loading...

Sunday, August 21, 2011

Kanak-Kanak Tahun 1 Maut Dilanggar Lori


Al-Fatihah

BESUT – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut dilanggar sebuah lori ketika berada di bahu jalan bersama ibu dan adiknya sebaik turun daripada van di Simpang Tiga Felda Tenang, Hulu Besut pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria (gambar) berkata, mangsa Nik Nur Madhiah Sakeri murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Raja, Pasir Putih, Kelantan yang cedera teruk pada semua anggota badan meninggal dunia di Hospital Besut kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu, ketika mangsa bersama ibunya Raja Juriah Raja Samaun, 40 serta adiknya Nik Mohd Amar Zulkarnain, 2, baru sahaja keluar dari sebuah van yang diletakkan di bahu sebelah kiri jalan dari arah Jertih ke Keruak.

“Secara tiba-tiba sebuah lori kecil yang dpandu seorang lelaki dari arah sama hilang kawalan dan terus melanggar van tersebut menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak,” katanya.

Kamaruddin berkata, pemandu lori itu gagal mengawal lorinya dipercayai kerana dia mengantuk.

Bagaimanapun pemandu yang beralamat di Kampung Padang Bual, Hulu Besut itu tidak mengalami kecederaan.

Kata Kamaruddin, mangsa dihantar ke Hospital Besut dan disahkan meninggal dunia empat jam kemudian kerana mengalami kecederaan parah hampir keseluruhan badan.

Sementara ibu dan adiknya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 Sumber: SH


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my