loading...

Monday, December 17, 2012

Padah Langgar Lampu Merah


17 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Kegagalan seorang pemandu lori 10 tan memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat merah membawa padah  apabila bertembung dengan sebuah lagi lori yang baru keluar dari simpang.

Kejadian yang berlaku di simpang empat di Jalan Pahang menghala ke Jalan Gombak sekitar semalam menyebabkan pemandu mengalami kecederaan kecil.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kaki dan badan pemandu lori itu tersepit beberapa minit sebelum dibantu serta dikeluarkan orang awam.

Dia juga memaklumkan, lori yang dari arah Kuala Lumpur itu gagal mengawal kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.

Sementara sebuah lagi lori yang baru keluar dari simpang gagal mengelak menyebabkannya berlanggar.

Tiada kehilangan nyawa dilaporkan namun menyebabkan jalan yang sentiasa padat dengan kenderaan itu mengalami kesesakan lalu lintas seketika.

Keadaan lori yang membawa muatan pasir itu juga mengalami kerosakan 30 peratus apabila cermin hadapannya pecah dan sisi di bahagian pemandu remuk.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pemandu-lori-nyaris-maut-1.113227


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my