahankan kelajuan motosikal sebelum melanggarnya.
“Pelanggaran itu membuatkan motosikal gagal dikawal sebelum terbalik manakala saya menggelongsor beberapa meter atas jalan dan mengalami kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun dia bernasib baik apabila dibantu sekumpulan pelanggan yang sedang menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan.
Dia diberikan rawatan awal sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran kemudiannya.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/utara/cedera-rempuh-anjing-hitam-1.113007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment