loading...

Sunday, December 18, 2011

Bekas buruh terlantar perlu perhatian



KOTA BHARU - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, begitulah gambaran tepat bagi menceritakan penderitaan dialami seorang bapa di sini selepas terlibat dalam kemalangan Oktober lalu.

Ahmad Suhaimy Mat El, 43, kini hanya mampu terlantar dan melihat sahaja isteri, Hasbi Dollah, menguruskan dirinya yang terpaksa bergantung kepada bantuan orang lain.

Hasbi, 35, berkata, keceriaan hidup suaminya bagaikan direntap selepas dia koma hampir sebulan akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Gajah, Sabak hampir dua bulan lalu.

“Kemalangan tersebut menyebabkan suami hilang keupayaan dan lumpuh seluruh badan, hanya tangan kanan mampu digerakkan, tetapi tidak berdaya untuk memegang sesuatu seolah-olah urat saraf dan sendinya tidak lagi berfungsi.

“Sejak kejadian itu dia hanya terlantar sehingga berkudis di bahagian belakang mungkin disebabkan pengudaraan yang tidak sempurna,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Machang Limbat, Kubang Kerian di sini.

Hasbi berkata, sejak suaminya kemalangan terlanggar lembu di Jalan Sabak, mereka sekeluarga bagaikan hilang punca pendapatan.

Sumbangan boleh dialurkan ke akaun Bank Islam Hasbi Dollah@Ismail, 03- 111- 02-002317-2 atau menghubunginya 019- 9627191.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my