loading...

Monday, September 26, 2011

Putus Jari Tangan Kanan

 

KULIM- Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun putus jari tangan kanannya apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di jalan belakang hospital kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Menurut pemandu kereta yang hanya dikenali Khor, 78, berkata, dia keluar dari lorong berhampiran Hotel Seri Malaysia untuk pergi ke Junjung.

Katanya, ketika menunggu giliran untuk menyeberangi jalan, dia nampak mangsa datang dari arah jalan belakang hospital menuju ke Taman Kenari dalam keadaan laju dan terhuyung-hayang.

“Kejadian berlaku terlalu cepat. Saya nampak motosikal ditunggang mangsa memotong kenderaan lain dalam keadaan laju sebelum merempuh pintu belakang kereta saya.

“Akibat hentakan kuat, motosikal yang ditunggang mengalami kerosakan teruk manakala mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tangan kanannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Kulim dengan ambulans dan keadaannya dilaporkan stabil.

Menurutnya, mangsa akan diarahkan menjalani ujian air kencing untuk memastikan dia tidak menunggang motosikal dibawah pengaruh alkohol atau penyalahgunaan dadah.

“Saya ingin menasihatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta supaya lebih berhati-hati apabila keluar dari selekoh di mana kemalangan berlaku kerana banyak kenderaan menggunakan jalan di kawasan itu terutama waktu petang.

“Dari maklumat diterima, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian siku dan jari tangan kanan. Bagaimanapun mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Polis akan mengambil kenyataan kedua-dua terlibat untuk siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sehingga kini polis masih menyiasat punca kemalangan dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil memberikan keterangan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my