loading...

Friday, July 15, 2011

Toyota Avanza Rempuh Shell


SEREMBAN - Beberapa pelanggan dan pekerja sebuah stesen minyak di Jalan Senawang dekat sini, bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh bahagian depan premis berkenaan, kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Difahamkan, wanita berumur 44 tahun yang memandu kereta Toyota Avanza itu pada mulanya berhenti di salah sebuah pam untuk mengisi minyak, tetapi kenderaannya terlajak ke depan melepasi petak kuning, panduan untuk berhenti di pam.

Wanita terbabit dipercayai cuba undur keretanya, tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan dia melanggar bahagian depan kedai di stesen minyak berkenaan.

Salah seorang pekerja stesen minyak yang enggan dikenali berkata, dia sedang bekerja di dalam kedai stesen minyak terbabit sebelum kemalangan itu berlaku.

“Saya nampak kereta meluru laju ke arah kedai di dalam stesen minyak dan merempuh dinding kaca pada bahagian depan.

“Mujurlah saya dan pekerja lain serta beberapa pelanggan sempat melarikan diri. Jika tidak, mungkin kami dirempuh kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, hasil siasatan mendapati rempu-han itu berlaku secara tidak sengaja.

“Pemandu dan seorang rakannya yang berumur sekitar 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my