loading...

Sunday, August 5, 2012

Tak Sempat Berbuka Bersama Keluarga



Inalillahi wainailaihi rojiun

5 Ogos 2012
PONTIAN - Hasrat seorang anak dan ibu untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga lain tidak kesampaian selepas kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Ayer Baloi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam di Kilometer 45.5 Jalan Johor Bahru - Batu Pahat berhampiran Pusat Giat Mara Pekan Nanas, mangsa Mohd Nor Azam Ahmad, 30, rentung dalam van yang dipandunya sementara ibunya Rokiah Ibrahim,69 sempat diselamatkan orang awam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata, selain van yang dipandu mangsa, turut terlibat dalam kemalangan tersebut ialah sebuah lori 3 tan dari arah Johor Bahru - Pontian dan sebuah treler dari arah Pontian ke Johor Bahru.

“Mangsa gagal keluar kerana tersepit dan rentung di tempat duduknya, manakala ibunya di selamatkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian tersebut dan enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, abang mangsa yang ditemui di rumah mayat Hospital Pontian (HP), Aminurashid Ahmad, 47, berkata, dia menerima berita mengenai kejadian tersebut ketika sedang berehat di Hentian Ayer Keroh untuk perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur.

“Saya difahamkan kedua-dua mereka baru sahaja menghantar bekalan kuih raya di Plaza Angsana Johor Bahru, dan tidak menyangka kejadian yang menyayat hati ini menimpa adik saya yang baru sahaja menimang cahaya mata awal Ramadan lalu,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/johor/dua-beranak-terlibat-dalam-kemalangan-babitkan-tiga-kenderaan-1.73676

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my