loading...

Saturday, July 16, 2011

Aduan Penduduk Parti Haji Samsuri Simpang Tiga


KUALA KURAU – Penduduk Parti Haji Samsuri Simpang Tiga, Kuala Kurau memohon pihak berkenaan supaya membina jalan kedua untuk kegunaan jentera mesin padi dan lori terutamanya ketika musim padi.

Penduduk, Jamaluddin Sulaiman, 36, berkata, kampung ini tiada kemudahan jalan kedua menyebabkan laluan utama rosak.

Menurutnya, masalah itu timbul setiap kali musim padi kerana jentera dan lori mengangkut padi menggunakan laluan utama itu.

“Jika masalah ini berlarutan maka jalan utama akan musnah sehingga menyusahkan penduduk menjalankan rutin harian menggunakan jalan utama tersebut.

“Jalan utama kini berlopak dan tidak mendapat perhatian pihak berkenaan walaupun aduan dibuat berkali-kali,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian.

Penduduk, Ismail Ahmad, 50, berkata, jalan sepanjang dua kilometer itu menghubungkan rumah penduduk dengan pekan Kuala Kurau bagi menjalankan kegiatan harian termasuk kanak-kanak ke sekolah.

Menurutnya, penduduk merasakan perlu diwujudkan laluan kedua di sini bagi mengimbangi keadaan jalan utama yang hanya digunakan kenderaan kecil dan sederhana.

“Di mana-mana juga kampung mesti terdapat dua laluan supaya tidak mengganggu lalu lintas penduduk seharian.

“Masalah berkenaan perlu dipandang serius kerana melibatkan penduduk di sini,” katanya.

Sebelum  ini aduan telah pun disiarkan oleh Sinar Harian ( http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9329247.asp ).

KUALA KURAU – Sudah berkali-kali penduduk Parit Haji Samsuri, Simpang Tiga, di sini, membuat aduan berhubung keadaan jalan yang rosak, namun sehingga kini masih tiada usaha membaik pulih jalan dilaksanakan pihak berwajib.

Penduduk, Jamaluddin Sulaiman, 36, berkata, sejak pertama kali dibina sekitar tahun 2000 jalan itu tidak pernah dibaiki walaupun mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian parit.

Menurutnya, jalan sepanjang dua kilometer itu menghubungkan rumah penduduk dengan pekan Kuala Kurau.

“Sebanyak 60 rumah dengan bilangan purata penduduk lebih 300 orang menggunakan jalan ini setiap hari atas urusan kerja termasuk kanak-kanak ke sekolah.

“Bukan sekali dua bahkan berpuluh kali kemalangan yang hampir meragut nyawa berlaku disebabkan mahu mengelak lubang dan lopak di atas jalan ini,” katanya.

Katanya, namun segala aduan yang dibuat tidak juga diberi perhatian oleh pihak yang terlibat.

“Takkanlah sehingga melibatkan kehilangan nyawa baru pihak terbabit menyediakan peruntukan secukupnya untuk menurap dengan segera,” katanya.

Sementara itu, Ismail Ahmad, 50, berkata, sudah beberapa kali penduduk membuat kutipan dan membeli batu kasaran untuk menurap sendiri jalan yang rosak disebabkan kenderaan berat termasuk lori padi serta jentera menuai.

Menurutnya, sepatutnya jentera padi menggunakan jalan tertentu khas untuk kenderaan berat namun sehingga kini jalan yang pernah dijanjikan oleh pihak tertentu dahulu masih tidak juga dibina.

“Urusan keluar masuk padi terpaksa juga menggunakan jalan utama untuk kemudahan penduduk.

“Maka kerosakan demi kerosakan berlaku dan sehingga kini pihak yang berjanji untuk membuat penurapan semula jalan tidak juga bertindak,” katanya.

Katanya, penduduk tidak lagi sanggup naik turun pejabat kerajaan setiap hari memandangkan pelbagai urusan harian perlu diselesaikan.

“Tidakkah urusan meneliti dan melihat keadaan jalan kampung diberikan kepada pihak bertanggungjawab supaya memantau.

“Kami berharap jalan di kampung kami ini diturap segera secepat mungkin kerana sudah hampir 10 tahun mempertaruhkan nyawa menggunakan laluan ini,” katanya.

Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari berkata, pihaknya telah turun padang melihat sendiri keadaan jalan seperti yang dilaporkan penduduk dan berharap pihak bertanggungjawab dapat menunaikan janji mereka untuk proses baik pulih jalan itu.

Menurutnya, ia adalah jalan utama penduduk untuk urusan harian termasuk anak-anak ke sekolah mencari ilmu.

“Sepatutnya hal ini tidak perlu dibuat aduan oleh penduduk tetapi pihak yang berkenaan perlu sentiasa turun padang dan memantau keadaan kampung di seluruh daerah.

“Kita khuatir lebih banyak kemalangan melibatkan kenderaan penduduk dan orang luar terbabas masuk ke dalam parit sehingga mampu mengancam nyawa,” katanya.

Katanya, justeru pihak terlibat perlu segera turun padang dan melihat sendiri keadaan jalan selain menurap jalan utama itu demi keselesaan penduduk. 

Sumber : SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my