Inalillahi wainailaihi rojiun
PERMAISURI: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan empat menunggang motosikal beriringan bersama tiga rakannya berakhir tragedi menyedihkan.
Abdul Rahman Ali, 16, maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Permaisuri, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 6 petang ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 bersama tiga rakannya gagal mengawal motosikal lalu bertembung dengan sebuah kereta. Proton Iswara dari arah bertentangan, menyebabkannya terpelanting.
Bagaimanapun, ketiga-tiga rakannya yang melihat mangsa terbaring di tepi jalan terus memecut meninggalkannya keseorangan dalam keadaan parah sebelum orang ramai datang memberi bantuan dan menghubungi ambulans.
Mangsa yang cedera parah di muka dan kaki dihantar ke Hospital Setiu sebelum disahkan meninggal dunia.
Pemandu kereta terbabit tidak cedera meskipun bahagian depan kenderaannya mengalami kerosakan akibat pertembungan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Ab Ani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan.
Al-Fatihah..
Sumber: myMetro
No comments:
Post a Comment