loading...

Tuesday, September 27, 2011

Jalan Perlu Dibaiki Segera


Keadaan permukaan jalan yang rosak di susur masuk kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bandar Tenggara di Kulaijaya boleh membahayakan nyawa pengguna yang melalui kawasan berkenaan.

Ini kerana keadaan jalan itu boleh merosakkan tayar kenderaan terutamanya motosikal dan menyebabkan berlaku kemalangan.

Keadaan jalan yang agak gelap pada waktu malam juga membuatkan pengguna khususnya yang tidak biasa melalui jalan tersebut terbabit kemalangan.

Justeru, pihak yang berkaitan diminta membaiki dan menurap jalan rosak tersebut dengan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

 Sumber: Utusan Malaysia

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my