loading...

Monday, December 17, 2012

2 Maut dirempuh Proton Waja


17 Disember 2012
RAWANG - Dua pekerja sebuah syarikat sisa pepejal maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kilometer 453.2 Lebuh Raya Utara Selatan, petang semalam.

Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, dua pekerja warga India terbabit sedang melakukan kerja pembersihan di lorong kecemasan setelah berlaku keciciran sampah dari sebuah lori.

"Namun, sebuah Proton Waja dipandu seorang doktor hilang kawalan lalu merempuh dua mangsa di belakang lori.

"Rempuhan kuat menyebabkan kereta terbabit terperosok di belakang lori dan pemandunya turut mengalami kecederaan," katanya.

Siasatan awal polis mendapati kon keselamatan diletakkan sebagai tanda kawasan mangsa bekerja namun kemalangan berlaku dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengantuk.

Sementara itu, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit pada kereta tersebut akibat rempuhan berkenaan.

Identiti dua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti, manakala tiga lagi pekerja pembersihan yang turut berada di lokasi kejadian terselamat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Waja yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/dua-maut-dirempuh-proton-waja-1.113234


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my